Selasa, 18 November 2014

Sharing : Husband/Wife

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni dah selalu sangat kita dengar tentang perkahwinan jarak jauh kan. Faktor utama berlakunya PJJ adalah pekerjaan. Urusan pertukaran bukannya senang. Nak tak nak terpaksalah berjauhan. Ada yang dah sampai dua tiga orang anak pon, still PJJ lagi.

Tipulah kalau aku kata aku tak kisah langsung hidup PJJ, cuma aku redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ini yang terbaik untuk kami buat masa ini. Sebagai seorang isteri, kadang-kadang aku terfikir, apa gunanya aku kahwin tapi suami aku terpaksa basuh baju sendiri dan tapaw makanan dekat kedai. Tapi alhamdulillah, suami aku redha, kerja macam aku memang susah nak tukar. Kalau ada pon post aku cuma dekat ibu negeri sahaja. 

Menjadi seorang isteri PJJ bukan semudah yang disangka. sebab kita perlu menguruskan kehidupan seorang diri. Tambah pulak aku sebatang kara kat sini, tak ada sedara mara. Officemate adalah saudara terdekat yang aku ada. Semoga Allah terus memberikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Amin.

Love
DHHassan.

3 ulasan:

cik mah berkata...

Insyaallah...

amalina berkata...

Takpe ctiey. Insya Allah rezeki korg tggal sama tak lame lg akan muncul. Tak semestinye yg duk skli tu happy all the time. And yg pjj ni untung nye Allah sentiasa lahirkn rasa rindu mse bercinta dolu2. Hihi.

She's DHHassan berkata...

cik mah : Amin. tenkiu
nana : Amin..hope so syg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...