Selasa, 29 April 2014

Progress : Budak Penakut Jarum

Assalamualaikum.



Sebenarnya aku plan nak buat HIV Test hari Jumaat ni, sebab aku dah apply cuti kapit 2 hari. ( settle semua pasal wed + wed Zati & Udin ). Kebetulan pulak minggu lepas aku out station ke Kuantan 3 hari, Rabu sampai Jumaat. Aku lojing kat rumah mama. Hari Rabu tu perjalanan pergi, so aku pon gerak awal sikit dari Office. Balik mengejut, kol mama tak pick up. Aku terjah je la. Sampai Jengka around pukul 2, terus pergi buat HIV test dekat Poliklinik Jengka. Kebetulan Sham cuti masa tu, dia dah buat HIV test sehari sebelum aku.

Alhamdulillah, time tu aku sorang je yang buat HIV test. So tak lah ambik masa lama sangat. Dan sebab Sham dah pergi, so dia dah tau la procedure HIV test tu. Aku pon ikut je lah mana dia bawak aku. Disebabkan aku adalah perempuan yang sangat penakut dengan jarum ( tak kisah lah kecik mana pon jarum tu ), bahagialah dia mengusik aku. 

Mula-mula tu ambik no giliran kat kaunter pendaftaran, then dia akan bagi no dan kad. Lepas tu, letak kad tu pada kotak yang disediakan di luar bilik no 9.(bilik  untuk proses hiv test ).Nama akan dipanggil, n hiv test akan dilakukan.

p/s : Borang HIV test tu kena ambik kat pejabat agama, nak download pon boleh.. klik kat sini.

Alhamdulillah , keputusannya : Non Reactive. Lepas dapat result kena jumpa dengan Doktor. Kebetulan jugak aku dapat doktor yang sama dengan Sham. Apa lagi, seribu satu soalan doktor tu tanya pasal kami. Dah macam wartawan gayanya.

Next progress :
#Done hiv test
#Done shopping barang hantaran part 1
#App Diana Gallery
#App Imotai Photographer
#App PA System
#App Katering

Maaf tak sempat lagi nak update pasal Spices of Penang.
xoxo



















6 ulasan:

Nuriesya Nadia berkata...

Semoga dipermudahkan ya. :)

She's DHHassan berkata...

Amin. Thanks dear.

msredcheesecake berkata...

seb baik kejapje...

She's DHHassan berkata...

tu la,kalau tak penat jugak menunggu

cik mah berkata...

Amboi..dktr inteview lbh ek..Hehe...smg semuanya dipermudahkan..

She's DHHassan berkata...

Amin. Tq Ibu baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...