Selasa, 22 April 2014

May : Come Closer

Assalamualaikum



Munculnya May, means ada dua bulan untuk diharungi. Bulan-bulan terakhir yang agak tenat untuk dilalui. Bagi yang dah kahwin mesti faham apa yang aku rasa sekarang. Seriously Bulan May akan menjadi yang paling sibuk untuk aku. Everything perlu settle sebelum bulan puasa. 

HIV Test & Borang Nikah perlu settlekan terlebih dahulu. Then baru boleh proceed dengan preparation untuk Majlis Resepsi. Sham dah siap semua, cuma aku yang terhegeh-hegeh lagi. 

Sabtu lepas, dah bershopping sakan dengan Cik Qiena kat GM Klang. On the way ke sana, kami tersesat jalan dan akhirnya terpaksa tawaf satu bandar Klang. Bila dah sampai sana, hujan bukan main lebat lagi. Besar sungguh dugaan. Nasib baik ada payung rainbow dalam kereta. (Penangan pesta penang, mama belanja ) Kami pon berkepit lah bawah payung yang besar tu berjalan macam itik pulang petang , maklum sampai dah tengahari kan, mana nak carik parking yang dekat.

First thing yang perlu dilakukan adalah mengisi perut yang berkeroncong. Masa dalam kereta lagi Qiena dah nampak restoran Spices of Penang. So, aku pun menyempurnakan lah hajat dia. Takut kempunan. Tapi seriuosly, makanan kat situ memang sangat sedap kot. ( Bukan sebab kami lapar okay ). Buktinya, lepas dah penat shopping kami masuk kedai tu sekali lagi, try menu yang berbeza, still sedap jugak.  So, secara langsung restoran tersebut termasuk dalam restoren wajib dikunjungi. Dah mungkin rezeki kami kot, selalu dapat makanan superb. (Masa kat Paradigm Mall pon sama)

Alhamdulillah, jumpa semua barang yang dicari. Tapi tak boleh nak post gambar tu sekarang, tak suprised lah kan.

#Done. Goodies Nikah
#Done. Goodies bag untuk Tetamu
#Done. Goodies Meja Pengantin
#Done. Goodies bag untuk Penanggah
#Done. Goodies Officemate
#Done. Bakul Hantaran

Seriously jugak, semua goodies n goodies bag tu tersangatlah cute miut, sampai aku rasa macam nak jugak. Boley ke nak goodies wedding sendiri. Orang kata kalau nak bagi hadiah / barang bagi lah yang kita suka. Alhamdulillah rezeki akan datang kalau kita nak berbuat baik kan.

Progress
#Done. DIY Handbouqet
#Done. Design Kad Kahwin, Bunting & Welcome Board
#Done. Ice Cream Guest Book 

In Sha Allah, next entry aku update tentang Spices of Penang. 
xoxo.

2 ulasan:

cik mah berkata...

Alhamdulillah bnyk yg dah setel...semoga semua berjalan lancar...

She's DHHassan berkata...

Alhamdulillah Amin. Thanks Cik Mah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...