Isnin, 27 Januari 2014

Free Gift Gardenia : My Cookbook

Assalamualaikum

Terima kasih Gardenia sebab sudi bagi free gift ini. terima kasih kak Ariana Rose sebab suggestkan link untuk free gift ini. Dalam masa 14 hari buku sampai. Alhamdulillah, harap buku ini dapat membantu aku meningkatkan skill yang tak berapa nak ada.



x0x0

CNY Promotion : Sale Sale Sale at Gome Electric, Subang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya fridge dah pon sampai petang jumaat lepas. Thanks Abang, untuk pelaburan anda. Secara tak langsung fridge ini sedikit sebanyak, menyumbang kepada kepadatan ruang di dapur, tak ada lah nampak macam padang jarak padang terkukur sangat. Gome Electric, Subang ada buat "Big Sale" sempena Chinese New year. Ikut kata tauke kedai tu, sale akan tamat 10 hari selepas CNY. Sempat lagi kalau korang nak serbu.


p/s : letak fridge magnet akan merosakkan peti? Nonsense.. KP aku yang cakap.

ps : Hari ini kami celebrate birthday kak Ariana rose. Bukan main lagi dia buat muka terkejut dia tu. Btw

"Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-50 kakak, Semoga dipanjangkan Umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak-anak yang comel-comel, soleh dan solehah, bahagia hingga ke Syurga. Amin"

x0x0

Ahad, 26 Januari 2014

Black Pink Box : Cara Aku Simpan Plastik Sampah

Assalamualaikum

Last few weeks, aku ngan Kak Ariana Rose mencuci mata kat The Curve, jalan-jalan sampai tak sedar dah sampai area IKEA. Masa tu ada New Year Sale kat Brand Outlet. Apa lagi habis licin disapu Kak Ariana Rose... Sebenarnya kami tengah carik Daiso, tapi tak tau macamane boleh terlepas sampai ke situ. At last tak jumpa pon Daiso tapi jumpa satu kedai lain. Ikut kata Security Guard tu "Kedai 5 Ringgit", sekali masuk? Bukan semua pon barang dia RM5. Propa je kan. Btw barang-barang dalam kedai tu agak menarik perhatian la, lebih kurang barang-barang kat Daiso & Mr DIY. Dan disebabkan itulah aku terbeli box ni. Masa tu memang aku dah set kat otak, yang aku nak letak plastik sampah. At first, aku nak sumbat je semua plastik sampah tu kat dalam box ni, so tak ada la sakit mata sangat tengok kan. Tapi Kak Ariana Rose ajar aku lipat plastik sampah tu jadi macam ni.... Sejuk lah sikit mata memandang kan. 



xoxo

Sale 50% : Candy Corner Jar at KK Home Deco, Giant Kota Damansara

Assalamualaikum



Bought this from KK Home Deco, Giant Kota Damansara. Masa tu dia orang ada buat New Year Promotion.

  • Beli dengan harga RM200 +++ 
  •  dapat free sign up sebagai member
  •  dapat discount 50% 
  • then dapat voucher RM20. 


Disebabkan  Kak Ariana Rose dah janji nak sponsor Candy Corner Booth aku, so dengan senang hati dia berbelanja hari tu. Thanks kakak santek. 


Guest Book

Assalamualaikum

Walimatul Urus Nana & Famin






Selasa, 21 Januari 2014

Addicted : Pencarian Songket diteruskan

Assalamualaikum

Sebenarnya Kak Diana dah suggest beberapa design songket kat aku. Semuanya memang sangat superb, sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Sesetengah pendapat mengatakan pakai songket ni panas, sejauh mana kebenarannya tu, aku pon tak sure.

 

Yang ni macam sangat sweet kan, walaupun tak banyak songket yang digunakan tapi tetap nampak elegant.


Baju leuniey ni memang sangat gojes, pernah nampak sorang bride pakai, cuma warna tak sama.

 

Aku suka sangat warna baju RCW & ZS ni. For sure, tentu banyak butik yang keluarkan design terbaru menggunakan warna purple ni.


Kebanyakan cuma design songket untuk perempuan yang diketengahkan. So misi sekarang ni, nak cari design untuk kedua-dua bride & groom.

x0x0





Checklist Perkahwinan 2014

Assalamualaikum


Dah hampir ke minggu-minggu terakhir Januari 2014. Menghitung hari, mahunya tidak, hari da semakin dekat. Banyak persiapan yang harus dimulakan mulai sekarang. Masa tak boleh di u-turn balik, jadi kita tersangatlah perlu menghargai masa. Lagipun aku sangat benci kerja last minute, sebab hasilnya memang sangat tak memuaskan hati. pasti ada yang tak berkenan di mata. So, perancangan & persiapan awal sangat diperlukan. Walaupun tak kan membuahkan hasil yang 100% perfect, sekurang-kurangnya kita dah cuba memberikan yang terbaik. Jom kita share checklist perkahwinan ni :

Checklist Barang Keperluan : Asas
  • Prosedur Pernikahan 
  • Busana Pengantin
  • Make Up
  • Hantaran
  • Bridesmaid
  • Honeymoon
  • Lokasi majlis
  • Makanan
  • Tetamu
  • Goodies
  • Photographer/Videographer
  • Penginapan tetamu
  • Pengangkutan

Checklist 6 - 12 bulan sebelum perkahwinan

  • Pilih tarikh & waktu nikah - Done
  • Pilih tarikh, waktu resepsi & jamuan makan - Done
  • Pilih tarikh & waktu bertandang - Done
  • Pilih lokasi dan majlis pernikahan, resepsi & jamuan makan - Done
  • Tetapkan tema majlis - Done
  • Anggarkan jumlah tetamu & mula kumpul nama tetamu
  • Rancang aturcara majlis
  • Uruskan bajet
  • Hubungi kadi dan pejabat agama
  • Hubungi saksi pernikahan 
  • Pilih tempat kursus perkahwinan - done kursus kahwin
  • Pilih MUA - Done booking
  • Pilih bridesmaid - Done
  • Pilih caterer
  • Pilih Photographer/Videographer - Done booking
  • Pilih cincin pernikahan - Done buying
  • Pilih butik Perkahwinan - Done booking
  • Bincang rekaan baju & pelamin 
  • Bincang barang hantaran - Done
  • Pilih penggubah hantaran - DIY
  • Rancang destinasi bulan madu - Done, tunggu promotion Air Asia
  • Rancang tempat tinggal selepas berkahwin - Done

p/s : B2B 2014, mohon tinggalkan link, boleh share idea

xoxo

Ahad, 19 Januari 2014

Takwim Cuti 2014 : Horey List Cuti Kapit

Assalamualaikum

Setiap tahun Officemate aku akan buat takwim ni, untuk kemudahan dia merancang cuti. Dan kerja aku tiap tiap tahun, mintak dia emelkan takwim tu kat aku. Haha nampak tak aku sangat mengambil kesempatan. So, disebabkan rasa sedikit bersalah aku share ngan korang jugak lah takwin tu.


Okay ini takwin yang telah discan. Takwim sebenar dalam bentuk excell. Kalau korang nak takwim ni, korang tinggalkan emel korang okay, nanti aku emelkan. 

xoxo


Rabu, 15 Januari 2014

Sijil Kursus Kahwin Bakal Dipotong.

Assalamualaikum



Sebenarnya aku dah lama p Kursus Kahwin ni, kalau tak salah masa tahun 2010. Time tu aku still study kat Poli. Masa tu tak terfikir pon lagi nak kahwin, tapi sebab ada promotion untuk students poli, aku pon grab lah peluang tu. Tambahan pula, housemate aku ramai yang join, so tak da lah bosan. Lagipun masa tu ada ura-ura yang lepas ni kursus kahwin akan dijalankan selama dua minggu,. Sepantas kilat lah aku p daftar nama.

Alhamdulillah selesai jugak kursus kahwin selama dua hari tu. Then, tak lama lepas tu, sijil kursus tu pon sampai.  Classmate aku yang tolong ambik, siap tolong liminate lagi sebab takut rosak. Sijil tu pon selamat lah di dalam almari selama 3 tahun. 

Bila tarikh dah semakin dekat ni, aku pon sibuk lah mencari dokumen-dokumen penting tu..

  • sijil kursus kahwin
  • sijil lahir
  • sijil kematian bapa
  • sijil nikah ibu bapa
  • salinan kak pengenalan wali, saksi ( yang ni aku dah copy awal-awal masa kak chik nak kahwin dulu )
Satu hari tu, masa tengah borak-borak, officemate aku cakap sijil kursus kahwin tu tak boleh di liminate, sebab nanti pejabat agama nak cop kat belakang sijil tu. Aku pon ape lagi, seram sejuk dibuatnya. Arghh sudah, tak kan aku nak kena p kursus lagi sekali kot. Dengan lajunya aku google pasal liminate sijil kursus kahwin ni, tapi feedback macam tak berapa nak membantu sangat je.

So, untuk mendapatkan kepuasan hati yang melampau, aku pon kol Pejabat Agama Jengka. Then, Alhamdulillah jawapannya sangat membahagiakan hati. Pegawai tu cakap, boley liminate, tapi nanti dia orang akan potong kat hujung sijil tu, sebagai bukti sijil tu dah pon digunakan.

So aku share kat blog ni, supaya kalau ade sesiapa yang mengalami situasi macam aku, boleh buat rujukan.

xoxo.

Selasa, 14 Januari 2014

Giveaway : Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum

Samat Tengahari. Korang mesti tau website ni kan. So untuk info sekarang ni Nile.com.my ada buat satu GA sempena Chinese New Year. Aku selalu jugak stalk  sebab aku tengok ramai jugak blogger yang suggest website ni.

So, steps GA ni adalah seperti yang berikut :

1. Create satu entry yang bertajuk "Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my"

2. Letak banner ni dan link  ke sini



3. Jangan lupe untuk mention apa yang korang nak buat kalau korang dapat duit RM300 tu.

4. Korang email ke give_away@nile.com.my... 

Blog link :
Full Name :
H/p number:

5. Expired 21 januari 2014 ( 12 p. )

* And kalau aku menang, aku nak gunakan duit tu untuk wedding. Boleh sewa @ beli baju nikah ). 

Opss Kak Ariana Rose jom lah join sekali, boley tambah duit soppink hampa.

xoxo





Ahad, 12 Januari 2014

2nd Giveaway by WaA : Happy New Year

Assalamualaikum

 Jom ramai-ramai meriahkan contest blogger WaA ni. Sempena New Year & sempena birthday dia.. Happy birtday in advance.. Dia ada buat satu contest. Nak tau lebih click la banner kat bawah ni ( banner yang merangkap gift yang akan diberi kepada  winner )...

Kak Ariana Rose jom lah join sekali. I ada emel kat you link GA ni. Jangan lupe promote okay. Thanks. Lebiu



Gud luck. 
p/s : Rasanya belum lambat lagi kot nak wish congrats tuk WaA sempena e-day. Congrats dear. 

x0x0











Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum

Selamat tengahari. Hari yang sangat mengantuk, sebab weekend aku travel jauh je Kuantan. Tapi apa pun tadi sempat jugak la aku blogwalking. Then, terjumpe satu contest ni. Si owner blog ni sungguh la baik hati, pemurah sangat. Sebab ape aku cakap dia pemurah walaupun aku first time visit blog dia....Sebab selalunya time birthday kita tunggu orang bagi present kan tapi dia ni sebaliknya pulak. Sempena birthday dia buat GA untuk readers. Alhamdulillah, syukur semoga dia dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekin. Amin..

cc : kak Ariana Rose jangan lupa join sekali okay.

http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html

S
empena birthday Fiza bulan depan Fiza nak buat satu giveaway untuk menghargai pembaca blog ni.Agak lama tak buat giveaway kan.So sempena tahun baru ni Fiza nak buat giveaway yang simple je ni.Yang pastinya setiap yang join akan dapat.So takdelah rugi join pun still dapat sesuatu dari Fiza kan.



Nama : She's DHHassan
URL Blog : http://sisterofciksayang.blogspot.com/
URL entry giveaway : http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html
email : sitizabedahhassan@yahoo.com

x0x0


Khamis, 9 Januari 2014

YM Nona : The House of Button

Assalamualaikum

YM Nona salah satu kedai favourite. Kedai ni menjual barang-barang untuk perkahwinan. Kepada sesiapa yang nak mencari pelbagai jenis buton, memang sesuai sangat korang datang kat kedai ni. Pelbagai saiz, warna, jenis ada. Aku memang selalu beli barang guestbook kat sini. Aunty kedai tu dah kenal sangat dah aku, sebabnya aku lah satu satunya customer yang suka beli reben ikut meter. Sampai Aunty tu pon dah tak tau nak letak harga berapa ringgit untuk semeter. 




Setakat ni ada dua cawangan je yang aku tau, Subang Perdana & Subang Bestari. So silalah menjamu mata okay.

xoxo

Rabu, 8 Januari 2014

DIY Welcome Note

Assalamualaikum

Welcome Note aku tak lah canggih macam B2B yang lain. BTW aku nak share juga kat blog.

  •  Board tu aku beli kat Daiso & haruslah harganya RM5. 
  • Aku beli button dan lekatkan kat tepi board tu ( harga tak ingat lah, rasanya 10sen 5 button kot )
  • Aku create sendiri design note guna powerpoint.
  • Then print kat A3 paper.
  • Liminate 
  • Potong ikut saiz board
  • Siap!!!





Segmen Jom Naikkan Trafik Blog 2014 Bersama Blog Mak Dara

Assalamualaikum


Tiba tiba hari ni aku tergerak hati nak join segmen Mak Dara ni. Selalunya aku cuma baca je blog dia. Pn Supik jom lah join sekali. Opss lupa Pn Supik ade meeting kat HQ hari ni. 

Trivia blog :
  • First time aku create blog ni tahun 2010, Masa aku final year kat Poli utk Dip in Secretarial Science
  • Masa tu, blog ni tempat aku mencurah perasaan je, sebab tengah frust
  • Tub tab tub tab aku dah jadikan blog macam diari, update tiap aktiviti
  • Blog ni banyak kali tukar template,header & bla bla bla.. Kadang-kadang aku letak lagu, bila bosan aku removed, kadang-kadang aku tukar font dan tukar background. Ikut suka je
  • Pertengahan tu rasa macam bosan dan malas nak update blog. Tapi bila chat ngan kawan-kawan ramai yang tanya, kenapa aku tak update blog, dia orang tahu perkembangan aku bila baca blog
  • So aku excited nak update blog balik, sebab ada loyal readers
  • Sekarang blog dah colourful, sebab aku suka update tentang makanan, trip, DIY, work. Sesuatu yang lebih berguna untuk dikongsi macam restoren, hotel, shop...
  • Futhermore, aku update semua design Guest Book aku kat sini. Silalah menjamu mata ye
  • Thanks sebab sudi baca entry ni. Thanks to Mak Dara jugak tuk segmen ni. Lebiu...

x0x0










Isnin, 6 Januari 2014

Gift Zaman dulu dulu sangat kreatif

Assalamualaikum

Zaman aku sekolah dulu, tak mewah macam sekarang. Ada la jugak pakai phone, tapi aku pakai phone butterfly je masa tu. Hitam putih, yang boleh kol, sms dan paling canggih MMS je lah. Tu pon mahal, sekeping 30 posen kan. FB pon tak de masa tu, yang ada cuma friendster, tu pon tak berapa nak famous.

Tapi aku rasa heaven jugak kot bila tak de kecanggihan IT macam sekarang ni, sebab zaman tu semua kreatif. Bila birthday, sibuk duk buat kad ucapan untuk kawan kawan. Macam macam design ada. Betapa kreatifnya budak zaman dulu. 


*kad yang ada love love tu sangat bermakna buat aku, ni hadiah dari arwah junior aku. Suriana nama dia, Semoga Allah menempatkan dia bersama sama orang yang solehah. Amin


Maklumlah dulu tak de fb nak buat wallpost birthday, tak de komputer nak buat birthday card guna publisher. Tak de budjet nak beli hadiah.So apa yang ada cuma kad kad handmade macam ni untuk diabadikan sebagai kenangan. Tapi ada jugak sesetengah tu  yang tulis ucapan atas duit. 




Ha ingat tak name card ni? Zaman aku sekolah rendah dulu, memang sangat famous lah benda alah ni. Bangga sangat bila dapat bagi name card ni kat kawan-kawan. boleh pilih pic & design, letak nama, alamat dan ucapan. Tapi mase tu memang semua nak pilih yang ada pic artis, budak budak lah katakan. Aku tak pernah pon buang kad-kad ucapan yang kawan kawan bagi. Semuanya disimpan dalam atu album.



Time nak SPM, aku paling banyak dapat kad dari junior, thanks darling semua. Kad yang kecil comel tu sebenarnya kad request. Bila ada event besar, contohnya hari guru, hari kemerdekaan dll, cikgu akan adakan "request". Ada satu kelas yang akan handle request ni. So, kita boleh lah order gift contohnya  coklat, buah, lolipop, mug, button, cake, then bagi kat sesiapa yang kita nak. Kita boleh tulis ucapan, boleh tulis dari siapa, or nak tulis "your secret admire" pon boleh. Akan ada sorang postman yang menghantar gift ni kepada orang-orang yang teristimewa tu. 


Memang sangat excited bila ade request ni. Bagi si kacak dan si jelita, tak payah cakap la kan, memang akan dapat banyak gift dari admirer. Kadang-kadang dari senior, dari junior pon ada jugak. Ada tu yang siap request nak jadi adik angkat lagi. Indah sangat zaman dulu dulu. Tapi masa dah tak boleh diulang lagi.Semuanya tinggal kenangan kan.


x0x0

Guest Book : Feedback Customer

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Setakat ni tak ada lagi cus yang complaint about gb. Semua berpuas hati lagi. Syukur. At first, aku cuma tolong Pn. Supik buat gb untuk Wedding dia. Tub Tub Pn. Supik cadangkan supaya aku jual gb. Mula tu aku macam tak yakin, tapi bila ramai yang dah bg support, siap nak tolong promote lagi. So aku pon take risk untuk try jual gb ni. Alhamdulillah, dapat sambutan. Tapi aku tak la buat gb ni full time, aku cuma buat time cuti je. Boley mengisi masa lapang aku, infact boleh tambah duit shopping kan. Alhamdulillah.



Untuk bride to be sekalian....silalah menjamu mata, Klik kat sini.

xoxo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...