Selasa, 29 April 2014

Progress : Budak Penakut Jarum

Assalamualaikum.



Sebenarnya aku plan nak buat HIV Test hari Jumaat ni, sebab aku dah apply cuti kapit 2 hari. ( settle semua pasal wed + wed Zati & Udin ). Kebetulan pulak minggu lepas aku out station ke Kuantan 3 hari, Rabu sampai Jumaat. Aku lojing kat rumah mama. Hari Rabu tu perjalanan pergi, so aku pon gerak awal sikit dari Office. Balik mengejut, kol mama tak pick up. Aku terjah je la. Sampai Jengka around pukul 2, terus pergi buat HIV test dekat Poliklinik Jengka. Kebetulan Sham cuti masa tu, dia dah buat HIV test sehari sebelum aku.

Alhamdulillah, time tu aku sorang je yang buat HIV test. So tak lah ambik masa lama sangat. Dan sebab Sham dah pergi, so dia dah tau la procedure HIV test tu. Aku pon ikut je lah mana dia bawak aku. Disebabkan aku adalah perempuan yang sangat penakut dengan jarum ( tak kisah lah kecik mana pon jarum tu ), bahagialah dia mengusik aku. 

Mula-mula tu ambik no giliran kat kaunter pendaftaran, then dia akan bagi no dan kad. Lepas tu, letak kad tu pada kotak yang disediakan di luar bilik no 9.(bilik  untuk proses hiv test ).Nama akan dipanggil, n hiv test akan dilakukan.

p/s : Borang HIV test tu kena ambik kat pejabat agama, nak download pon boleh.. klik kat sini.

Alhamdulillah , keputusannya : Non Reactive. Lepas dapat result kena jumpa dengan Doktor. Kebetulan jugak aku dapat doktor yang sama dengan Sham. Apa lagi, seribu satu soalan doktor tu tanya pasal kami. Dah macam wartawan gayanya.

Next progress :
#Done hiv test
#Done shopping barang hantaran part 1
#App Diana Gallery
#App Imotai Photographer
#App PA System
#App Katering

Maaf tak sempat lagi nak update pasal Spices of Penang.
xoxo



















Selasa, 22 April 2014

May : Come Closer

Assalamualaikum



Munculnya May, means ada dua bulan untuk diharungi. Bulan-bulan terakhir yang agak tenat untuk dilalui. Bagi yang dah kahwin mesti faham apa yang aku rasa sekarang. Seriously Bulan May akan menjadi yang paling sibuk untuk aku. Everything perlu settle sebelum bulan puasa. 

HIV Test & Borang Nikah perlu settlekan terlebih dahulu. Then baru boleh proceed dengan preparation untuk Majlis Resepsi. Sham dah siap semua, cuma aku yang terhegeh-hegeh lagi. 

Sabtu lepas, dah bershopping sakan dengan Cik Qiena kat GM Klang. On the way ke sana, kami tersesat jalan dan akhirnya terpaksa tawaf satu bandar Klang. Bila dah sampai sana, hujan bukan main lebat lagi. Besar sungguh dugaan. Nasib baik ada payung rainbow dalam kereta. (Penangan pesta penang, mama belanja ) Kami pon berkepit lah bawah payung yang besar tu berjalan macam itik pulang petang , maklum sampai dah tengahari kan, mana nak carik parking yang dekat.

First thing yang perlu dilakukan adalah mengisi perut yang berkeroncong. Masa dalam kereta lagi Qiena dah nampak restoran Spices of Penang. So, aku pun menyempurnakan lah hajat dia. Takut kempunan. Tapi seriuosly, makanan kat situ memang sangat sedap kot. ( Bukan sebab kami lapar okay ). Buktinya, lepas dah penat shopping kami masuk kedai tu sekali lagi, try menu yang berbeza, still sedap jugak.  So, secara langsung restoran tersebut termasuk dalam restoren wajib dikunjungi. Dah mungkin rezeki kami kot, selalu dapat makanan superb. (Masa kat Paradigm Mall pon sama)

Alhamdulillah, jumpa semua barang yang dicari. Tapi tak boleh nak post gambar tu sekarang, tak suprised lah kan.

#Done. Goodies Nikah
#Done. Goodies bag untuk Tetamu
#Done. Goodies Meja Pengantin
#Done. Goodies bag untuk Penanggah
#Done. Goodies Officemate
#Done. Bakul Hantaran

Seriously jugak, semua goodies n goodies bag tu tersangatlah cute miut, sampai aku rasa macam nak jugak. Boley ke nak goodies wedding sendiri. Orang kata kalau nak bagi hadiah / barang bagi lah yang kita suka. Alhamdulillah rezeki akan datang kalau kita nak berbuat baik kan.

Progress
#Done. DIY Handbouqet
#Done. Design Kad Kahwin, Bunting & Welcome Board
#Done. Ice Cream Guest Book 

In Sha Allah, next entry aku update tentang Spices of Penang. 
xoxo.

Khamis, 17 April 2014

Pesan Kepada Hati : Silalah Menjadi Sangat Tabah

Assalamualaikum

Rasa dah lama sangat aku tak buat entry "Heart Talk" ni. Seriously sekarang ni, aku tengah down sangat-sangat. Aku cuba mengumpul sisa-sisa ketabahan yang masih tinggal. Berat sangat rasanya hidup tanpa seorang ayah. Untuk b2b kat luar sana, pastinya saat-saat terakhir ini adalah saat yang terindah bersama keluarga masing-masing untuk membuat persiapan perkahwinan. Tapi bagi aku, saat-saat terakhir ini dihabiskan bersama titisan air mata yang tidak pernah kering. 

Bisik kepada hati : Aku harus tabah dan kuat untuk diri sendiri. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...