Isnin, 14 Mei 2012

Mesyuarat

Hey Readers....
Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari yang sangat-sangat penat tau. Dtg opis, punch card and terus bekerja tau. Mana taknya, hari ni je ade 2 mesyuarat, Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Kelab. Dua2 penting dan dua2 pown ak kena ambik minit. thanks to trengkas sebab membantu walaupown mcm banyak da lupe je..hehehhe.. Menu meeting hari ni, nasi dagang.Wow, bunyi mcm sedap kan, tapi malangnya ak x bley makan ikan dye. Owg tganu panggil ikan tu ikan "tongkol".. So, ade menu special tuk ak, Nasi Lemak..heheheh, terima kasih pada y sangat memahami..dan sudi membeli.

Meeting Pengurusan td x lame mane pown, oke larh, cume yang bestnya pihak HQ da luluskan pengubahsuaian, so lepas ni opis CIDB makin cantik dan berseri-seri larh tau..huhuhu... Tak de larh ak kena wat report maklumbalas pelanggan pasal kaunter sempit lg... heheheh.. Cakap pasal report, wah hari ni da 14, kena bekerja keras nampaknya tuk kumpul 20 keping maklumbalas pelanggan. Hye pakcik- pak cik tolong larh ak, ckup 20 keping ak janji x mintak lagi.... ak nak wat report ni, ak da larh baru sebulan jagung jage ISO ni. banyak lagi yang tak tau...

Meeting kelab plak sangat lame, 2 jam tau... cter ape, sumenya pasal nak ke Bandung larh. hehehehe.. excited nak p Bandung ni, bershopping. wah, da terbayang-bayang di mata ni... Haha ni bukan angan-angan mat jenin tau, memang nak pegi pown.. Semoga segalanya dipermudahkan... Amin.. tapi nak cari qotation yang murah dan berbaloi bukannya senang kan..

Hmm, demam ak da beransur baik, alhamdulillah... cume batuk dan selsema je belum baik lg.. Sume owg pown nak tegor sore rock.. heheh sekali sekala jadi Ella ape salahnyer kan...  :-p

Jumaat, 11 Mei 2012

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru, Mama

Hey Readers...
Good Morning....

Da lama x update blog, busy sgt gayenya. huhu, rindu sgt blog. Slalu bace entry baru kawan-kawan je, then hari ni , nak update entry sendiri. Sempena Hari Ibu & Hari Guru. Aku nak dedikasikan entry ni untuk mama tercinta.

Buat Puan Siti Salmiah binti Sharif...

Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Guru....

Mama....
Jasa dan pengorbananmu x mungkin dapat dibalas dengan cara apa sekalipun.. 

Mama....
Terima kasih sebab mengandungkanku selama 9 bulan 10 hari
Terima kasih sebab melahirkanku ke dunia
Terima kasih sebab menjaga dan membesarkanku sampai sekarang
Terima kasih sebab memberi didikan agama & pelajaran sehingga ke menara gading
Terima kasih sebab memberi keperluan & kesenangan hidup selama ini
Terima kasih sebab sentiasa menjadi pendorong di saat aku jatuh
Terima kasih kerana merestui segalanya
Terima kasih kerana sentiasa memaafkan di saat aku melukakan hatimu
Terima kasih kerana sudi menjadi, ayah ibu guru dan sahabat yang paling memahami.....

Mama....
Walau seribu ibu datang kepadaku, x mungkin dapat menggantikan dirimu...
X mungkin sama kasih sayangnya
X mungkin sama senyumannya
X mungkin sama kelazatan masakannya
X mungkin sama nasihatnya
X mungkin sama layanannya...

Mama....
Di saat jauh darimu
Sekarang ak tau...
Betapa sukarnya mencari sesuap nasi
Betapa sukarnya menjaga sekeping hati dr seorang anak
Betapa sukarnya memenuhi kehendak seorang anak
Betapa sukarnya apabila terpaksa memikul beban menjadi  ayah dan ibu....

Mama.....
Di saat letih, kau masih mampu tersenyum memandangku
Di saat letih, kau masih mampu memasak makanan kegemaranku
Di saat letih, kau masih mampu menjaga ku y sedang sakit
Di saat letih, kau masih mampu bertanya akan khabarku
Di saat letih, kau masih mampu mengirimkan wang utkku
Di saat letih, kau masih mampu memberi semangat kpd ku y sudah berpatah hati
Di saat letih, kau masih sudi memaafkan demi kebahagiaanku
Di saat letih, kau masih meminta ak menerima takdir walaupown pada hakikatnya kau sangat terluka & sepi


Mama....
kasih sayang seorang ibu x mungkin pernah padam..
begitu jua kasih sayang ak terhadapmu...
suatu hari 6t ak ingin menjadi seorang ibu yang kuat dan tabah sepertimu...
 Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...