Isnin, 30 Disember 2013

Welcoming 2014

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hingga hari ni. Hari terakhir untuk tahun 2013. Pastinya banyak azam tahun baru yang nak dicapai kan. In Sha Allah, semoga azam kita semua akan tercapai dengan jayanya. So, saki baki azam 2013 yang maybe tak tercapai tu, jom kita carry on untuk next year okay.

Refresh balik moment sedih tahun 2013 :

24 January aku melawat kawan masa study dulu, kami excident pada tahun 2010. Aku dah pon grad dan bekerja sedangkan dia masih terlantar sakit. Semoga Allah memudahkan kesulitan yang dihadapi dia dan keluarganya. Amin.

17 September aku kehilangan nenek, walaupun cuma nenek angkat, ia tetap meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Dari kecil sampai besar, nenek adalah tempat aku bermanja. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenek. Amin.

Kes pindah randah sepanjang aku bekerja di LGM. 3 kali aku berpindah, pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai peristiwa dan Alhamdulillah akhirnya aku dapat rumah yang selesa dan In Sha Allah aku tak kan berpindah lagi kecuali kalau terbeli rumah sendiri kat sini.

Aku kehilangan BER tersayang, BER yang setia menemani aku ke hulu ke hilir. Akhirnya terpaksa let go jugak. Tapi nasib baik sebab owner BER sekarang adalah kawan mama. So dapatlah jugak aku mencuci mata.



Refresh moment indah 2014 :

Alhamdulillah tanggal 27 April, family Sham datang merisik dan diterima baik oleh keluarga aku. kami diikat selama 2 bulan sebelum majlis pertunangan berlangsung. 

Tanggal 8 Jun, kami sah sebagai tunangan. Hantaran 11 berbalas 13, diiringi doa dan restu daripada kedua dua belah keluarga. Bertemakan tiffany blue dan pastel pink, Alhamdulillah Majlis Pertunangan yang digabungkan dengan Majlis Khatam Al-Quran berjalan lancar seperti yang dirancang.

10 Julai, akhirnya Sham penuhi hasrat aku, dia hadiahkan BB seperti yang aku impikan tu. Pelik katanya orang semua dah tak pakai bb, aku je tergilakan. Huhu, hanya aku yang mengerti okay.

Pertengahan Julai, berjaya lembutkan hati Sham untuk beli kereta baru. Alhamdulillah loan  lulus, and finally MYR*** sampai. Sempatlah aku beraya sakan dengan kereta baru.

Alhamdulillah syukur aku telah pon disahkan jawatan tetap di bawah Lembaga Getah Malaysia, bos  sokong dan aku pon dah dapat surat opsyen.

Kepada semua kawan-kawan, saudara yang telah bertunang dan mendirikan rumah tangga tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga bahagia kekal hingga ke Jannah.



Time is running too fast. Sekejap je dah berakhir tahun 2013. Esok dah masuk tahun baru, tahun yang sangat mendebarkan. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum majlis berlangsung. Semoga Allah  permudahkan segalanya. Andai ada salah silap, mohon dimaafkan. Semoga tahun 2014 akan membawa keberkatan buat semua. Amin.

xoxo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...