Rabu, 2 Oktober 2013

Jogging ke Bersiar-siar

Assalamualaikum...

Tajuk macam klishe je kan. Haha sekarang ni aku memang sangat bermasalah bab-bab nak letak title untuk setiap entry aku. Boleh tak sakit kepala nak fikir. Entry ni sebenarnya da dua tiga hari terperam kat dalam draft aku, nampak tak triple kemalasan kat situ. Sibuk sangat meng edit report suku tahun, maklumlah da masuk bulan Oktober kan. Report suku tahun wajiblah di submit sebelum 8 hb.
( kalau tak nak dengar bos suara singa bos terkeluar )

Cerita pasal jogging ni, sebenarnya dah lama sangat kot aku tak berjogging. Ada lah pergi taman-taman awam, tapi tu pon sekadar cuci cuci mata, date, tak pon picnic. Tapi bila Sham da mula merayu-rayu nak berjogging, akhirnya kugagahi jugak. Tak sampai hati tengok muka seposen dia. Dia kata bila dah balik Lipis dia dah tak ada masa nak buat semua ni, busy dengan kerja. 

So, here we're. Taman Rimba Riang, Kota Damansara. Aku bawak dia ke tempat yang paling dekat sekali, nampak tak berdouble triple kemalasan aku. Jauh sangat nak pergi Shah Alam. Alasan tak logik bila ditambah dengan muka seposen, akhirnya diterima.  


Kami sampai dah dekat pukul 8 jugak lah. Okay, boleh tak dia tak bawak sport shoesssss.. Amboi semalam beria sangat dia nak berjogging. Tapi takpe, inilah peluang terbaik untuk aku. Dengan muka 100 kali ganda ikhlas, aku offer sport shoes aku kat dia. So that aku tak perlu nak jogging. Genius tak. Tiba-tiba pulak Sham terlampau cerdik kali ni, kasut aku tu kecik, katanya.

Okay nampak gayanya memang aku kalah. Da habis 2 round terus dah pancit. So, aku pon bersiar-siar, jalan-jalan macam nak pergi shopping. Hahaha.



Preview sikit view kat sini. 



Meh sini nak zoom sikit, orang yang semangat nak berjogging tu. Jangan nak terpengaruh sangat okay, dari jauh memang la dia nampak sangat kecik dan comel. Hahahaha. 


Okay, banyak kali jugak lah dia pusing masa tu, ada kot 6-7 round. Penat jugak lah aku menunggu. Tapi at last tu, dia cakap "Nanti free, kita datang jogging lagi okay". Waaa boleh tak bayangkan muka aku da berkedut seribu waktu tu. Apapun kami tak lepak lama sangat kat sini, sebab tengahari  tu rushing nak balik Pahang sebab nak attend wedding kawan Sham. xoxo.

5 ulasan:

Shafiee Aiman berkata...

pasni g tasik s.alam pulok....baru rare!!!!

DHHassan berkata...

haha bukan lepas ni nak picnic kat waterfall batang Kali ke?

hermee emy berkata...

Lps ni ajk sham terjun kt tasik tu..berenang plak..haha

DHHassan berkata...

Tasekkk dia tak cantik kot

Shafiee Aiman berkata...

teeetttttttt...........................................................................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...