Isnin, 6 Januari 2014

Gift Zaman dulu dulu sangat kreatif

Assalamualaikum

Zaman aku sekolah dulu, tak mewah macam sekarang. Ada la jugak pakai phone, tapi aku pakai phone butterfly je masa tu. Hitam putih, yang boleh kol, sms dan paling canggih MMS je lah. Tu pon mahal, sekeping 30 posen kan. FB pon tak de masa tu, yang ada cuma friendster, tu pon tak berapa nak famous.

Tapi aku rasa heaven jugak kot bila tak de kecanggihan IT macam sekarang ni, sebab zaman tu semua kreatif. Bila birthday, sibuk duk buat kad ucapan untuk kawan kawan. Macam macam design ada. Betapa kreatifnya budak zaman dulu. 


*kad yang ada love love tu sangat bermakna buat aku, ni hadiah dari arwah junior aku. Suriana nama dia, Semoga Allah menempatkan dia bersama sama orang yang solehah. Amin


Maklumlah dulu tak de fb nak buat wallpost birthday, tak de komputer nak buat birthday card guna publisher. Tak de budjet nak beli hadiah.So apa yang ada cuma kad kad handmade macam ni untuk diabadikan sebagai kenangan. Tapi ada jugak sesetengah tu  yang tulis ucapan atas duit. 




Ha ingat tak name card ni? Zaman aku sekolah rendah dulu, memang sangat famous lah benda alah ni. Bangga sangat bila dapat bagi name card ni kat kawan-kawan. boleh pilih pic & design, letak nama, alamat dan ucapan. Tapi mase tu memang semua nak pilih yang ada pic artis, budak budak lah katakan. Aku tak pernah pon buang kad-kad ucapan yang kawan kawan bagi. Semuanya disimpan dalam atu album.



Time nak SPM, aku paling banyak dapat kad dari junior, thanks darling semua. Kad yang kecil comel tu sebenarnya kad request. Bila ada event besar, contohnya hari guru, hari kemerdekaan dll, cikgu akan adakan "request". Ada satu kelas yang akan handle request ni. So, kita boleh lah order gift contohnya  coklat, buah, lolipop, mug, button, cake, then bagi kat sesiapa yang kita nak. Kita boleh tulis ucapan, boleh tulis dari siapa, or nak tulis "your secret admire" pon boleh. Akan ada sorang postman yang menghantar gift ni kepada orang-orang yang teristimewa tu. 


Memang sangat excited bila ade request ni. Bagi si kacak dan si jelita, tak payah cakap la kan, memang akan dapat banyak gift dari admirer. Kadang-kadang dari senior, dari junior pon ada jugak. Ada tu yang siap request nak jadi adik angkat lagi. Indah sangat zaman dulu dulu. Tapi masa dah tak boleh diulang lagi.Semuanya tinggal kenangan kan.


x0x0

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...