Rabu, 15 Januari 2014

Sijil Kursus Kahwin Bakal Dipotong.

Assalamualaikum



Sebenarnya aku dah lama p Kursus Kahwin ni, kalau tak salah masa tahun 2010. Time tu aku still study kat Poli. Masa tu tak terfikir pon lagi nak kahwin, tapi sebab ada promotion untuk students poli, aku pon grab lah peluang tu. Tambahan pula, housemate aku ramai yang join, so tak da lah bosan. Lagipun masa tu ada ura-ura yang lepas ni kursus kahwin akan dijalankan selama dua minggu,. Sepantas kilat lah aku p daftar nama.

Alhamdulillah selesai jugak kursus kahwin selama dua hari tu. Then, tak lama lepas tu, sijil kursus tu pon sampai.  Classmate aku yang tolong ambik, siap tolong liminate lagi sebab takut rosak. Sijil tu pon selamat lah di dalam almari selama 3 tahun. 

Bila tarikh dah semakin dekat ni, aku pon sibuk lah mencari dokumen-dokumen penting tu..

  • sijil kursus kahwin
  • sijil lahir
  • sijil kematian bapa
  • sijil nikah ibu bapa
  • salinan kak pengenalan wali, saksi ( yang ni aku dah copy awal-awal masa kak chik nak kahwin dulu )
Satu hari tu, masa tengah borak-borak, officemate aku cakap sijil kursus kahwin tu tak boleh di liminate, sebab nanti pejabat agama nak cop kat belakang sijil tu. Aku pon ape lagi, seram sejuk dibuatnya. Arghh sudah, tak kan aku nak kena p kursus lagi sekali kot. Dengan lajunya aku google pasal liminate sijil kursus kahwin ni, tapi feedback macam tak berapa nak membantu sangat je.

So, untuk mendapatkan kepuasan hati yang melampau, aku pon kol Pejabat Agama Jengka. Then, Alhamdulillah jawapannya sangat membahagiakan hati. Pegawai tu cakap, boley liminate, tapi nanti dia orang akan potong kat hujung sijil tu, sebagai bukti sijil tu dah pon digunakan.

So aku share kat blog ni, supaya kalau ade sesiapa yang mengalami situasi macam aku, boleh buat rujukan.

xoxo.

3 ulasan:

bella luna berkata...

kalau sijil kursus perkahwinan hilang ? nak buat mcm mne ek ? hihih

S. Faezah berkata...

sy dulu pon pegawai agama pesan jgn laminate sbb nk cop..tp if boleh gunting camtu, no hal la kan klu nak laminate pon..xkan nk g kursus lg skali plak..hehehehe

She's DHHassan berkata...

Bella : boleh contact pejabat agama, then mintak dia print kan sijil baru

S.Faezah : Huhu tu la, masa kursus tu dia tak de pesan pape pon, haaa tak sanggup dah nak p kursus lagi sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...