Rabu, 11 September 2013

Trip To Port Dickson : Teluk Kemang

Assalamualaikum

Hari terakhir di Port Dickson. Otw balik kami singgah di Taman Awam, Pantai Teluk Kemang.
Hajat sebenarnya nak cari souvenir untuk adik ( Cik Sayang ) & officemates. Kebetulan pada hari tu ada event Merdeka Festival 2013. So secara tidak langsung, kami pon terlibat sama memeriahkan event.

Pelbagai aktiviti ada kat sana termasuklah forum perdana, sukaneka rakyat, auto show dan bazar jualan.
Bagi aku antara yang menarik adalah gerai kraf tangan. Memang rasa macam nak grab semuanya je. Penuhkan rumah dengan hiasan kraf. Paling menarik adalah kraf ikan buntal.
 ( * isi da tak de tapi masih mengembang macam belon )
 Dalam hati aku ada ke orang nak beli?? *&^%$#
Harga ikan tu ikut pada saiznya, kalau besar around RM65 kalau kecil sikit around RM50 or RM55. 



Banyak jugak yang kami berhabis kat sini. dan tak lupa barang wajib dibeli, fridge magnet dan key chain untuk adik. Selebihnya yang kami borong adalah makanan tradisional yang semestinya memang susah nak cari bila da balik KL. 



Dah lama tak ke pantai, excitednya lain macam sikit lah kan. Maklumlah dulu masa stay di Terengganu, pantai lah destinasi utama, berbuka puasa pon kat pantai. Apatah lagi bile bergaduh dengan abang, itu lah tempat paling tenang bagi aku. Aku memang pantang nampak kuda mesti nak snap punyer, Tapi nak snap pic kuda kat sini kena pay RM2 kot. So apa lagi kami pon curik-curik lah ambik gambar. Free of charge. Sorry tauke....

Pantai kat sini memang sangat cantik. Tapi Awas kalau korang nampak khemah-khemah comel kat tepi pantai tu, jangan sesuka hati nak melabuhkan diri tau, sebab khemah tu kena bayar. Harga tu aku tak sure, rasanya satu khemah around RM30. Okei, da bayar baru lah boleh bersenang lenang merenung keindahan ciptaan Tuhan.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...