Selasa, 20 Ogos 2013

Open house dalam bahasa omputih

Assalamualaikum

Cuti beraya yang sungguh panjang bermula 3 Ogos sehingga 12 Ogos telah pun berakhir. Dengan muka yang sedih aku pun berangkat pulang ke tempat perantauan. Tapi sebenarnya tak berapa nak sedih sangat la, sebab aku angkut mama dan adik sekali bawak balik ke Subang. Maklumlah mereka masih dalam mood bercuti kan. Disebabkan Chef Mama ada di sisi dengan rela hati aku dan housemate yang juga merangkap officemate decide untuk buat open house.

So, aku decide nak buat open house pada hari Rabu. So sehari sebelum kejadian kami pon pergi membeli belah dengan sakannya dekat Aeon Big Kota Damasara. Aku memang suka shopping kat situ berbanding Giant Kota Damansara. Sebab utama adalah senang nak cari parking. Tambahan pula Aeon Big ni sediakan parking special untuk para para ladies sekalian. Untuk jejaka sekalian AWAS okeii, kalau korang parking kat situ korang akan dikenakan denda RM100. Sila patuhi arahan.

....opss gambar hasil google images..

Kebetulan pada masa tu Aeon Big ada buat sale sempena Syawal. Apa lagi penuh la troly tu aku kerjakan. Tak lupa jugak beli balang kuih raya. Maklumlah rumah bujang kan. Semuanya tak de. Tak kan nak letak kuih dalam tupperware kot. 

Menu utama  adalah nasi ayam homemade oleh Chef Mama dan dibantu oleh Chef Aku. Sebenarnya aku nak ambik cuti petang hari Rabu tu. Tapi mama tak bagi. Katanya sempat kalau nak masak lepas balik kerja pon. Sebagai anak, aku patuh arahan je lah. Lepas balik office sempat lagi aku singgah beli rendang , serunding dan lemang kat tepi jalan. Nak buat menu tambahan la kononnya. Sebenarnya kedai lemang tu tak jauh sangat dari rumah aku, lemang tu adalah antara yang paling famous kat Subang. 
Lemang Bonda mesti korang pernah dengar kan. Harga lemang boleh tahan la, yang kecil RM7 dan yang besar RM9. Berbaloi sebab rasanya sangat sedap.

Start jam 8.30 malam tetamu sudah membanjiri rumah aku yang kecil dan sempit berkenaan. Alhamdulillah sebahagian besar officemates dan jiran-jiran semuanya hadir bersama keluarga masing-masing. Ada officemate yang aku called last minute je, tapi terharu sebab dia datang jugak. Paling excited sebab Bos pon datang sekali. Makanan semuanya sold out malam tu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, mungkin tahun lepas boleh buat lagi. Nervous jugak sebab tahun lepas aku cuma buat jamuan berbuka puasa , jemput kawan-kawan terdekat. Tu pon masa kat Terengganu. Tapi tahun ni aku beranikan diri buat open house. Tahun depan da nak berkeluarga, aku kena la belajar hidup bermasyarakat.




Tadi mase aku sibuk dating dengan cik google aku terjumpa flyers ni. So sesape yang free boleh la berkunjung ke MYDIN Mall Subang Jaya.  MYDIN ni ada buat jamuan raya. Ada pelbagai aktiviti menarik kat sana. 






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...