Rabu, 12 Februari 2014

Progress : App dengan Green Empire Resources #Rambangmata

Assalamualaikum

Dua tiga hari tak online, penuh dashboard dengan entry entry baru. Masih dalam mood berbunga sebab last week, mak, abah & Sham berkampung kat sini. Alhamdulillah percutian, 3 hari dua malam. Tau tak betapa bahagianya aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah. Finally #after8years. Sepanjang tiga hari habiskan masa bawak mereka pergi ICT, SOGO #abah teringin nak naik LRT & Nilai. Actually masa mereka sampai tu, aku kerja lagi, kebetulan pulak ada meeting on the spot petang tu, memang tak boleh nak apply CP la. So macam biasa la, balik kerja pukul 5, sampai rumah je tengok makanan dah terhidang, mak dah masakkan. Tengok betapa teruknya menantu. Terima kasih Mak!!

Sabtu tu sebelum gerak ke Nilai, aku & Sham ada app dengan GER. At first janji pukul 10.00 btw last minute Kak Liyana call bagi tau dia lambat sikit. Dalam pukul 10.40 kami dah terpacak kat depan MC'D Kota Damansara tu. Ada la dalam 15 minit, kami menunggu baru Kak Liyana sampai. #sempat la kami breakfast kali ke2 kat situ. 

Bila Kak Liyana tunjuk je design-design kad tu, kami dah mula rambang mata. Dah tak tau nak pilih yang mana satu. Paling berkesan kat hati aku adalah kad kahwin dalam bentuk newspaper. OMG kreatif sangat pengantin tu kot.

At last kami dah pon buat pilihan, Sham macam biasa lah, orang api kan, sure nak buat look like bil TNB... Tapi dia nak letak gambar? Bagaimana rupa kad tu. Kena tunggu Kak Liayana siapkan design dulu lah.  Apapun aku dah emelkan semua gambar-gambar kami pada Kak Liyana. Hope kad tu cantik lah. Banting, Welcome Board & Kad Kahwin dah pon selesai. Malangnya aku tak jadi nak order paperbox sebab goodies yang aku nak bagi kat VIP tu  lagi besar. So memang kena cari inisiatif lain untuk paper bag.

#DIY Centerpiece
#DIY Sticker
#DIY handbouqet



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...