Rabu, 21 Ogos 2013

Muka Cantik Gigi Cantik

Assalamualaikum

Masa dekat sekolah dulu, benda yang paling aku takut adalah bila Dentist datang kat sekolah untuk pemeriksaan gigi. Masa tu semua rasa ada, nak terkucil, nak menangis, nak pengsan, tiba tiba sakit perut pon boleh. Bayangkan kena beratur sambil pegang kad hijau dan tunggu giliran nak date dengan dentist tu. Ya Allah, Tuhan saja yang tau perasaannya.



Sempat lagi menghendap kat sebalik tingkap bila kawan kat hadapan tengah dapat rawatan. Ada macam-macam bunyi yang keluar. Nampak pulak dentist tu bawak keluar jarum. Makin seram jadinya. Menyesal aku tengok. Untuk mengelakkan rasa takut aku pun berpura-pura membelek kad rawatan yang berwarna hijau tersebut. Walaupun sebenarnya aku tak faham satu habuk pon apa yang ada dalam kad tu, melainkan nama aku.


Kalau difikirkan balik, kelakar pon ada. Maklumlah kanak-kanak. Tapi sebenarnya bila da besar pon, masih ada lagi sisa sisa sifat penakut jumpe dentist tu kat dalam diri aku. Cuma tak lah teruk sangat macam zaman kecik kecik dulu. Sejak tamat zaman persekolahan aku rasa sangat bebas, da tak perlu nak berjumpa dengan dentist tu lagi. Da tak perlu rasa takut. Da tak perlu nak menggigil pegang kad hijau. Bahagia tak terkata lah.

Sampailah satu hari tu, aku terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk dan aku kehilangan separuh dari gigi aku. Masa tu baru aku sedar betapa pentingnya gigi yang cantik. Sejak dari peristiwa tu, memang susah la orang nak tengok aku senyum, kalau nak ketawa pon aku tutup mulut. Rasa rendah diri teramat sangat dengan keadaan gigi yang tak sempurna.

Sebab rasa malu dengan keadaan gigi aku, finally dengan rela hati aku offer diri untuk berjumpa dengan dentist. Alhamdulillah, Dentist tu bagi tau yang gigi aku masih boleh disambung. Selepas beberapa kali rawatan, akhirnya aku dapat kembali gigi aku. Maknanya? Dentist tu da buat penyambungan pada gigi yang da patah, dan gigi aku kembali seperti biasa. 

Aku bersyukur sangat yang akhirnya aku boleh kembali tersenyum seperti biasa. Sejak dari hari tu, aku sudah  menjadi salah seorang patient yang sangat suka berjumpa dentist. Mungkin dalam 3 or 4 bulan sekali aku akan pergi mendapatkan rawatan di klinik pergigian. Tambahan pulak staf gov. diberikan GL sebanyak RM200 untuk rawatan gigi. Haruslah aku tak sia-siakan peluang tu. 

Selalunya aku akan mendapatkan rawatan di

Klinik Pergigian Rohaya

No. 53, Tingkat 1, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810, Petaling Jaya, Selangor

Tel : 016-2166863

Nak tahu lebih lagi, klik kat sini

Nak tau sebab ape aku suka klinik ni?
Pertama, klinik ni merupakan klinik panel LGM.
Kedua, Dentist kat sini semuanya perempuan. So aku akan rasa sangat selesa berurusan dengan kaum sejenis. Aku pon tak tau kenapa aku tak suka sangat berurusan dengan lelaki, tambahan pula yang aku tak pernah kenal langsung. Memang mengerikan.
Ketiga, Staf & Dentist sangat baik, bak kate orang services terbaik lah. Especially kanak-kanak memang sesuai sangat datang kat sini. Sebab Dentist dia memang nampak sangat lemah lembut dan caring. So rasa ketakutan tu akan turun mendadak ke tahap 20% sahaja.
Keempat, kita boleh mendapatkan rawatan percuma pada tarikh lahir kita. Had rawatan adalah sebanyak RM150 sahaja dan tempoh rawatan adalah 3 minggu bermula dari tarikh lahir kita. Berbaloi kan.
Kelima, setiap kali rawatan tampalan dibuat, ada warranty selama sebulan. Sekiranya tampalan tercabut, atau ada masalah-masalah lain yang berkaitan tampalan, kita boleh mendapatkan rawatan tampalan semula.
Keenam, sehari selepas rawatan pergigian dibuat, pihak klinik akan menghubungi kita untuk sesi pemantauan tentang keadaan patient setelah mendapatkan rawatan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...