Rabu, 28 Ogos 2013

Bagi sedikit tapi dapat lebih. Sape nak?

Assalamualaikum

Simpanan masa hadapan. Pastinya setiap bulan kita akan memperuntukkan sedikit wang untuk simpanan kan. Ye lah, simpanan untuk kecemasan, untuk perkahwinan, untuk pelajaran dan lain lain lagi. Tapi ada tak kita peruntukkan untuk simpanan akhirat? 

Selain solat, sedekah, zakat apa lagi yang kita peruntukkan untuk saham akhirat kita?


Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya

Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.


Baru baru ni aku ada menyertai satu program anjuran LGM bertajuk My Investment Now and Hereafter.
Alhamdulillah program yang sangat bermanfaat dan one of the speaker on that day adalah dari Perbadanan Wakaf Selangor.

Kat sini aku diperkenalkan mengenai Wakaf 

Apa yang aku faham tentang wakaf ni adalah kita serahkan harta kita untuk kegunaan orang ramai.
Contohnya macam tanah, rumah, wang tunai, barangan kemas pon boleh diwakafkan.

Maksud kegunaan orang ramai pulak adalah seperti pembinaan masjid, surau dan klinik.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pelaksanaan wakaf secara potongan gaji.


Ini adalah contoh borang potongan gaji untuk kakitangan yang berkhidmat 
di bawah Kerajaan Persekutuan.

Borang ini korang boleh lah download kat sini

Speaker tu ada bagi tau tentang pengalaman orang-orang yang berwakaf ni. Kebanyakannya mendapat rezeki yang lebih lagi setelah mereka berwakaf. Betul la kan, selalunya kalau kita  bagi apa yang kita paling sayang, In Sha Allah balasannya akan berlipat kali ganda lagi ...
lebih dari apa yang kita bagi tu.

Masa tu aku dengar je. Tapi sekarang aku nampak kebenarannya. Potongan gaji yang aku buat tak lah banyak mana. Aku cuma buat setakat yang mampu sahaja untuk diri aku, mama dan arwah abah.

Alhamdulillah... tiba-tiba je CIDB called untuk bayar bonus bagi perkhidmatan aku dengan mereka  dulu.
Rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Aku sekadar berkongsi sahaja, tapi kalau korang berminat nak tau lebih lagi korang boleh 


atau pun hubungi PWS di alamat 
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS
  Tingkat 10 Menara Selatan,
  Bangunan Sultan Idris Shah
  40000 Shah Alam
  Selangor Darul Ehsan

atau di talian 

03-5514 3758 / 3759












Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...