Jumaat, 23 Ogos 2013

Anak Angkat percuma di Petfinder

Assalamualaikum

Mungkin ada antara korang semua yang da lama tau tentang Petfinder ni. Secara jujurnya aku pon baru berkenalan dengan page ni sejak semalam. Itu pon sebab pegawai aku yang beria sangat nak buat adoption pets kat sini.  Nak pelihara kucing katanya. Aku pon bukak la page tersebut. Dalam hati, menarik jugak, tak pernah tau pon ada page macam ni. nampak sangat aku ketinggalan zaman kan. 

So, inilah kucing yang menjadi idaman pegawai aku tu. Comel kan. Look like persian tapi sebenarnya tak.



Aku pulak yang jadi excited dengan pets kat page ni. Tapi pets yang pegawai aku nak, kena bayar adoption fee sebanyak RM50. Berbaloi lah kan sebab dapat kucing yang comel macam ni.



Page ni sangat sesuai untuk penggemar pets seperti kucing, arnab, anjing, burung dan hamster




Kat sini korang boleh lah cari jenis pets yang korang berkenan. Klik pada gambar pets yang korang suka dan akan keluar lah biodata ringkas seperti  nama, umur, jantina, warna, lokasi dan lain lain lagi. Ada pets yang dijual dan ada yang diberi secara percuma.



So kepada sesiapa yang tengah  plan nak pelihara or tambah pets tapi  masih tak jumpa tempat yang sesuai untuk dapatkan, Klik kat sini.

Selamat menjamu mata. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...