Ahad, 29 September 2013

DIY Handbouqet



Assalamualaikum

Kalau dulu kan aku ada post entry ni
So disebabkan, ada baki bunga, aku try lah DIY handbouquet. My first time, risau jugak kalau tak menjadi. 
Aku gunakan warna-warna pastle, dan aku selitkan sekuntum bunga purple kat tengah-tengah. 
Nak buat penegasan lah kononnya. 
Tangkai bunga tu pulak aku wrap dengan reben soft purple dan hiaskan dengan button.

Tara. inilah hasilnya. Special tuk Cik Aisya for her Engagement...



i'm trying. XOXO.

Khamis, 26 September 2013

DIY Hantaran

Assalamualaikum

Finally aku dah pon siapkan hantaran untuk Aisha yang bakal bertunang awal bulan 11 nanti. 
Ingat tak dulu aku ada post pasal entry ni dan jugak entry ni..
So inilah hasilnya. At first aku sendiri pening nak siapkan hantaran ni. Sebab tak pernah try pon buat untuk orang.First time aku DIY pon cuma masa nak siapakn hantaran eday aku. Tapi bila Aisha  yakinkan jugak yang aku boleh buat.. So here it is.



Ini hantaran sebelah Aisha untuk Amir.


Dan ini hantaran untuk pihak Amir kepada Aisha.

First time aku menggubah bunga. Actually masa tunang dulu pon aku suruh officemate tolong gubahkan bunga. Sebab aku berapa yakin nak menggubah. Risau tak menjadi.
Pengajarannya kat sini, kalau kita tak cuba kita tak kan tau bakat yang ada dalam diri sendiri.
Bakat lah sangat kat. Alhamdulillah semuanya kurniaan Allah.

Kalau nak tahu inilah hantaran yang aku cerita kat post yang ni

XOXO.





Rabu, 25 September 2013

Trip to Kinta Riverfront, Perak

Assalamualaikum

Entry yang da lama kat dalam draft aku, baru hari ni publish. Nampak sangat malas.
Sebenarnya da lama aku pergi Perak ni, rasanya dalam bulan April kot. ( kalau tak silap ), masa tu LGM ada buat seminar kat hotel ni. Futhermore, kami ada Perasmian GUP ( Getah Untuk Pribumi ) di Kg. Sg. Pelantok. First time, aku menjejakkan kaki ke kampung orang asli. Jalan nak masuk tu, sangat lah sempit, dah macam jungle tracking rasanya.

Cerita pasal hotel ni, kalau siang rasanya biasa je kot. Tapi bila dah malam, OMG tempat ni berubah serta merta. Gojes!! Dengan lampu-lampu bagai, da macam ICT lah pulak.



Dekat jambatan ni ramai lah jugak couple- couple yang mengunci rasa cinta mereka melalui mangga kat sini. Ada yang menulis nama pada mangga tersebut dan ada juga yang menyelitkan cincin pada mangga tersebut sebelum dikunci pada jambatan ini.  



Dalam banyak-banyak hotel yang aku pernah stay, rasanya hotel ni better kot. Tak percaya, cuba korang google. Food, room, service, semuanya memuaskan.



Ini ibu aku a.k.a officemate a.k.a housemate. Good listener, Good advisor. 


*Finally dapat jumpa Kak Kay kat Ipoh, dapat pegang her tummy. ( BFF masa Kursus Induksi CIDB )
In memories... xoxo

Selasa, 24 September 2013

DIY Mirror

Assalamualaikum

Actually kat rumah banyak sangat cermin. Semuanya nak digantung, bukan apa, 
nak padatkan ruang, tak nak bagi nampak kosong sangat. Tapi cermin cermin ni kebanyakannya ada cacat cela, di situ dan di sini.

Ada yang bingkai dye da rosak, da serpih. Tak tau la sebab ape,
 mungkin masa sesi pindah randah dulu kot.

Nak buang sayang, so aku pon decide untuk touch up sikit cermin cermin ni. 
Aku decoratekan bunga yang tak berapa nak rose tu, 
then aku letakkan sedikit manik.
Tampal dan tutup semua cela celaan.

Tara. kan masih boleh diguna cermin tu.



Ops, sila abaikan pemandangan yang tak indah tersebut. 
Itu semua hantaran tunang kawan aku.


Nak tau tutorial buat bunga rose tersebut 


Aku guna bunga rose yang lebih masa aku buat guest book hari tu.


Selamat mencuba. xoxo

Isnin, 23 September 2013

DIY Centerpiece

Assalamualaikum

Ingat tak aku ada sebut pasal aku DIY centerpiece untuk e-day aku..

Okay hari ni aku nak kongsikan steps untuk hasilkan centerpiece ni..


Steps 1 : Shredder paper. 
Sebenarnya aku gunakan shredder paper yang lebih masa aku buat quilling untuk guest book hari tu.


Step 2 : Bottle. 
Yang ni terpulanglah pada anda, nak design macamane, panjang ke bulat ke, petak ke.
Hiaskan sedikit bottle tu dengan reben or something else. ( ikut creativiti )
Masukkan shredder paper ke dalam bottle.
p/s : Jangan lupa masukkan sedikit span/gabus sebelum masukkan shredder paper.





Step 3 : Crepe Paper Flower
Kalau korang tak tahu steps nak buat bunga ni, korang klik kat sini
bila da siap, letakkan atas bottle



Steps 4 : Prob
Design la satu prob ( ikut creativiti ), then liminate. Seperti biasa lekatkan lidi kat belakang probs tu.
Cucukkan pada gabus yang da dimasukkan kat dalam bottle tu tadi.
Tara.... akan terhasil lah centerpiece seperti di bawah ini. 



selamat mencuba. xoxo.



Khamis, 19 September 2013

DIY Planner

Assalamualaikum

Entry ini khas buat insan-insan yang pelupa macam aku. Sebagai seorang PA planner adalah benda yang paling penting selain daripada phone. Tapi kebiasaannya sekarang ni, semua agensi da start menggunakan outlook planner. Senang kan, sebab kita da boley buat invitation terus melalui emel, then bila someone da accept, invitation tu akan terus tersimpan dalam planner.


Apapun aku lebih suka buat hard copy planner. Sebab? In case kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, or in case aku tiba-tiba EL... So, bos or someone else masih boleh buat rujukan melalui planner tersebut.
And then tak perlu lah aku bagi password pc aku untuk orang lain check schedule bos. 

Content planner tu aku buatkan mengikut hari. Ahad sampai sabtu.
 Kenapa Ahad san Sabtu pon ada sekali? Nama pon bos kan, cuti pon kena kerja lah. 

Aku print macam kat bawah ni. Sehelai untuk seminggu. Senang sikit nak tengok kan.



* ruangan notes tu aku akan masukkan maklumat mengenai flight/hotel
( booking number, seat number, arr., depart. )



Aku seperate kan mengikut bulan. Aku gunakan index yang berwarna-warna ( sedikit menarik perhatian )
Masukkan dalam satu file. Then planner tu haruslah berada di atas meja.
 ( p/s Or tempat yang mudah untuk dicari )

Aku gunakan freebies yang berwarna warna, nampak ceria sedikit kan.
Freebies tu aku just download kat sini.
xoxo...













Rabu, 18 September 2013

Trip To Nilai : Kedai Thank You

Assalamualaikum

Selalunya kalau nak shopping barang-barang untuk hantaran mesti ramai yang nak p ke Nilai. At First, aku macam pelik jugak lah, murah sangat ke barang kat sana? or cuma banyak choice je? Dulu aku pernah lah p ke Nilai, Rombongan Che Kiah, tapi tak da lah pulak p usha barang-barang hantaran.

Finally aku menjejakkan kaki sekali lagi ke Nilai, teman cik Haisah. Selepas habis bershopping bunga, kita orang sambung shopping barang-barang lain pulak. Gabus, bakul, lace dan yang sewaktu dengannya. Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa kedai ''Thank You".

Harga barang-barang kat kedai ni boleh tahan lah murahnya (p/s : kalau nak dibandingkan dengan KL )

Macam barang-barang kat bawah ni..

Bakul : RM 12.90
Lace : RM 3.90 semeter
Renda : RM 2.00 semeter


Antara yang paling menarik perhatian aku adalah barang di bawah ni. Cantik kan.
 Harganya RM9.90. Tapi berbaloi lah dengan design yang cantik. Kalau nak buat decoration pon okeii kan.

  


Bakul kat bawah ni pulak harganya RM6.90. 
Gabus :  RM1.20
Lace : RM 1.50 semeter
Renda : RM 2.00 semeter



Gabus kat bawah ni kami beli dengan harga RM3.50. 


So sekarang aku agree, harga barang kat Nilai memang lebih rendah daripada tempat lain.
So kepada bride to be sekalian, buatlah pilihan yang tepat. 


Khamis, 12 September 2013

A L B U M T U N A N G

Assalamualaikum

Finally album tunang da pon siap. Thanks to photographer Cumie Appleorange & Editor En. Nazmi yang telah banyak memberi sumbangan. Bertuah sungguh dapat kawan-kawan photographer ni. 


TRIVIA PHOTOGRAPHER
Actually, aku da booking Cumie 3 bulan sebelum majlis, tapi last minute kamera dia merajuk. 
Bayangkan perasaan aku masa tu, dengan sibuk Kursus Induksinya, memang sangat stress. Nasib baik lah ada Nazmi. Pada mulanya nak minta dia shoot kan, tapi  dia pulak kena out station masa tu. So, dia cadangkan, Cumie  shoot guna kamera dia.

Terharu sangat-sangat tak tau nak cakap macamana.
 Cumie  sanggup balik dari jauh semata-mata nak shoot event aku. 
The whole day, dari Majlis Khatam Al-Quran, Engagement sampai lah Outdoor Pre Wedding.
Nazmie pulak sanggup bagi pinjam kamera , then tolong editkan gambar.

Thanks K A W A N..


Sebenarnya da lama aku dapat pic daripada Nazmi, tapi tak terlintas nak pergi print lagi. Sebab kononnya nak buat storybook. Nak beli software dan edit sendiri. Tapi bila dah ramai yang bertanya, so aku pun ubah fikiran dan buat sticky album. 

Tapi sempat lagi aku edit beberapa keping gambar guna photoscape.


Harga Album : RM 69.00
Harga Printed : RM 141.00 ( 2pcs 8R & 120pcs 4R )

Aku print kat Kedai Gambar di Subang Perdana. Mulanya macam was-was sikit sebab mahal kot sekeping 65 sen. Tapi bila dah tengok hasilnya, memang berbaloi lah aku bayar mahal sikit, sebab warna dia sangat cantik.



Kedai ni ada buat promotion :

(4R) 100pcs ke bawah : 70 sen
(4R) 200pcs ke bawah : 65 sen 
(4R) 500 ke bawah : 60 sen
8R : RM6 ( tapi dia bagi percuma 1 keping 8R)





Rabu, 11 September 2013

Trip To Port Dickson : Teluk Kemang

Assalamualaikum

Hari terakhir di Port Dickson. Otw balik kami singgah di Taman Awam, Pantai Teluk Kemang.
Hajat sebenarnya nak cari souvenir untuk adik ( Cik Sayang ) & officemates. Kebetulan pada hari tu ada event Merdeka Festival 2013. So secara tidak langsung, kami pon terlibat sama memeriahkan event.

Pelbagai aktiviti ada kat sana termasuklah forum perdana, sukaneka rakyat, auto show dan bazar jualan.
Bagi aku antara yang menarik adalah gerai kraf tangan. Memang rasa macam nak grab semuanya je. Penuhkan rumah dengan hiasan kraf. Paling menarik adalah kraf ikan buntal.
 ( * isi da tak de tapi masih mengembang macam belon )
 Dalam hati aku ada ke orang nak beli?? *&^%$#
Harga ikan tu ikut pada saiznya, kalau besar around RM65 kalau kecil sikit around RM50 or RM55. 



Banyak jugak yang kami berhabis kat sini. dan tak lupa barang wajib dibeli, fridge magnet dan key chain untuk adik. Selebihnya yang kami borong adalah makanan tradisional yang semestinya memang susah nak cari bila da balik KL. 



Dah lama tak ke pantai, excitednya lain macam sikit lah kan. Maklumlah dulu masa stay di Terengganu, pantai lah destinasi utama, berbuka puasa pon kat pantai. Apatah lagi bile bergaduh dengan abang, itu lah tempat paling tenang bagi aku. Aku memang pantang nampak kuda mesti nak snap punyer, Tapi nak snap pic kuda kat sini kena pay RM2 kot. So apa lagi kami pon curik-curik lah ambik gambar. Free of charge. Sorry tauke....

Pantai kat sini memang sangat cantik. Tapi Awas kalau korang nampak khemah-khemah comel kat tepi pantai tu, jangan sesuka hati nak melabuhkan diri tau, sebab khemah tu kena bayar. Harga tu aku tak sure, rasanya satu khemah around RM30. Okei, da bayar baru lah boleh bersenang lenang merenung keindahan ciptaan Tuhan.






Selasa, 10 September 2013

List Off : Photographer

Assalamualaikum

A little bit preparation form now & my friend suggest this team to me.

Pantai Timur Photographer 

Dia orang ni cover untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Geng Ustaz Azhar Idrus katanya. Gambar-gambar mereka ni memang superb. Da dua hari aku stalker fb, blog dan website dia orang semua. Kawan aku kata salah seorang photog ni pernah shoot untuk wedding di Jengka 15.

Pakej yang mereka tawarkan, adalah lebih kurang sama. Boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. 

So.... jom  kita kongsi hasil seni mereka -mereka ini...


MOHD YUHAIRI HANIFF @ ERIE

019-989 7040 | 012-9624040









FNZ STUDIO
013-960 6169/ 019-900 5689
fnzstudio.blogspot.com




HENG FU MING 
Tokyo Studio & Color Lab,
86-B, Jalan Masjid Abidin,
20100, Kuala Terengganu
09- 622-2206 019 – 9594788
fmheng9881@yahoo.com


Ada banyak kriteria yang harus kita ambil kira semasa melakukan pemilihan  photog untuk wedding.

BAJET : Tentukan bajet yang anda mahu, Disebabkan aku mahukan  pakej yang include story book, bajet mungkin dalam one thousand plus plus kan.

PAKEJ : Apa yang anda mahukan daripada photog? Satu @ lebih photog? outdoor? Storybook? Photobook? Frame? Album?

LOKASI : Cari photog yang dekat dengan lokasi wedding. So tak la dia claim travelling charge kan.

KUALITI :Photo shoots dan editing skills adalah kriteria yang sangat penting.

APPOINTMENT : Hubungi photog dan tetapkan satu date untuk appoinment. So lebih senang untuk berbincang dengan mereka. Beri tahu mereka apa yang anda mahukan untuk majlis tersebut?

HARGA : Jangan terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan. Teliti dahulu pakej yang ditawarkan.
Wedding sangat bermakna, jangan bazirkan duit untuk hasil yang tidak memuaskan hati.
















Ahad, 8 September 2013

Trip To Port Dickson : LGM Lodge RM15


Assalamualaikum

Dari Nilai trip kami diteruskan sampai ke Port Dickson semata-mata nak berkenalan dengan LGM Lodge ni.
Sampai kat sana around jam 7 malam dan kami merupakan orang terakhir yang check in pada hari tersebut. Thanks pak cik sebab sanggup tunggu kami yang lambat ni.

Taraaa, inilah LGM Lodge di Seremban. Sebenarnya 2 minggu sebelum bertolak kami da booking lodge ni, dengan bayaran RM15 only.. Tapi ini cuma untuk harga staff sahaja. So kalau orang luar, tak dapat harga serendah ni. 




* preview sikit LGM Lodge. OPS WYR interframe pulak.


*Kami pilih two single bed.. tak nak tidur satu katil sebab masing-masing tidur lasak....


*Tempat pertama yang harus diperiksa bila aku check in


* The small TV, Awie pon nampak kurus dalam tv ni. Auchhh
Pintu kat tengah-tengah tu sebenarnya suitable tuk family room, so kita boleh melawat bilik mak abah kat sebelah. Disebabkan kami tak berkeluarga dengan orang sebelah, So kami pon  kunci pintu awal-awal.. bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

* Terkawal rapi. Nampak Pak Guard yang comel tu. Hahaha just kidding. Kat depan, kat sebelah sebelah lodge ni kebanyakannya adalah lodge dari Agensi-agensi yang lain.


*Inilah pantainya. Dalam 5 minit daripada Lodge tadi... kami sampai ke pantai ni.


*The sweet of Us.. 1 September 2013.

Untuk pertanyaan/ booking boleh hubungi 
      Pn. Sufiah Ismail/Kak Sofi

    039206200/ext 2166

Selasa, 3 September 2013

Trip To Nilai : House Of Flower

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Malaysia ku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.

Sabtu lepas, orang semua sibuk menyambut Hari Kemerdekaan, 
Aku dan Aisyah a.k.a Officemate ( sebenarnya kita orang tak sama Unit pon. ) melencong ke Nilai.

Sebenarnya bff aku ni nak bertunang bulan November ni, disebabkan hantaran dia semuanya handmade, konon-konon terror la, so kami pon decided untuk beli barang-barang gubahan dekat Nilai. Sebenarnya ada seorang lagi geng P.A kami. Tapi last minit dia tak dapat join, sebab ade wedding kat kampung. Jadi, disebabkan plan da lama, so kami teruskan jugak, berdua saja.

Bertolak dalam pukul 10.15 a.m., lalu Plus, around 11.00 a.m. kami dah sampai ke Nilai.
So trip dimulakan dengan pencarian bunga. Banyak jugak kedai yang kami duk keluar masuk. Memang Nilai ni layak dipanggil House of Flower lah. Cakap je nak bunga jenis yang mana, warna apa?
Semua ada kat sini.





So pusing punya pusing, finally kami memilih untuk  shopping bunga dekat kedai ni...
Rose Garden Home Deco Sdn. Bhd.

Sebenarnya the first thing yang membuatkan kami berkobar kobar nak masuk kedai ni adalah disebabkan banner 50% yang ada kat depan kedai tu. Biasalah laju je kalau nampak sale kan. Tapi sebenarnya kalau nak dapat offer 50% tu kita kena daftar jadi ahli dulu. Nak daftar kena bayar RM10.

Bila difikirkan balik agak berbaloi lah kan. Kad ahli tu valid sampai bila bila.
p/s : Reka bentuk jam kat situ memang sangat owesome.

So dekat satu jam jugak lah kami duk memilih bunga dalam kedai tu. Dan akhirnya bakul kami penuh jugak dengan bunga.



 So harga bunga adalah seperti yang berikut :

Before Off : RM 201.40 
After off  : Rm100.70

p/s : untuk gubahan hantaran kedua-dua belah pihak lelaki & perempuan 


So inilah preview gabungan warna yang akan digubah oleh kami.


Hantaran sebelah pihak lelaki....


Hantaran sebelah pihak Perempuan...

So kepada bride to be sekalian, aku suggest kedai ni untuk korang semua. Memang sangat berbaloi. Cakap je korang nak tema apa. Semua boleh dapat kat sini.


Isnin, 2 September 2013

BECOME A MUMMY

Assalamualaikum

Seriously aku adalah orang yang paling excited sebab da naik pangkat menjadi ibu.
Alhamdulillah, hujung bulan Julai  My Senget @ Cuna Cuyan telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Terkejut jugak masa mula-mula dapat kol dari her husband, sebab sepatutnya due 4 Ogos
( 4 days before raya ) Okeii la tu kan, baby Amar nak keluar awal, tak sabar nak jumpa mummy kan.

Jom kita preview sikit budak comel yang menjadi kegilaan ramai ni.


Amar Harith Danial. Berat semasa lahir 2.77kg

Comel sangat budak ni. Hari hari aku tatap gambar dia. Masa tu memang rasa nak terus balik Terengganu. Tapi terpaksa lah bersabar sebab cuti aku start 3 Ogos.



Perasaan rindu tu membuak-buak dekat budak ni. Pelik kan, sebab tak pernah jumpa pon. Mungkin inilah yang dipanggil jalinan kasih sayang. Dan sebab kesayangan yang teramat sangat, sebelum balik aku pon shopping barang-barang baby. Sebab Amar ni baby boy... 
Semuanya berwarna hijau ( favourite colour abang ) suka la tu... Grrrrrr 
stress kan sebab tak dapat shopping warna pink.



So, raya ketiga kami pun buat rombongan Cik Kiyah ke Felda Kerteh 4. Sebab My Senget berpantang kat situ. Excited sangat jumpa baby Amar, tak boleh nak jauh sikit. Tapi sebenarnya Abang lagi excited dari aku. Mula mulanya cover macho , at last dia pulak yang  sibuk duk peluk cium baby Amar.

To baby Amar : Nanti mummy datang melawat Amar lagi ok sayang. I love you so much. Semoga menjadi anak yang soleh, yang sentiasa membahagiakan hati papa dan mama Amar. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...