Ahad, 1 September 2013

M E R I S I K 2 7 A P R I L 2 0 1 3

Assalamualaikum

Pada tarikh  27 April 2013 bersamaan 5 bulan yang lepas, family Abang datang merisik.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kenangan yang paling indah dalam hidup aku, setelah pelbagai dugaan yang aku lalui selama ini, akhirnya Allah menitipkan bahagia dalam kehidupan aku. Terima kasih Ya Allah.
At First, masa tu dalam awal bulan April, i got one message from him, he old me that..
"hujung bulan ni Family Abang masuk merisik"
Terkejut aku baca mesej tu. Then aku reply, 
"Are you serious"
Then he said "Yes"

Tak tahu bagaimana aku nak explain perasaan masa tu. The first thing adalah, aku mengucap syukur yang teramat sangat. The second thing, aku call mama untuk kongsi berita gembira ni.

Sehari sebelum majlis merisik tu He ask me.. Adakah aku buat keputusan yang tepat? Dan betul ke aku nak terima pinangan tu? Tapi aku tak jawab soalan tu, sebaliknya aku tanya dia, Kenapa dia tak pernah tanya aku sama ada aku nak kahwin atau tak dengan dia, tiba tiba je buat keputusan nak merisik ?

Sebenarnya soalan-soalan tu tak perlu lagi ditanya sebab masing - masing dah tau apa jawapannya. 



Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang. Family dia sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Perbincangan pon berlangsung antara kedua buah keluarga. Apa yang mereka bincang, aku pon tak dapat nak explain sebab aku dikurung dekat dapur. Tak dibenarkan keluar. Tau-tau je da selesai semuanya.

Proses Merisik
Tapi kebiasaannya bila merisik ni , kedua-dua buah keluarga akan memperkenalkan keluarga masing-masing. seterusnya memperkenalkan anak-anak mereka ( bakal pengantin-pengantin ). 
Then, barulah keluarga lelaki akan menyuarakan hasrat merisik.

Keputusannya terpulanglah kepada keluarga pihak perempuan sama ada nak terima atau tolak pinangan tersebut???

Sekiranya pihak perempuan bersetuju, then mereka akan proceed ke perbincangan tarikh untuk melangsungkan majlis pertunangan, jumlah dulang hantaran dan sewaktu dengannya. 

Apa yang Perlu Dibawa?
The first thing haruslah bawak cincin kan. Selalunya untuk proses merisik cincinnya adalah cincin belah rotan. Nak tau cincin belah rotan tu bagaimana rupa dia? Ha yang macam gambar kat atas tu la. 
Selain itu, pihak lelaki juga akan membawa sedikit buah tangan seperti kuih muih atau buah-buahan.



Dan ini pulak buah tangan dari aku untuk dia. Berusaha keras nak siapkan kuih ni.

Da selesai semuanya. Terjalinlah ikatan kekeluargaan antara kedua buah keluarga.

The first step to get married. 

Terima kasih untuk semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Alhamdulillah.

p/s : Thanks a lot Cik Akinah Ismail sebab bertungkus lumus di hari kejadian. 





2 ulasan:

Nur Azwa Edora berkata...

Goodluck dear. May Allah bless you relationship ! :) Till jannah amin :D

DHHassan berkata...

In Sha Allah. Amin. Thanks sayang. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...