Selasa, 27 Ogos 2013

Mengidam lagi

Assalamualaikum

Hari yang agak memenatkan, sebab aku dan Pn. Supik terpaksa tawaf satu Damansara semata mata untuk mencari stationery untuk Bengkel GUP yang akan diadakan minggu depan. Cari punya carik sampai lah perut kami berdua sudah mula mengalunkan lagu lagu yang sangat kurang menyenangkan.

So, disebabkan rasa mengidam sudah datang lagi, jadi seperti biasa Pn. Supik terpaksa lah melayan karenah aku. Kali ini aku mengidam nak chinese food. So bagi mengelakkan semua orang kat office pening dengar aku merayu-rayu sebab tak dapat apa yang diidam,  terpaksa lah Si Pinky berlegar legar mencari restoren yang halal untuk disinggah. Dua tiga kali duk pusing-pusing sekitar Damansara tu mencari restoren yang halal. 

Akhirnya kami jumpa juga satu Restoren Chinese Muslim dekat situ.  HOMST Restaurant.




Dengan muka berseri-seri kami pon melangkah masuk ke dalam restoren ni.
 Ramai jugak orang Melayu yang pilih untuk lunch kat sini. 
 So, ini adalah antara menu yang ada kat sini. Harganya tak lah terlalu mahal, berbaloi dengan rasa masakan.
Tadi pon kami cuma berhabis dalam RM40++ , untuk dua orang makan. 





Perkara menarik dekat sini adalah restorennya bersih, services sangat cepat. Tak perlu nak tunggu lama-lama. Tadi pon kami terkejut sebab tak sampai 15 minit makanan dah pon sampai. So bagi yang bekerja memang sangat sesuai untuk korang lunch kat sini. Boleh jimat masa.

Tauke restoren ni pulak tersangat lah prihatin, dia sentiasa memantau kekemasan pekerja, dan keselesaan pelanggan yang berkunjung ke sini. 

Sebenarnya restoren ni ada beberapa cawangan lagi, di Seksyen 13 Shah Alam, di Kajang dan di TTDI HQ. Jadi sesiapa yang nak mencuba, dipersilakan. Sure korang nak datang lagi lepas tu. Kalau korang nak tau lebih lagi tentang restoren ni 


Selamat menjamu selera....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...