Khamis, 24 Oktober 2013

Abadikan Nama version Tulisan Khat

Assalamualaikum

Cantik kan tulisan khat ni? Nak jugak? Pergi la MICCOS 2013.
Boleh tak nak promote. Tapi seriously sangat cantik tulisan khat ni. 
Semalam lepas habis handle Seminar, aku jalan-jalan dengan Puan Supik.. kat gerai IKS.
So kami terjumpa gerai tulisan khat ni.

So ape lagi, tak nak lepaskan peluang untuk abadikan nama kami.
Aku mintak tuan kedai tu buatkan nama aku & Sham. 
Siap request nak ade ekor2 lagi..
So inilah hasilnya. Sangat berpuas hati.

*lepas ni framekan...
Puas Sham bodek, suruh bagi dia tulisan khat ni... Jawapannya memang tak lah...
Tibe tibe aku kedekut hari ni. Hahah kalau bagi dia pon, dia simpan dalam almari je.
Baik aku frame n gantung kat rumah...


Harga tulisan ni RM3,RM5 & RM30..
Ikut saiz okay?

Oh ya korang ingat tak entry ni
Semalam aku ade jumpe satu gerai wakaf ni.. boleh beli senaskah Al-Quran
 dengan harga RM20 dan wakafkan.
Letak lah seberapa banyak nama yang korang nak..


Tak salah sekali sekala beramal untuk saham akhirat kan.



xoxo

Selasa, 15 Oktober 2013

Melawan Kesepian


Aku amat merindui setiap insan yang telah pergi dari hidup aku. Semoga Aku tetap tabah mengharungi setiap dugaan ini.. Amin Ya Rabbalalamin..

Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan



Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti



Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku



Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti



Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku



Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku



Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Ahad, 6 Oktober 2013

Mr. D.I.Y. versi Daiso

Assalamualaikum

Welcome back to the office. Mcam dah lama sangat bercuti kan. Dua hari je pon. Cerita pasal cuti, disebabkan semalam adalah hari Ahad yang sangat membosankan, aku decide untuk keluar menghabiskan duit. Dan disebabkan ibu aku ( a.k.a housemate ) plan nak repair bingkai cermin mata dia kat Focus Point, dan aku pulak nak pergi Mr D.I.Y., so kami buat keputusan untuk pergi ke Aeon Big Kota Damansara.

Aku memang lah tersangat addict dengan kedai ni, tiap tiap hari pergi pon tak pe. Sebenarnya kedai ni, lebih kurang macam Daiso jugak, tapi bezanya barang-barang dalam kedai ni berlainan harga. 


So ini antara barang yang aku dah grab semalam. ( baru capture tadi ). Sebenarnya dah lama sangat aku carik satu bekas untuk letak semua supplement mcam kat atas tu. Penat dah hari-hari duk usung botol-botol supplement ke hulu ke hilir. Finally jumpa jugak. Sebenarnya dulu, kakak aku ade hadiahkan bekas ubat tu ( tapi tak sama bentuk lah ). Masa tu aku rasa macam tak ada function je benda alah tu, so aku pon tak cara sangat la.Tapi bila nak guna aku carik balik bekas tu, memang tak jumpa lah sebab tapi aku pon tak ingat aku letak kat mana. 

Kalau nak tau lebih pasal Mr. D.I.Y. ni  klik kat sini
 Kalau nak tau list outlet Mr. D.I.Y. pulak klik kat sini

Dan ini antara outlet baru yang akan dibuka.


xoxo

Jumaat, 4 Oktober 2013

Apa korang buat dengan tiket selepas tonton wayang ?

Assalamualaikum

Time study kat Kuantan dulu, tonton wayang memang dah menjadi rutin harian. Pantang kelas habis awal, memang terpacak la muka aku ngan housemates a.k.a classmates kat depan panggung tu. asal cerita baru keluar je, mesti kami set time nak pergi tengok. Kebiasaan budak-budak IPT, suka membazir menghabiskan duit PTPTN. Masa nak kena bayar balik ni, baru rasa perit kan. Dulu enjoy tak ingat. Sekarang rasakan, terhegeh hegeh nak bayar.Padan muka aku.



Tapi sejak da bekerja ni, hobi tu dah semakin berkurang. Puncanya utamanya sebab tempat aku bekerja tu tak da wayang. Kalau nak tengok jugak kena lah merantau ke Mesra Mall. Jauh kot, dah rasa macam tak berbaloi je nak drive jauh semata tonton wayang. Selama setahun lebih aku stay kat sana, ada la sekali kot aku pergi tonton wayang kat situ. Itu pon sebab nak teman Pn. Senget yang beria sangat nak tengok 7 Petala Cinta.


Kalau aku tak suka tonton wayang, macamane tiket boleh jadi banyak kan? Ini semua disebabkan Sham, Dia memang kaki wayang. Setiap kali kami keluar dia memang nak tonton wayang. Wajib. Tapi biasa lah lelaki kan, memang dia sangat addict cerita action. So, secara tidak langsungnya memang aku akan terlibat sekali dalam hobi ni. Selalu jugak aku mengomel kat dia, "bosan la tengok wayang, membazir je, baik kita pergi beli CD je, boleh tengok banyak kali". Dan banyak kali jugak lah aku tertidur dalam panggung tu.

Ada la sekali tu dia kesian kat aku agaknya, dia ajak aku pergi cari CD tapi kebetulan cerita yang dia nak tu tak da. Bayangkan lah berdouble triple kedutan muncul kat muka aku waktu tu. memang lepas tu, kami dah tak menjejakkan kaki lagi kat kedai CD.

Sekarang ni dia da download GSC movie listings kat phone dia. Senang katanya, boleh check wayang apa yang ada. Hahah lama-lama kelamaan aku da terbiasa dan aku pon da set dalam mind, setiap kali kami keluar, kami akan tonton wayang. Mama kata support lah dia, bukannya dia buat benda jahat pon, dah hobi dia, aku kena lah faham. So korang nampak tak betapa mama sudah berpaling tadah sekarang. Haha


So disebabkan tahap kerajinan aku berada pada highest level, aku abadikan tiket-tiket wayang ni semua kat dalam buku. At first aku just simpan tiket ni dalam kotak je, tapi bila fikir balik apa kata aku create satu buku dan simpan semua kenangan dan hobi yang kami share bersama kat sini. ha sopan je bahasanya kan, dalam hati sebenarnya aku nak suruh Sham tengok, da berapa banyak duit dia da spend untuk wayang,. Kalau dikira  balik harga-harga tiket tu, da boleh beli sebuah rumah. Hahah, nampak sangat aku menipu. Debushhhh.
Maaf, gambar  tak boleh publish sebab tu zaman-zaman free hair dulu.



Ketebalan jelas terpancar. Semakin hari semakin mengembung buku ni. Cuma lately ni aku dah macam malas sikit nak update. Bercinta nak tampal tiket wayang tu, dah dua tiga minggu baru sibuk nak menampal.


Selain tiket wayang, aku pon ada jugak print gambar, dan mesej-mesej yang konon-kononnya boleh dijadikan kenangan di zaman tua nanti. Boleh nak menayang kat cucu cicit cuit. Kalau sempat, In Sha Allah. xoxo



Rabu, 2 Oktober 2013

Jogging ke Bersiar-siar

Assalamualaikum...

Tajuk macam klishe je kan. Haha sekarang ni aku memang sangat bermasalah bab-bab nak letak title untuk setiap entry aku. Boleh tak sakit kepala nak fikir. Entry ni sebenarnya da dua tiga hari terperam kat dalam draft aku, nampak tak triple kemalasan kat situ. Sibuk sangat meng edit report suku tahun, maklumlah da masuk bulan Oktober kan. Report suku tahun wajiblah di submit sebelum 8 hb.
( kalau tak nak dengar bos suara singa bos terkeluar )

Cerita pasal jogging ni, sebenarnya dah lama sangat kot aku tak berjogging. Ada lah pergi taman-taman awam, tapi tu pon sekadar cuci cuci mata, date, tak pon picnic. Tapi bila Sham da mula merayu-rayu nak berjogging, akhirnya kugagahi jugak. Tak sampai hati tengok muka seposen dia. Dia kata bila dah balik Lipis dia dah tak ada masa nak buat semua ni, busy dengan kerja. 

So, here we're. Taman Rimba Riang, Kota Damansara. Aku bawak dia ke tempat yang paling dekat sekali, nampak tak berdouble triple kemalasan aku. Jauh sangat nak pergi Shah Alam. Alasan tak logik bila ditambah dengan muka seposen, akhirnya diterima.  


Kami sampai dah dekat pukul 8 jugak lah. Okay, boleh tak dia tak bawak sport shoesssss.. Amboi semalam beria sangat dia nak berjogging. Tapi takpe, inilah peluang terbaik untuk aku. Dengan muka 100 kali ganda ikhlas, aku offer sport shoes aku kat dia. So that aku tak perlu nak jogging. Genius tak. Tiba-tiba pulak Sham terlampau cerdik kali ni, kasut aku tu kecik, katanya.

Okay nampak gayanya memang aku kalah. Da habis 2 round terus dah pancit. So, aku pon bersiar-siar, jalan-jalan macam nak pergi shopping. Hahaha.



Preview sikit view kat sini. 



Meh sini nak zoom sikit, orang yang semangat nak berjogging tu. Jangan nak terpengaruh sangat okay, dari jauh memang la dia nampak sangat kecik dan comel. Hahahaha. 


Okay, banyak kali jugak lah dia pusing masa tu, ada kot 6-7 round. Penat jugak lah aku menunggu. Tapi at last tu, dia cakap "Nanti free, kita datang jogging lagi okay". Waaa boleh tak bayangkan muka aku da berkedut seribu waktu tu. Apapun kami tak lepak lama sangat kat sini, sebab tengahari  tu rushing nak balik Pahang sebab nak attend wedding kawan Sham. xoxo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...