Khamis, 19 Jun 2014

20 June 2014


Assalamualaikum

Jodoh itu rahsia Allah...
sekuat mana kita setia..
Sehebat mana kita merancang..
Selama mana kita menunggu..
Sekeras mana kita bersabar...
Sejujur mana kita menerimanya....
Selama mana kita bertahan bersamanya...

Jika Allah S.W.T tidak menulis jodoh kita bersamanya,
Kita tetap tidak akan bersama...
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah bertukar.
Tidak akan.

Jadi aku mohon,
Berhentilah mencaci, berhenti lah memaki hamunku..
Berhentilah memanggil aku seorang perampas...
Berhentilah menyalahkan aku...
Berhentilah menyalahkan takdir
Berhentilah menyalahkan ketentuan yang telah ditetapkan..

Kerana aku tidak pernah meminta dan tidak mampu mengubah takdir dan ketentuanku..

Wahai Sahabat,
Kita hanya mampu merancang tetapi Perancangan Allah itu adalah lebih baik.
Aku sentiasa mendoakan kebahagianmu, 
sama ada kau suka atau kau membenciku..

Pada satu saat
 aku pernah meletakkan diri ditempatmu....
membayangkan keperitan untuk bangkit melupakan hari hari yang 
amat menyakitkan.

dan sejak itu, hati aku mula belajar memaafkan ....







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...