Khamis, 15 Mei 2014

Permohonan Nikah : Gadis Thailand


Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti panjang awal bulan May sangat membantu. Progress sekarang adalah 40%. Bercerita mengenai permohonan nikah negeri Pahang, sebenarnya tak susah pon kalau cukup semua syaratnya. Aku yang rasa agak susah, mungkin sebab situasi family kot. Seriously bagi pihak lelaki tak susah langsung, Sham cuma kena prepare 
  • salinan ic
  •  sijil kursus pra perkahwinan 
  •  result HIV test.
Tapi bagi pihak aku pulak, kena prepare
  • sijil kelahiran
  • salinan ic
  • sijil nikah ibu bapa 
  • sijil kursus pra perkahwinan
  • sijil kematian bapa 
  • sijil kematian datuk (disebabkan wali aku adalah adik beradik sebapa)
  • result HIV test
The big problem is, kat mana aku nak dapatkan sijil kematian datuk? Masa mula tu sakit kepala jugak nak mencari. At last, officemate aku cakap boleh try dapatkan kat JPN. (masalahnya Datuk aku bukan malaysian, tapi thailandsian). At last, aku buat keputusan untuk kol Pejabat Agama Jengka dan mintak suggestion mereka. Alhamdulillah ada pon solution. Aku cuma perlu bawak mama dan saksi ( saudara terdekat @ adik beradik sebapa ) ke Pejabat Agama sebagai saksi yang datuk dah pon meninggal.

Masa tu, rasa bersyukur dan lega sangat-sangat. Masa cuti tu, aku & Sham ke hulu ke hilir membawa borang permohonan nikah, pergi dapatkan autograf pengurus felda & tok imam. (boleh buat sama-sama sebab sekampung). Masa nak jumpa tok imam tu nervous jugak lah, tapi rupanya tok imam lagi nervous sampai tersilap autograppp kat tempat wali. Hahahahah 

# permohonan nikah yang telah diluluskan akan expired selepas 90 hari.

# Done App dengan Imotai 
# Done App dengan Diana Gallery
# Button badge siap !!!
# Dapat sponsor (decoration bilik pengantin, Alhamdulillah syukur) 

*sempat pergi ziarah Kak Bibi, Alhamdulillah she's getting better. Muka dia dah nampak sangat segar, dah boleh panggil mak, dah boleh pusing kiri kanan. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh dan pulih seperti dulu. 

xoxo










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...