Jumaat, 11 Mei 2012

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru, Mama

Hey Readers...
Good Morning....

Da lama x update blog, busy sgt gayenya. huhu, rindu sgt blog. Slalu bace entry baru kawan-kawan je, then hari ni , nak update entry sendiri. Sempena Hari Ibu & Hari Guru. Aku nak dedikasikan entry ni untuk mama tercinta.

Buat Puan Siti Salmiah binti Sharif...

Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Guru....

Mama....
Jasa dan pengorbananmu x mungkin dapat dibalas dengan cara apa sekalipun.. 

Mama....
Terima kasih sebab mengandungkanku selama 9 bulan 10 hari
Terima kasih sebab melahirkanku ke dunia
Terima kasih sebab menjaga dan membesarkanku sampai sekarang
Terima kasih sebab memberi didikan agama & pelajaran sehingga ke menara gading
Terima kasih sebab memberi keperluan & kesenangan hidup selama ini
Terima kasih sebab sentiasa menjadi pendorong di saat aku jatuh
Terima kasih kerana merestui segalanya
Terima kasih kerana sentiasa memaafkan di saat aku melukakan hatimu
Terima kasih kerana sudi menjadi, ayah ibu guru dan sahabat yang paling memahami.....

Mama....
Walau seribu ibu datang kepadaku, x mungkin dapat menggantikan dirimu...
X mungkin sama kasih sayangnya
X mungkin sama senyumannya
X mungkin sama kelazatan masakannya
X mungkin sama nasihatnya
X mungkin sama layanannya...

Mama....
Di saat jauh darimu
Sekarang ak tau...
Betapa sukarnya mencari sesuap nasi
Betapa sukarnya menjaga sekeping hati dr seorang anak
Betapa sukarnya memenuhi kehendak seorang anak
Betapa sukarnya apabila terpaksa memikul beban menjadi  ayah dan ibu....

Mama.....
Di saat letih, kau masih mampu tersenyum memandangku
Di saat letih, kau masih mampu memasak makanan kegemaranku
Di saat letih, kau masih mampu menjaga ku y sedang sakit
Di saat letih, kau masih mampu bertanya akan khabarku
Di saat letih, kau masih mampu mengirimkan wang utkku
Di saat letih, kau masih mampu memberi semangat kpd ku y sudah berpatah hati
Di saat letih, kau masih sudi memaafkan demi kebahagiaanku
Di saat letih, kau masih meminta ak menerima takdir walaupown pada hakikatnya kau sangat terluka & sepi


Mama....
kasih sayang seorang ibu x mungkin pernah padam..
begitu jua kasih sayang ak terhadapmu...
suatu hari 6t ak ingin menjadi seorang ibu yang kuat dan tabah sepertimu...
 Amin....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...