Jumaat, 4 Oktober 2013

Apa korang buat dengan tiket selepas tonton wayang ?

Assalamualaikum

Time study kat Kuantan dulu, tonton wayang memang dah menjadi rutin harian. Pantang kelas habis awal, memang terpacak la muka aku ngan housemates a.k.a classmates kat depan panggung tu. asal cerita baru keluar je, mesti kami set time nak pergi tengok. Kebiasaan budak-budak IPT, suka membazir menghabiskan duit PTPTN. Masa nak kena bayar balik ni, baru rasa perit kan. Dulu enjoy tak ingat. Sekarang rasakan, terhegeh hegeh nak bayar.Padan muka aku.



Tapi sejak da bekerja ni, hobi tu dah semakin berkurang. Puncanya utamanya sebab tempat aku bekerja tu tak da wayang. Kalau nak tengok jugak kena lah merantau ke Mesra Mall. Jauh kot, dah rasa macam tak berbaloi je nak drive jauh semata tonton wayang. Selama setahun lebih aku stay kat sana, ada la sekali kot aku pergi tonton wayang kat situ. Itu pon sebab nak teman Pn. Senget yang beria sangat nak tengok 7 Petala Cinta.


Kalau aku tak suka tonton wayang, macamane tiket boleh jadi banyak kan? Ini semua disebabkan Sham, Dia memang kaki wayang. Setiap kali kami keluar dia memang nak tonton wayang. Wajib. Tapi biasa lah lelaki kan, memang dia sangat addict cerita action. So, secara tidak langsungnya memang aku akan terlibat sekali dalam hobi ni. Selalu jugak aku mengomel kat dia, "bosan la tengok wayang, membazir je, baik kita pergi beli CD je, boleh tengok banyak kali". Dan banyak kali jugak lah aku tertidur dalam panggung tu.

Ada la sekali tu dia kesian kat aku agaknya, dia ajak aku pergi cari CD tapi kebetulan cerita yang dia nak tu tak da. Bayangkan lah berdouble triple kedutan muncul kat muka aku waktu tu. memang lepas tu, kami dah tak menjejakkan kaki lagi kat kedai CD.

Sekarang ni dia da download GSC movie listings kat phone dia. Senang katanya, boleh check wayang apa yang ada. Hahah lama-lama kelamaan aku da terbiasa dan aku pon da set dalam mind, setiap kali kami keluar, kami akan tonton wayang. Mama kata support lah dia, bukannya dia buat benda jahat pon, dah hobi dia, aku kena lah faham. So korang nampak tak betapa mama sudah berpaling tadah sekarang. Haha


So disebabkan tahap kerajinan aku berada pada highest level, aku abadikan tiket-tiket wayang ni semua kat dalam buku. At first aku just simpan tiket ni dalam kotak je, tapi bila fikir balik apa kata aku create satu buku dan simpan semua kenangan dan hobi yang kami share bersama kat sini. ha sopan je bahasanya kan, dalam hati sebenarnya aku nak suruh Sham tengok, da berapa banyak duit dia da spend untuk wayang,. Kalau dikira  balik harga-harga tiket tu, da boleh beli sebuah rumah. Hahah, nampak sangat aku menipu. Debushhhh.
Maaf, gambar  tak boleh publish sebab tu zaman-zaman free hair dulu.



Ketebalan jelas terpancar. Semakin hari semakin mengembung buku ni. Cuma lately ni aku dah macam malas sikit nak update. Bercinta nak tampal tiket wayang tu, dah dua tiga minggu baru sibuk nak menampal.


Selain tiket wayang, aku pon ada jugak print gambar, dan mesej-mesej yang konon-kononnya boleh dijadikan kenangan di zaman tua nanti. Boleh nak menayang kat cucu cicit cuit. Kalau sempat, In Sha Allah. xoxo



2 ulasan:

Mrs. Syahafizie berkata...

untung la jdi PA xder keje sgt..sy xsempat...da trkubur je..

DHHassan berkata...

hahah bos tak de boleh la nak update.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...