Rabu, 26 November 2014

NO MORE PJJ. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Allah tu sentiasa mendengar doa hambanNya.
Alhamdulillah, permohonan pertukaran suka sama suka dah diluluskan.
Sham akan lapor diri kat sini Isnin depan.

Got my shoulder. Syukur Ya Allah.

Love
DHHassan.

Selasa, 18 November 2014

Sharing : Husband/Wife

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni dah selalu sangat kita dengar tentang perkahwinan jarak jauh kan. Faktor utama berlakunya PJJ adalah pekerjaan. Urusan pertukaran bukannya senang. Nak tak nak terpaksalah berjauhan. Ada yang dah sampai dua tiga orang anak pon, still PJJ lagi.

Tipulah kalau aku kata aku tak kisah langsung hidup PJJ, cuma aku redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ini yang terbaik untuk kami buat masa ini. Sebagai seorang isteri, kadang-kadang aku terfikir, apa gunanya aku kahwin tapi suami aku terpaksa basuh baju sendiri dan tapaw makanan dekat kedai. Tapi alhamdulillah, suami aku redha, kerja macam aku memang susah nak tukar. Kalau ada pon post aku cuma dekat ibu negeri sahaja. 

Menjadi seorang isteri PJJ bukan semudah yang disangka. sebab kita perlu menguruskan kehidupan seorang diri. Tambah pulak aku sebatang kara kat sini, tak ada sedara mara. Officemate adalah saudara terdekat yang aku ada. Semoga Allah terus memberikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Amin.

Love
DHHassan.

Selasa, 4 November 2014

R E S P O N S I B I L I T Y

Assalamualaikum

Kenapa manusia perlu cemburu pada orang yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi?
Aku pon tak faham dan semakin keliru...

Bila tengok orang lain dedikasi dengan kerja...
"Ah nak bodek bos lah tu, nak cepat naik pangkat"

Bila tengok orang lain rajin beribadah, rajin ke surau...
"Ah nak menunjuk la tu, konon alim"

Bila tengok orang lain bahagia....
"Ah takut bini lah tu, bini queen control"

Segalanya bermula dari hati, sekiranya hatinya kotor maka kotor lah tindakannya... Tiada istilah "aku ni mulut je jahat, hati baik". Aku tak setuju sama sekali dengan istilah tu.  Kenapa kita perlu dengki, busuk hati dengan tanggungjawab orang lain, sepatutnya kita gembira kerana dia menggalas tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

Berubahlah.

Love,
DHHassan..

Khamis, 30 Oktober 2014

20 Fakta Tentang Diri Sendiri

Assalamualaikum..

1. Anak tunggal dari ibu kedua.

2. Seorang isteri yang manja, kuat merajuk, kuat menangis dan suka memeningkan kepala si suami.

3. Tidak suka ditunggu dan menunggu. Especially bila ada orang tengah menunggu aku, aku akan jadi kelam kabut, semua benda aku buat jadi tak kena, jantung berdegup laju dam rasa bersalah yang teramat sangat.

4. Memerlukan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk bersiap. Sepuluh minit untuk termenung depan almari pilih baju, lepas tu pilih tudung, setengah jam mandi, make up dan perkara paling lama yang aku buat adalah pakai tudung. Kawan aku pernah cakap dia risau kalau aku pakai tudung, sebab aku sanggup bukak balik kalau ada senget sikit pon.

5. Aku paling pantang orang usik, sentuh , alih atau guna barang-barang aku. Especially baju, tudung, kasut. Itulah barang paling pantang orang guna. Aku boleh consider lagi kot kalau dia orang mintak pinjam barang-barang lain. The main point, aku memang tak suka kongsi barang. Officemate kalau guna barang aku, even pen sebatang mesti pulang balik sebab takut kena marah. Rasanya mungkin faktor anak tunggal kot, jadi aku tak biasa berkongsi barang.

6. Tak boleh duduk seat belakang bila naik kereta. Kalau duduk belakang confirm aku diam je, sebab aku akan pening terus rasa nak muntah bagai.

7. Tidak makan chocolate. Kalau aku bau pon, confirm muntah.

8. Tidak suka warna coklat. Masa kecik-kecik dulu, aku pernah muntah sebab naik teksi warna coklat.

9. Aku paling pantang orang naik kereta aku lepas tu selit sampah merata-merata. Tolong buang di tempat sepatutnya.

10. Berdarah kacukan Thailand. Dulu aku boleh la cakap Thai sikit-sikit, tapi sejak arwah ayah dah tak de, terus lupa.. 

11. Aku tidak boleh memandu malam, silau yang teramat sangat. 

12. Aku tidak suka rumah aku bersepah, especially dapur. Boleh jadi stress kalau dapur macam tongkang pecah.

13. Aku sangat giler kan warna pink dan teddy bear. Tapi sejak dah kahwin ni, aku dah banyak sedekahkan teddy bear aku kat orang.

14. Aku selalunya akan jatuh cinta dengan kedai buku. Ulat buku lah konon.

15. Aku seorang yang tidur awal. pukul 10 lebih tu selalunya aku dah berada dalam mimpi.

16. Aku sangat suka bercucuk tanam. Perkara pertama yang aku buat lepas balik kerja adalah melawat sayur dan bunga-bunga aku. Pengumpul tegar pokok kaktus, berangan nak ada taman mini kaktus satu hari nanti.

17. Aku tak pandai memasak. Hahahaha nak masak je kol mama, nak masak je google. Tapi lately ni mcm dah pandai sikit la. Hahahaha

18. Aku giler shopping. Bila aku stress, aku suka pergi shopping sorang-sorang sebab tak de sape nak larang aku beli ape yang aku suka. So hilanglah stress lepas tu.

19. Aku sangat suka lipstick warna merang ang. Nampak sangat confident bila aku pakai. Kadang-kadang aku try pakai warna lain tapi at last aku mesti cuci balik, sebab rasa tak kena..At last, pakai warna merah ang tu.

20.  Aku mempunyai dua biji @ buah @ buku lesung pipit. Yang kadang-kadang aku pon lupe aku ada lesung pipit tu. heheheh




Rabu, 29 Oktober 2014

R E F R E S H

Assalamualaikum

Delete Blog
Dah lama blog tak update, banyak kali jugak aku sign in, then beberapa minit lepas tu aku sign out balik. Tak tahu kemana perginya idea-idea aku. Tangan seakan kaku pulak. Banyak kali jugak aku fikir nak delete blog. Tapi hari ni, aku decided nak teruskan berblog, sayang lah nak berhenti separuh jalan. Since 2009 aku aktif berblog takkan nak stop sampai sini. Untuk bagi semangat, aku baca balik entry-entry lama aku (kecuali entry 200-2010 sebab aku dah delete, entry zaman-zaman aku free hair dulu). 

Stress
Buat masa sekarang ni, mood aku kelaut sangat, cepat nak marah, moody, cepat terasa, cepat nak menangis. Mungkin aku dalam proses nak menerima keadaan sekeliling dan cara hidup yang baru dan mungkin banyak sangat perkara yang buat aku stress sekarang ni. ##debush

Baby Qaireena
Macam yang korang tahu, Pn. Supik dah selamat melahirkan baby girl. Dhia Qaireena yang sangat comel, pengarang jantung mama dan babah. Alhamdulillah, semoga Qaireena membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin. Tak sabar nak tunggu Pn. Supik balik KL, dah mengidam sangat nak jumpe baby. Hari-hari duk whassap mintak gambar baby. (banyak sangat tertumpahnya kasih sayang kat baby ni)...

Kursus DMFK
2-3 minggu lepas aku ade join kursus dengan Dr. Fadzilah Kamsah. Tajuknya Pengurusan Stress. Input nya sangat menarik dan dapat membantu aku detoks hati sendiri. Jom kita kongsi sedikit ilmu untuk manfaat bersama.

Strategi Menangani Stress 

1. Hati dan niat murni

2. Minda yang positif
    -Jangan suka labelkan orang
    -Jangan berprasangka buruk pada orang

3. Audit dalaman
    -usaha & tindakan cemerlang
    -audit cara pemakanan (satu hari satu protein)
    - makan malam sebelum maghrib

4. Ibadah dan doa
   - solat taubat dan witir setiap hari
   - Al-Quran dan zikir

5. Hubungan yang cemerlang
   - Doakan kawan, guru-guru, jiran-jiran, ahli keluarga
   - Maafkan semua orang sebelum tidur
   - Bantu kawan, didik dan pesan

6. Penampilan anggun
   - Tuhan itu cantik, dan Tuhan suka yang cantik-cantik

7. Ada guru ada mentor

8. Budaya diri dan kerja yang hebat
   - Masuk rumah kaki kanan, baca basmallah, suh Al-Ikhlas dan beri salam
   - Tidur mengiring ke kanan
   - Masuk toilet kaki kiri
   - Mandi dari bawah (kaki)
   - Solat taubat dan witir
   - Sarapan dengan makan buah (seeloknya pisang)


* Kita tidak boleh benci orang kita cuma boleh benci perbuatannya sahaja.


Love,
DHHassan














Selasa, 30 September 2014

The Solemnization : Get My Shoulder

Assalamualaikum

Alhamdulillah ..

Akhirnya tamat sudah tempoh pertunangan yang penuh liku dan dugaan. Wah. Tanggal 30 Julai 2014,kami diijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. Syukur kehadrat Ilahi yang memudahkan segala urusan kami. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan sahabat yang sudi datang memeriahkan majlis. Ada yang dijemput last minute pon, tapi sudi jugak datang. ( Eha & Ana memang sangat appreciate pengorbanan korang.)


Handbouqet hasil DIY. Setelah puas meng google. Inilah hasilnya, luka jugak lah tangan dok memintal dawai. Tapi Alhamdulillah hasilnya awesome. 


Baju yang superb dari Diana Gallery. Mula-mula tu aku pilih baju lain, sebelum pergi butik lagi aku dah aimm.. Sampai je kat butik, Kak Diana suruh aku try baju ni, katanya baju ni baru je siap, tak ada orang yang pakai lagi. so mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Masa bertunang baju baru, nikah pon dapat baju baru.


Goodies untuk nikah, aku brorong dekat GM klang. Thanks Qiena sebab teman aku pergi memborong, jasamu sangat sangat dikenang. At first nak ambik semua yang berbentuk love tu, tapi dah habis stok, so terpaksa lah topup dengan tin merah tu. Kat dalam tin tu aku letak candy & tasbih. 

Khamis, 25 September 2014

Honeymoon Part 2 : Singapore

Assalamualaikum

Next trip, kami ke Singapore. Kali ni kami naik bas pulak. Kami park kereta di stesen bas Larkin RM5 per day. (p/s jangan parking kat terminal tau sebab mahal). Oleh sebab kami tak sempat nak tukar duit kat KL, so kami terpaksa lah tukar duit dekat Terminal Larkin Sentral.. 1 dollar dalam RM2.65 sen.



1) SBS Transit No 170

Naik bas di Platform 13, SBS Transit no 170 ke Kranji. Tiket bas RM1.80 seorang. Make sure sediakan duit cukup-cukup sebab kalau korang bagi duit lebih, driver bas ni takkan pulangkan baki.


Bas akan berhenti dua kali untuk pengesahan passport di Imegresen Malaysia dan Singapore. Bila bas berhenti je, semua orang berlari turun, mula-mula tu kami pelik jugak, sebab ape mereka lari. At last baru faham, mengejar masa dan bas. Sebab kalau lambat, kita akan tertinggal bas dan terpaksa tunggu bas yang seterusnya. Make sure simpan tiket elok-elok. kalau tak, free je kena bayar lagi sekali.


2) MRT Kanji

Bas akan berhenti di MRT kranji. Beli tiket ke CC9 Harbour Front. Train akan melalui 16 pit stop.

Kranji-Woodlands-Sembawang-Yishun-Khatib-Yio Chu Kang-Ang Mo Kio-Bishan-Braddell-Tao Payoh-Novena-Newton-Orchard-Somerset-Dhobby Ghaut

Turun di pit stop Dhobby Ghaut dan interchange ke line purple untuk ke Harbour front.



ok nampak tak, sentosa kat seberang tu je.





3) Sentosa Express

Sampai ke stesen Harbour, turun dan ikut signage ke Vivocity/Sentosa Express. Beli tiket di Sentosa Station, naik train dan turun di Hentian pertama (waterfront) untuk ke Universal Studio.



here we go

Kebetulan masa kami pergi tu ada Buskers Festival di Beach Station.

4) Balik turun di pit stop Woodlands

Naik bas SMT nombor 950 ke Johor Bharu. Bas akan berhenti dua kali jugak untuk pengesahan passport di Imegresen Singapore & Malaysia. Turun di JB, dan naik bas ke Terminal Larkin.

Seriously best sangat, cuma penat la sebab kami travel satu hari je kan. So kepada backpackers sekalian, hope info ni dapat membantu. Enjoy your holiday..

xoxo

Guest Book : Bride's Reception

Assalamualaikum

Selalu aku post guest book dari customer je, tapi hari ni tambah excited sebab post guest book sendiri. Sorry tak banyak pic, maklumlah bila diri sendiri jadi pengantin mana sempat da nak fikir benda-benda ni semua. Pic candy corner pon tak sempat nak capture. Ada lah sikit bebayang candy corner kat pic nombor 2 tu... 




Aku bagi nama Ice Cream Guest Book. Thanks to Qiena & Ada, peneman setia yang handle semua benda ni. Thanks Adik sebab jadi pen topup candy corner.


Thanks all... Love You.
Xoxo

Rabu, 17 September 2014

Honeymoon Part 1 : Krabi Thailand 2014

Assalamualaikum

Kalau dah namanya keturunan Thai, pergi Honeymoon pon pilih Thai. Konon-konon nak bawak Sham balik kampung la.... Kami beli tiket masa Air Asia buat promotion, kalau tak silap bulan Januari. So pergi balik untuk dua orang RM452 ( include tax, insurance, bagage +++++). Kalau nasib baik mungkin boleh dapat harga yang lagi murah kot. Waktu Thailand lewat sejam dari Msia, so kami naik flight pukul 1 lebih sampai kat sana pon pukul 1 lebih jugak.

Here we go!!!




1) Shuttle Bas

Sampai di Air Port Krabi, kami naik shuttle bas ke Aonang. Tambangnya 150bath seorang (RM15). Tiket bas boleh beli dekat kaunter kat dalam Airport tu. Jangan lupa untuk pesan awal-awal dekat driver bas tu supaya berhenti di MCD Aonang.

2)Sewa Scoot 

 Bila dah sampai kami Sewa Scoot dengan harga 200bath (RM20)... Sewa dekat kedai MR.KRD. Kedai tu sebaris je dengan MCD Aonang, cuma kena jalan depan sikit. Tuan kedai tu akan mintak passport sebagai cagaran @ deposit 3000bath (RM300). So bila dah settle pilihlah scoot yang mana korang nak. Rambang mata nak pilih.



kami ambik scoot merah tu
3) Hotel : The Beach Terace

Disebabkan Sham nak hotel yang menghadap pantai, so kami tak book hotel dr Msia. Lepas sewa scoot kami terus pusing-pusing pekan Krabi tu, sambil cari hotel. Finally, tercapai jugak hasrat Sham. The Beach Terace Hotel. Harga untuk semalam ialah 2000bath (RM200). Tapi kalau yang ground floor tak menghadap pantai harga bilik untuk semalam ialah 1300bath (RM130). Siap dengan breakfast dan pastinya halal.





semua channel thailand dan kebanyakkannya berita..hahahah


Aku memang suggest hotel ni, service dia terbaik tau. Breakfast pon tepi pantai, sangat feeling berhoneymoon.





4) Restaurant Lemon

Antara restoren favourite kat sini. Tom Yam dia memang sedap giler. Rugi kalau tak try. Lokasi dia pun dekat je dengan MCD Aonang. Waitress kat sini boleh cakap loghat Kedah & Kelantan.















5) Phi Phi Island


Inilah pekan Aonang di waktu malam. So lepas makan kami pon pusing-pusing Pekan Aonang.Kami beli pakej Phi Phi Island dekat kedai yang kami sewa scoot tu. Tapi aku suggest korang pergi pusing-pusing dulu pekan, banyak lagi booth yang jual pakej phi phi tu. Setiap booth menawarkan harga yang berlainan. Tapi kalau dapat 900-1000bath (RM90-100) dah kira okay da sebab pakej ni sekali dengan makan tengahari. Dalam bot pon akan disediakan minuman ringan dan buah-buahan, makan lah selagi korang mampu.



Ada banyak lagi pakej pulau selain Phi Phi Island ni. Ikut suka la korang nak pergi yang mana. Tapi Phi Phi Island ni antara pakej yang tawarkan paling banyak pulau. kalau tak silap aku ada 7 pulau. 







lunch dekat sini..


yang ni korang wajib try, sedap giler... Banana Pancake

Bamboo Island.. dekat sini tikar pantai harganya 200bath (RM20)... So better beli tikar siap2 @ sewa je tikar sebelum naik bot...

 6) Bamboo Restaurant

Untuk malam kedua, kami singgah di Bambo restoren. Makanan kat sini pon boleh tahan sedap jugak. Decoration restoren ni memang cantik, sesuai dengan namanya.



sotong cicah sambal belacan.lalalal


tom yam lagi
boleh tak nak bg nama batang kangkung goreng belacan.....


 7) Elephant Trekiing

Lepas selesai memenuhkan perut, kami jalan-jalan lagi dekat pekan Ao Nang. kali ni kami jalan kaki sebab dah tak sewa scoot.... Rugi la sewa sekejap pon bayar tetap sama kan. Then kami beli pakej Elephant Trekking ni. Harga pakej ni 450bath seorang (RM45). Hati-hati sebab ade booth yang jual 800bath seorang(RM80). So kita kena pandai pilih. Disebabkan kami dah nak balik terpaksalah kami ambik pakej sejam je.. Tak dapatlah nak tengok show dan mandikan gajah ni.... Sob sob sob.







 8) Transport ke Air Port

Ada banyak booth yang menyediakan pakej penghantaran ke Air Port Krabi. kat booth scoot tu pon ada jugak. harganya sama macam naik shuttle bas 150bath seorang (RM 15). Kebanyakkannya akan menaiki van. Tapi make sure korang tepati masa okay... Sebab van akan sampai kat hotel korang 2 jam sebelum flight berlepas dan pak cik van tu sangat benci dekat orang yang lambat. Hahah ...

Okayy lah setakat ni je yang dapat aku kongsi, hope dapat membantu backpackers yang lain.
See you.

xoxo.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...