Isnin, 19 Ogos 2013

E N G A G E M E N T 8 J U N E 2 0 1 3



Assalamualaikum

Salam Lebaran untuk semua umat Islam. Ampun dan Maaf dipinta atas semua kesalahan yang pernah dilakukan.Entri yang sepatutnya da lama di update, tapi sentiasa tertangguh. Sebab utama adalah penyakit malas tu terlalu banyak. Tapi sebab da ramai yang kawan-kawan yang complain, Finally entry ni khas untuk korang semua okeii. 

Pertunangan adalah tali pengikat untuk sesebuah hubungan sebelum memasuki alam perkahwinan. Orang kata bertunang tu sangat banyak dugaan. Ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin dan ada juga yang terkandas di pertengahan jalan. Apapun kita harus percaya pada jodoh dan ketentuan Allah. Kalau ada jodoh tak ke mana kan. In Sha Allah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing, semoga dikurniakan hati yang tabah untuk menempuh dugaan mendatang.

Besar atau kecil sebuah pertunangan itu bergantung pada individu itu sendiri. Bergantung pada budjet masing-masing.Ada sesetengah orang mahukan sebuah majlis yang ringkas dan sederhana. Ada yang mahukan sebuah majlis yang meriah. Tapi bagi aku cukuplah sebuah majlis yang boleh memberi keselesaan pada semua tetamu termasuklah rombongan daripada pihak lelaki.

Antara perkara yang paling aku titikberatkan

Pakaian 
Semestinya semua orang pon nak nampak cantik berseri kan pada hari bahagia mereka. Cantik tu terlalu objektif untuk ditafsirkan, tapi bila hati da gembira pasti keserian akan terserlah di wajah kan. Tema yang dipilih adalah Tiffany Blue & Pastel Pink. Baju, make up, tudung, veil, crown, kasut semuanya aku tempah kat Butik Kak Sophie. Alhamdulillah, services sangat okeii, Ownernya pon sangat peramah. Aku sangat berterima kasih sebab Kak Sophie sanggup tempahkan satu baju yang baru untuk aku. Aku orang pertama yang pakai baju tu. Pada mulanya aku booking satu baju ni, memang sangat cantik, malangnya baju tu rosak pada saat-saat akhir. Sebabnya ade sorang bride ni da koyakkan baju tu. So, atas rasa serba salah, Kak Sophie pun tempahkan baju baru khas untuk aku. 

Pelamin
Sesetengah orang mungkin menganggap pelamin tidak diperlukan untuk majlis pertunangan. Tapi bagi aku tak salah untuk kita abadikan sesuatu kenangan indah di atas pelamin pertunangan. Kadang-kadang mengikut perkembangan zaman tu, tak salahkan.  Apa yang paling aku suka sangat ialah pelamin aku di sponsor oleh kawan Mama. Pelamin yang sangat simple dan sama dengan apa yang aku bayangkan. Pada mulanya aku cuma nak DIY je pelamin tu sendiri. Sebab bila aku google ramai je brides yang DIY sendiri untuk majlis pertunangan mereka. Tapi bila da ada yang sanggup menghulurkan sumbangan, aku terima dengan hati terbuka la. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan sponsor.



Hantaran 
Pada asalnya hantaran aku adalah 7 berbalas 9 sahaja. Tapi bila da dekat dengan majlis, ramai pulak saudara mara yang nak jadi sponsor, so terpaksa lah bertambah menjadi 9 berbalas 11. Hantaran pihak perempuan kepada  pihak lelaki bertemakaan pastel pink. Manakala hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan bertemakan tiffany blue. Hantaran ni semua aku DIY sendiri. Memang dari kecik lagi aku bercita-cita sangat nak buat hantaran sendiri. Handmade kan, sangat puas hati. Antara hantaran yang aku bagi adalah sireh junjung, sebentuk cincin, tuala, coklat, cookies, cake, cupcake, sampin songket, sepasang kasut dan buah-buahan. Namun, pada  hari pertunangan tu hantaran aku da bertambah  kepada 13 dulang. So terima kasih kepada semua kakak-kakak dan ibu-ibu yang sudi menjadi sponsor.  





Makanan
Bab makanan ni memang aku serahkan hundred percent kat mama. Mama yang tentukan semua 
menu untuk majlis. Al-maklumlah ilmu masakan mama sangat menggunung tingginya. Cuma apa yang aku tekankan cuma makanan tu sesuai untuk semua tetamu terutamanya rombongan pihak lelaki. Kadang-kadang ada orang tak boleh makan pedas, ada jugak yang tak boleh makan nasi minyak, tak makan daging, dan macam-macam lagi. So aku suggest pada mama Nasi putih is the best menu. Sebab semestinya semua orang akan makan nasi putih.Ayam dan Ikan harus dimasukkan dalam menu. Ni menu penting sebab tak semua orang yang makan ikan , tak semua jugak akan makan ayam. So mereka boleh pilih menu masing-masing sama ada ikan atau ayam. Mustahil lah mereka tak makan dua-dua kan. Menu yang dipilih oleh mama adalah masakan kampung.  Alhamdulillah sold out semuanya makanan, So i'm proud of you Chef Mama. 

Kanopi
Part ni bergantung jugak pada tuan rumah. Tapi sebenarnya kanopi ni selesa sikit untuk tetamu. Harganya pon tak lah mahal sangat kan. Apa salahnya kita beri sedikit keselesaan pada orang lain. tentunya mereka pon akan lebih ikhlas mendoakan kebahagiaan kita. Amin. Dari awal lagi aku memang nekad nak kan kanopi, sebab majlis diadakan tengahari, tentunya keadaan adalah sangat panas. Rasanya tak selesa kalau menjamu selera sambil bersesak di dalam rumah. Lagipun disebabkan majlis pertunangan dan majlis khatam Al Quran diadakan pada hari yang sesama, jumlah tetamu adalah agak ramai. Jadi aku request satu kanopi yang disertakan kipas sekali. Untuk meja makan aku ada DIY satu centerpiece sebagai hiasan dan ucapan terima kasih.



Godies
Aku masukkan tasbih, surah Yasin, cupcake dan air mineral dalam goodies bag untuk tetamu. Aku borong surah Yasin dan tasbih tu kat Maydin Subang Jaya. Harganya sangat berpatutan. Actually kat sana ada jual barang borong untuk kuantiti yang banyak macam 100 pcs ke atas. Sangat sesuai untuk majlis. Ada banyak jenis barangan kita boleh dapat kat sana termasuklah goodies bag.  Cup cake dan air mineral pulak mama yang order. tak tau lah kat mana, tapi area Bandar Jengka lah. Satu cup cake tu harganya cuma 60 sen termasuk kos wrapping. Tapi memang sangat berbaloi lah sebab rasanya sangat sedap.  Untuk goodies kepada rombongan pihak lelaki adalah sedikit special sebab aku DIY cover untuk surah Yasin.

Guest
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir menyerikan majlis tersebut. Ada yang sanggup datang dari jauh pon. Kepada keluarga, saudara mara. Jutaan terima kasih diucapkan sebab sudi balik dan bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran majlis ni.

Berjuta penghargaan juga buat insan-insan di bawah ni.

Kakak & Abang
Untuk Kak Suriza dan kawan, Kak Izzah dan pasangan, Abang Heri thanks sebab sudi datang. You alls adalah kakak dan abang yang terbaik tau.

Kawan-kawan sekampung
Untuk   Cik Akinah, Rohana, Amir , Epik, Pie, Kak Nazirah, Kak Normah thanks sebab sudi luangkan masa. Untuk Akinah thanks sebab sudi balik, walaupun aku tau kau sibuk dengan kelas & assignment. Thanks sebab berada di sisi aku sejak dari rombongan merisik sampai lah bertunang.

Schoolmates & Roomates ( TEJA )
Untuk Ikin & adik , Kasmadiana, Amilza. Thanks korang sebab sudi datang dari jauh. Thanks untuk mak ayah Amy yang sanggup drive semata-mata nak hantar Amy kat Jengka. Lepas ni nak tunggu turn Ikin pulak.

Officemate ( LGM )
Untuk Cik Haisah & Amir, thanks sebab gigih mencari jalan ke Jengka. Wakil dari LGM ni. In Sha Allah panjang umur aku sampai kat Majlis korang nanti.

Housemate & Classmate ( POLISAS )
Untuk Nor, Liza, Saadah, Nocha, Ajierah, Ratu Nur & Kawan thanks sebab sudi menjadi peneman di sepanjang majlis sampai la ke sesi outdoor untuk Pre Wedding.

Untuk Zati, Arfah, Moi & Pasangan thanks sebab sudi ambik cuti dan datang majlis aku. Sangat terharu.

Pre Wedding
Untuk menjimatkan kos, aku terus buat photoshoot untuk pre wedding selepas majlis tu. Senang, nanti tak payah nak fikir lagi. Gambar pre wedding boley dimuatkan pada kad kahwin dan juga banner. Mulanya agak pening nak fikirkan tempat yang sesuai untuk pre wedding ni. Finally kami bersetuju untuk pilih Kelab Golf Jengka. Sebabnya tak ramai orang kat situ. So kami akan lebih selesa untuk menjalani sesi photoshoot tersebut. Maklumlah dua dua keras macam kayu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Thanks kepada semua yang sudi datang, terutamanya yang datang dari jauh.







2 ulasan:

Mrs. Syahafizie berkata...

Sweetnye syg...

DHHassan berkata...

huhu Thanks darlings...for everything

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...