Rabu, 18 Disember 2013

Selesa Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Perancangan Program Bahagian Pengembangan Pembangunan di Port Dickson yang dijalankan dari 9 hingga 11 Disember 2013 di Port Dickson. Kat sana kami stay di Selesa Beach Resort. Menumpang Si Pinky Pn Supik, akhirnya kami berjaya sampai ke sini tanpa menggunakan GPS. Macam agak hebat je kan. Reka Bentuk Resort ni sangat menarik, memang nampak sangat Minangkabau. 





"RESORT SELESA BEACH, Port Dickson hanya hanya 45 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan satu jam dari bandar yang sentiasa sibuk Kuala Lumpur dan Melaka sejarah."

"Elegan direka dengan keselesaan dalam fikiran, hotel Port Dickson ini menyediakan 5 kategori bilik yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan anda."

"Ingin mengadakan mesyuarat di Port Dickson? Selesa Beach Resort Port Dickson adalah satu persidangan ideal dan destinasi seminar. Ia boleh menampung sehingga 500 tetamu untuk mesyuarat, seminar dan jamuan."






Bilik ni agak besar jugak lah, boleh lah kalau nak main kejar kejar pon. Setiap bilik ada balkoni. dan oleh kerana kami dapat bilik ground floor, So inilah pemandangan dihadapan bilik. Sangat heaven kan. Memang suggest sangat pergi bercuti kat sini. 



Kat depan sana adalah pantai. Semestinya kami tak lepaskan peluang naik Banana Boat dan mandi pantai. Dari bilik hotel pun kita boleh nampak scene yang cantik. Pada sesiapa yang sangat suka snap pic tu memang sesuai sangat la. Pemandangan waktu senja kat sini, memang amat cantik..Boleh lah korang tengok sunset sambil feeling feeling love.

xoxo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...