Khamis, 19 Jun 2014

Selamat hari Bapa : Hargailah Dia Yang Di Depan Mata

Tutup mata buat sementara,
Bila aku tersedar,
Aku tak mampu melihat sesiapa di hadapanku...
Aku kehilangan kasih seorang bapa
Betapa peritnya saat perpisahan itu berlaku,
Baru semalam aku melihat senyumannya
Aku merasai belaiannya
Aku memeluknya erat
Namun kini semuanya lesap sekelip mata

Dan dari saat itu,
Aku tersedar bahawa telah lama aku sendiri....
Melalui suka dan duka kehidupan
Aku jatuh ke lembah yang amat perit,
Betapa sukarnya aku mengumpul sisa kekuatan untuk bangun
Untuk terus menghadapi hari hari ku yang mendatang
Air mata adalah peneman lenaku...
Mimpi adalah detik kebahagiaanku..

Berharap agar kau kembali
Mempertahankanku..
Berdiri
Menghukurkan tangan setiap kali aku jatuh
Menghukum setiap kali aku melakukan kesilapan
Memberikan aku pelukan hangat setiap kali aku keresahan
Membisikkan kata kata semangat tiap kali aku rebah

Namun,
Semua itu cuma mimpi...
Aku cuba untuk redha, Aku yakin Tuhan lebih menyayangimu
Aku pesan pada diri supaya kuat

Mereka kata...
Sabarlah, doakan dia..
Aku tak tahu apa maksud kata-kata mereka itu,
Namun aku meng iyakannya. Aku ucapkan terima kasih pada mereka.
Walaupun hati aku terlalu sakit saat itu.
Sakit merindui seorang ayah...
Ingin aku katakan pada mereka,
Sekiranya ibu bapa kamu sakit pon kami sudah tidak keruan,,,
Bayangkan aku yang telah kehilangan kasih seorang bapa.

Aku ingin menumpang kasih tapi pada siapa
Aku keliru....
Dari hari kehari aku semakin keliru
Dari saat itu
Aku belajar erti sebuah ketabahan..
Apa itu erti berdikari
Erti hidup yang sebenar...
Aku tidak lagi meminta dan menerima,
Aku belajar untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.
Aku tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...

Aku kehilangan datuk, nenek, bapa
Disaat usia yang terlalu muda.
Satunya keluarga aku adalah mama..
Dialah segalanya.

Abah,
Semoga tenang di sana..

Ya Allah, 
Kau Ampunkanlah dosanya,
 Lapangkan kuburnya dan sejahterakanlah dia di sana, 
Jauhkanlah dia dari siksa kubur dan api neraka, 
Tempatkanlah dia bersama insan insan yang soleh di Syurga Firdausmu
dan..
Kau jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman di syurgaMu.
Amin..









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...