Rabu, 12 September 2012

Selesai Hantaran part 1

Assalamualaikum...

Hye selamat tengahari semua. Da lunch? I'm done. Baru balik dari jamuan raya PUSPANITA 2012. Alhamdulillah kenyang. First day join Persatuan ni. Baru nak mencuba, wish me luck okeii dear. Amin. Sebenarnya nak share cerita, semalam saya teman Kak Chik n her husband to be p sopink barang hantaran. Tapi part one je..Sebab tak sempat nak beli semua barang. Hye cik wedding planner sangat letih, belum balik keje lagi Kak Chik da inbox cakap dye da sampai depan kuarters.. Huhu, ape lagi kalut lah nak balik. Untung bos tak de semalam tau.

Jeles dengan Kak Chik sebab dye dapat 2 cincin Poh Kong yang sangat2 gojes kot... Sekarang tengah survey rantai untuk batal air sembahyang nanti. . Al maklumlah my brother in law to be tu cerewet ckit. Semuanya nak perfect.Hahaha.

Semua orang excited tuk this wedding. Mungkin sebab da lama x de kenduri kahwin kat rumah arwah abah kot. Huhhu... semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin..

P/S : My brother in law to be hadiahkan ikan kat kite... Da bawak kat office buat kawan.. ngeeee

Luv
Cik DHHassan

Selasa, 11 September 2012

2A Kraf Enterprise

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana  Cik Bff  sudah berjaya menyiapkan final project beliau dengan jayanya. Blog da berseri-seri dan semakin banyak new post sekarang. Lega rasanya akhirnya segalanya selesai. Maaf sebab tak dapat nak bersama  awak sampai step terakhir penyiapan blog. Cuma boleh berikan sedikit tunjuk ajar dari jauh sahaja. Apapun awk adalah pelajar yang sangat pintar dan cepat belajar. Seronok kalau semua cikgu dapat anak murid macam awak tau sayang.

Kepada semua rajin-rajin lah melawat 2A Kraf Enterprise yang menawarkan produk kraftangan yang sangat istimewa dan harga yang berpatutan. Boleh dijadikan cenderahati atau hiasan. Silalah menjamu mata.




Isnin, 10 September 2012

Segalanya Baru

Assalamualaikum

Selamat petang semua. Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini. Hidup yang penuh perantauan. Dari Terengganu ke Selangor. Then Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung..bersama-sama anak2 kecil saya selamat. Syukur. Mulenya tak nak balik, tapi kasihankan anak2, saya balik jgak.. Walaupun hanya berpandukan sign board semata2.Takut jgak tersalah jalan, tapi in my mind always says that, kalau dr Kuala Terengganu sye boleh drive alone, pasti kali ni pown boley.. Tambah pula, anak2 menemani sye. Lega, semuanya selamat dan saya dapat meneruskan tugas pada hari ni.

Menunggu jam berdetik hingga pukul 5 petang. Tak sabar nak balik. Awal2 lagi Kak Chik da mintak tolong dye daftar nikah secara online. Wah, excited rasenya bile akan ada lagi satu kenduri berlangsung kat rumah arwah abah. Congrate sis, hope this is the best for u. Semuanya dalam perancangan, baju, hantaran, kenduri, gambar... Macam saya pulak yang terlebih excited dari bakal pengantin ni. huhuu. Saya slalu mahukan yang terbaik buat awk Kak Chik. Setelah ape yang awk harungi selama ni, kebahagiaan itu nyata milik awk. Semoga saya dapat sedikit kekuatan dengan kebahagiaan awk.

Segalanya baru, kawan-kawan baru, rakan kerja yang baru, suasana baru, rumah baru, housemate baru. Alhamdulillah selama lebih seminggu, saya semakin menyesuaikan diri dengan keadaan di cni. Ada yang lebih dan ada yang kurang, biasalah lumrah kehidupan. Tak sempurna. Tapi saya bukanlah seseorang yang rumit, sebab saya boleh hidup dimana2 sahaja, dalam apa jua keadaan...  Mama & Family memang tak risaukan saya, sebab mereka tau saya boleh hidup walau di mana pown saya dicampak.

Rindu. memang saya sangat rindu pada office lame, tapi jdoh kita tak panjang kan. Doakan saya bahagia di cni tau. Pagi tadi bekas bos sye di CIDB ade mesej bertanyakan keadaan di cni. Alhamdulillah saya baik-baik saja di cni. Thanks tuk semua yang ambik berat akan keadaan saya. InsyaAllah saya akan berusaha tuk terus memajukan diri saya di cni.

hmm sudah lama saya tak tulis mengenai hati kan.. Tak de ape yang menarik. Cuma saya harap yang saya akan semakin tenang dan tabah menghadapi ujian Allah. Saya tau Allah da tentukan yang terbaik buat saya. Saya tak pernah terlintas tuk menjatuhkan atau merampas sesiapa. Sebab saya serahkan semuanya kepada Allah. Pegang pada ayat kalau jodoh tak ke mana. InsyaAllah. Tak guna untuk terus merintih kesedihan atau berbangga memiliki, segalanya pinjaman semata. Segalanya adil di dalam dunia, kalau kita menyakiti, satu hari kita akan disakiti kembali.

Luv
Cik DHHassan

Selasa, 4 September 2012

Welcome to LGM

Assalamualaikum

Selamat tengahari. Hari ketiga berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin.

 Rasanya masih banyak yang perlu dipelajari di sini kerana suasana kerja yang berbeza dengan CIDB. Yang penting perlu mengenali bos dan rakan-rakan terlebih dulu. Persefahaman itu penting kan. 

InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik dan menghargai sepenuhnya jawatan tetap yang diberikan. Terima kasih pada semua yang membantu saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...