Ahad, 23 Februari 2014

Survey Baju Nikah : Sewa vs Beli

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kami selesai membeli kain untuk baju nikah. Siap dihantar pada tailor, untuk dibuat baju melayu. Sekarang ni upah untuk sepasang baju melayu around RM90++ kot. BTW disebabkan tailor itu adalah mak cik aku, so dapatlah harga kasih sayang sikit. Settle satu bab, tinggal baju untuk perempuan pulak. Mula-mula mama suggest untuk beli, btw bila difikirkan balik sekarang ni baju raya pon dah hampir sama dengan baju nikah. (termasuklah aku ).



Kalau nak tempah, mungkin agak mahal, then nak pakai sekali.. Apakah yang bakal terjadi dengan baju tu nanti? Nak bagi pada adik? Of course fashion dah berubah nanti. Nak pakai untuk dinner? Alamak macam santek sangat je, maybe pada pandangan orang PA memang suka baju yang vouge. Yes i do, vouge tapi bukan melampau kan.



Akhirnya keputusan pon dibuat, aku sewa je. Now, tengah mencari baju yang sesuai untuk disewa. Walaupun sekarang dah ramai yang pakai baju nikah menggunakan pastel colour. Aku tetap setia dengan warna putih. Kak Diyana pon dah ada whassap few design untuk aku pilih.



xoxo

Rabu, 12 Februari 2014

DIY Photo Props

Assalamualaikum

Just nak share few of photo props hasil google. Photo props ni dah semakin famous untuk wedding & enggagement. Ada jugak cus yang requested aku buat photo props, tapi aku tak sampai hati pulak. Selalunya aku akan emelkan a few design yang aku ada, then mintak mereka print sendiri. Sebenarnya tak susah mana pon nak DIY benda alah ni, so that dapatlah jimatkan duit little bit.

Steps to DIY
1) Google lah pic photo props #kat google images berlambak
2) Print atas A4/A card or apa apa kertas yang dirasakan layak
3) Liminate/tampal pada manila card 
4) Potong mengikut bentuk prop
5) Lekatkan lidi sate/batang ais krim pada props tersebut
6) Tara, dah siap kan.








Ada banyak lagi design props dalam simpanan aku termasuk lah props yang aku guna time e-day dulu. Kalau berminat, leave your emel okay.

xoxo

GA : Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum

First GA untuk bulan February...


Baru terbaca entry yang post pasal GA dianjurkan oleh blog Lorong Cinta a.k.a Abak.  At first macam sedikit kecewa sebab tengok due date sampai 7 Feb. Btw bila paca balik entry tu, GA ni dilanjutkan sehingga 28 Februari 2014 ( Jumaat ). Alhamdulillah masih diberi kesempatan kan.  jom ramai-ramai join GA ni... 

Gud luck. Thanks Abak ...

x0x0


Progress : App dengan Green Empire Resources #Rambangmata

Assalamualaikum

Dua tiga hari tak online, penuh dashboard dengan entry entry baru. Masih dalam mood berbunga sebab last week, mak, abah & Sham berkampung kat sini. Alhamdulillah percutian, 3 hari dua malam. Tau tak betapa bahagianya aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah. Finally #after8years. Sepanjang tiga hari habiskan masa bawak mereka pergi ICT, SOGO #abah teringin nak naik LRT & Nilai. Actually masa mereka sampai tu, aku kerja lagi, kebetulan pulak ada meeting on the spot petang tu, memang tak boleh nak apply CP la. So macam biasa la, balik kerja pukul 5, sampai rumah je tengok makanan dah terhidang, mak dah masakkan. Tengok betapa teruknya menantu. Terima kasih Mak!!

Sabtu tu sebelum gerak ke Nilai, aku & Sham ada app dengan GER. At first janji pukul 10.00 btw last minute Kak Liyana call bagi tau dia lambat sikit. Dalam pukul 10.40 kami dah terpacak kat depan MC'D Kota Damansara tu. Ada la dalam 15 minit, kami menunggu baru Kak Liyana sampai. #sempat la kami breakfast kali ke2 kat situ. 

Bila Kak Liyana tunjuk je design-design kad tu, kami dah mula rambang mata. Dah tak tau nak pilih yang mana satu. Paling berkesan kat hati aku adalah kad kahwin dalam bentuk newspaper. OMG kreatif sangat pengantin tu kot.

At last kami dah pon buat pilihan, Sham macam biasa lah, orang api kan, sure nak buat look like bil TNB... Tapi dia nak letak gambar? Bagaimana rupa kad tu. Kena tunggu Kak Liayana siapkan design dulu lah.  Apapun aku dah emelkan semua gambar-gambar kami pada Kak Liyana. Hope kad tu cantik lah. Banting, Welcome Board & Kad Kahwin dah pon selesai. Malangnya aku tak jadi nak order paperbox sebab goodies yang aku nak bagi kat VIP tu  lagi besar. So memang kena cari inisiatif lain untuk paper bag.

#DIY Centerpiece
#DIY Sticker
#DIY handbouqet



Rabu, 5 Februari 2014

Progress : Isi Borang Kad kahwin Bercampur Air Mata

Assalamualaikum

Finally aku dah siap menghitung jumlah kad, banner dan paperbox yang akan di order, Alhamdulillah. Order form untuk kad pon dah siap fullfill tadi. Sebenarnya GER dah lama emelkan aku borang tu, punya lah seronok aku tangguh menangguh, at last tadi baru aku fullfill. Tu pon sebab ada app dengan GER Sabtu ni, kalau tak tak tau la bila aku isi. Tapi masa tengah fullfill tadi, tiba tiba perasaan touching yang mengada-ngada datang. Sebab ruangan untuk nama bapa terpaksa dikosongkan, dan yang menjemputnya hanya Mama dan seisi keluarga. Sedih sebenarnya, hidup tanpa kasih seorang bapa, tambahan pula bila dah dekat dengan hari bahagia kita kan. Apa pun aku tetap percaya dan yakin pada Qada' dan Qadar. Tak lama lagi pon aku akan dapat ayah mentua. In Sha Allah.

Few design yang dah sangat terbekenan di hati.





Moga arwah abah ditempatkan bersama orang yang soleh di Syurga Firdaus. Amin

x0x0

Ahad, 2 Februari 2014

Preparation : Kad Kahwin 0.45 sekeping

Assalamualaikum

Oleh sebab tray in aku kosong, dan untuk menghilangkan kemengantukan yang teramat sangat ni, aku pon decide untuk sketch sikit kad kahwin. Lagipun hujung minggu aku ada app dengan Green Empire Resources, untuk discuss pasal kad kahwin dan banner. Sebelum ni aku cuma contact owner GER ni melalui emel je. Kak Liyana nama owner dia. Dulu masa Kak Ariana Rose kahwin, ia pon order kad kahwin dengan GER ni. So far, services okay, then dia pon suggest untuk aku. 



Rasa dah bercampur aduk dah masa nak siapkan map ni. Bukan senang nak buat map, betul betul kena details, tak boleh terlepas satu simpang pon.Untuk orang yang dah biasa datang okay lah, tapi untuk yang first time datang, tak ke haru biru nanti. Apa pun map ni belum final lagi. Heee



Owh setakat ni, aku dah emel kan few design kat Kak Liyana, setakat ni harganya 0.45sen sekeping. Banner satu RM30. Then, aku ada mintak free Welcome Note dan Kak Liyana dah setuju nak bagi. Alhamdulillah.

xoxo

Mini Donut : House Of Mini Aeon Big Kota Damansara

Assalamualaikum

Hari yang sangat mengantuk. Maklumlah lama sangat bercuti kat kampung, masuk opis bos pulak cuti. Apa lagi, berdouble triple lah kemalasan aku. Bercerita pasal House of Mini, mesti ada yang pernah baca entry  Kak Ariana Rose yang ni.  Tapi yang tu cup cake, this time kami try mini donut pulak. Rasanya sedap lah jugak, walaupun tak sama kalau nak dibandingkan dengan Big Apple kan. Lokasi kedai ni kat tingkat 1, dekat dengan Food Court. Kalau tak silap kat depan kedai tu ada kedai jual baju baby.



Sesuai sangat untuk birthday party, comel sekali ngap je dah habis. Kalau tak silap dekat ICT pon dah ada satu kedai House of Mini ni.

xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...