Isnin, 21 September 2015

37 W E E K S

Assalamualaikum




Hari ni baby dah masuk 37 minggu. Cepatnya masa berlalu, rasa macam semalam je baru dapat tau pregnant. Check up Jumaat lepas Doc cakap berat baby dah 2.7kg, bertambah seminggu so berat baby akan naik dalam 200g. Tengah pujuk baby ni suruh kuar cepat-cepat. So that tak de lah berat baby lebih 3.0kg kan. hihi apepom semoga semuanya selamat. 

#mamapapamaktoktaksabarnakjumpepelukciumbabyDU
#doakansemuanyaselamatye
#Amin

Love
DHHassan

Rabu, 12 Ogos 2015

Checklist Keperluan ke Hospital

Assalamualaikum

Selamat pagi. Tiba-tiba mood rajin nak update blog pagi ni. Sebenarnya tengah kusut ni, tengah fikir nak join tak kursus bahasa inggeris next week. Huhu... Disebabkan terlebih rajin, aku design sendiri aku punye checklist yang tak seberapa indah ni. Hope dapat membantu.


*Baby dah 31 minggu, next week dah masuk 8 bulan. Ohmai cepat sungguh masa berlalu....
Doakan aku dan baby ye. Amin.

Love
DHHassan....



Rabu, 29 Julai 2015

U L A N G T A H U N P E R T A M A

Assalamualaikum



Salam Aidilfitiri. Maaf Zahir dan Batin. Salam Kosong-kosong ye semua. Alhamdulillah hari ni 30 Julai 2015, genap setahun aku menjadi seorang isteri. Bangun tidur tengok phone sambil tersenyum sampai telinga, sebab dapat wish dari suami n family.  Sekejap je masa berlalu, pejam celik dah setahun. Semoga Allah terus menitipkan cinta dan menyuburkan cinta kami hingga ke jannah. 
Amin....

Balik kerja rumah gelap, ingatkan blackout, sekali ada orang buat candle light evening. Hahah so sweet. Thanks Abg

Happy birthday Fatina Muti'ah.... 
Semoga menjadi anak y solehah untuk Abi dan Mama ye... :-)

Baby dah 7 bulan seminggu....
dah makin aktif dye sekarang....

Love
DHHassan

Selasa, 9 Jun 2015

B A B Y M O O N : L A N G K A W I

Assalamualaikum

Entry dah 3 bulan baru nak post boleh tak. Sebab opis sunyi sepi, semua orang keluar out station hari ni, so aku decide la nak sambung mengarang entry ni. Privacy lah konon. Sebenarnya aku dah beli tiket flight tahun lepas, masa tu Air Asia ada buat promotion. Pergi balik untuk dua orang cuma RM180 je. Sape tak mau kan ( Sebenarnya Sham suruh aku cari tiket pergi Bali, tiba tiba sangkut kat Langkawi pulak, panas hati member....hoho ). So ingatkan, trip kali ni akan jadi honeymoon yang ke-4, rupa-rupanya tak. Alhamdulillah Allah bagi kami rezeki awal, dua minggu sebelum trip tu, aku disahkan pregnant. 

Bila dah tau pregnant, mula lah rasa takut nak naik flight tu datang, sebab kandungan baru 3 minggu masa tu. So aku pon google lah, tapi jawapannya tak banyak yang meyakinkan. Haisyhh macam mana nak buat ni, tiket dah beli dah. Akhirnya aku & Sham buat keputusan untuk pergi berjumpa doktor untuk dapatkan pengesahan. Doktor tu minta itenerary perjalanan kite orang kat Langkawi nanti. So far, semuanya aktiviti yang kami plan  ok, cuma doktor tu x bagi aku pergi Island Hopping. Alhamdulillah, boleh pergi bercuti. Yeayyyy...

Last minute, kawan Sham dengan isteri dia nak join trip kite orang. ( Ok lah, at least meriah sikit). Cuma flight tak sama lah, kite orang sampai awal kat sana, dye orang sampai tengahari. Masa dalam flight tu, debar jugak, sampai la flight tu mendarat, ada rasa sakit kat perut, lama jugak la dalam 10 minit macam tu. Dah merah muka suami aku masa tu, tapi Alhamdulillah tak ada ape ape y jadi. 

Aktiviti so far berjalan seperti yang dirancang, cuma aku je la yang cepat letih masa tu. Jalan sikit je, pastu mula cari tempat nak duduk. dalam pada tak larat tu pon, banyak jugak la tempat kite orang tawaf. (Yang penting dapat jugak tengok sunset dekat Dataran Lang). Malam kedua kat Langkawi tu suami aku excited nak BBQ, tapi malam tu kepala aku sakit sangat macam nak pecah rasanya (tak tahu nak cerita macam mana sakit tu). Ais batu dah berketul-ketul Sham letak tapi tak kurang jugak sakitnya (sampai dia kol Abg De tanya nak buat ape sebab aku asyik menangis je). Last sekali dua-dua tertidur.

Kalau nak cerita pasal tempat-tempat menarik kat Langkawi, rasanya dah banyak blog yang korang boleh refer kot. So tak payah la. Yang penting nak bagi tau budget memang sangat verse la, sebab terlebih shopping. (Sorry Husband, tu shopping masa sakit tu, kalau sihat walafiat tak tau la @#$%^&*)


* Alhamdulillah baby dah 22 minggu, dah gerak-gerak pun.... 


Love
DHHassan

Ahad, 10 Mei 2015

H A P P Y M O T H E R ' S D A Y

Assalamualaikum



H E A R T B E A T

Hanya Allah sahaja yang tau betapa kuat wanita yang bergelar seorang Ibu ini.
Dia tak pernah meninggalkan aku walaupun seminit. Dia ada di saat aku jatuh dan bangun.
Dia yang sanggup bekorban segala-segalanya demi kebahagiaan aku, walaupun kadang-kadang dia terpaksa merelakan dan hatinya terguris pedih.

Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan, rezeki dan kesihatan yang baik untuk Mama.
Love you so Much...

* In Sha Allah, tak lama lagi, semoga aku mampu menjadi seorang ibu setabah Mama...

Love
DHHassan..

Ahad, 19 April 2015

M O R N I N G S I C K N E S S

Assalamualaikum

Selamat pagi. Alhamdulillah aku dah beransur sihat, muntah dan pening tu dah tak terlalu teruk macam sebelum ni. Cuma sekarang baby tak nak makan makanan luar je, dye nak makanan yang mama & papa masak je. Bagus si kecil ni, berjimat cermat. Untung la papa dye boleh save budjet.

Cerita pasal alahan ni, tak sama untuk semua orang. Ada yang tak kena alahan langsung, ada yang sampai 9 bulan pon masih ada alahan. Bergantung pada rezeki masing-masing. Tak pe lah, ni semua jihad seorang ibu. 

Masa mula-mula aku pregnant tu, tak rasa lagi mabuk ke pening ke cuma cepat rasa letih je. Bila masuk minggu keenam baru start alahan. Melepet je, kerja-kerja rumah memang tak ambik tahu langsung da. Masa minggu ke-7 tu aku dehydration, sampai warded  masuk air kat DEMC. Antara alahan-alahan yang aku kena hadap.....

Dapur adalah kawasan larangan..... 
Masa aku mula mula pregnant , Sham hari hari mengidam makan kambing bakar. Bayangkan hari-hari dye duk bakar kambing kat dapur. Ya Allah Tuhan je tahu perasaan aku masa tu, setiap kali dye membakar setiap kali tu la aku akan menangis. Jalan penyelesaiannya dye kurung aku dalam bilik nak elakkan bau tu. kadang-kadang tu sampai tertidur la. Makanan berminyak, tambah tambah ayam goreng memang tak boleh masuk langsung. sampai jiran aku goreng ayam pon aku boleh bau, lepas tu menangis sebab busuk. Nasib lah jiran aku tu dah pangkat mak cik mak cik dan dye memahami. 

Make Up paling pantang....
Ada orang cakap kalau tak suka make up ni baby boy, ada jugak cakap baby girl. Tak kisah lah semua tu yang penting sepanjang pregnant ni, make up memang tak sentuh langsung. Rasa nak muntah bila bau alat-alat make up tu, rasa pening la, macam-macam la. Masa mula mula preggy dulu Kak de ade pesan make up tak baik tuk baby, sebab ade bahan kimia. So, bagus la aku tak suka make up kan.

Jerawat dah macam cendawan tumbuh....
Selalunya jerawat paling susah nak tumbuh kat muka aku. Tapi bila pregnant ni, mak ai berlumba-lumba jerawat tu nak tumbuh, siap beratur lagi. Yang kecik, yang besar semua ada. Siap boleh buat koleksi la.

Tak suka bau suami....
Haha yang ni paling serius, kadang-kadang tu sham baru lepas mandi pon aku bau busuk jugak. Kesian kat dye, terpaksa mandi balik. Kalau dulu suka sangat bau suami, sekarang ni ambik kau, suami pakai perfume pon bau busuk jugak. 

Tak suka keluar rumah....
Aku keluar rumah pon untuk pergi office je, tu pon keluar je pintu cepat-cepat masuk kereta, sebab tak nak jiran tegur. Entah kenapa, jadi tak suka nak bersembang dengan orang. Pergi office pon duduk dalam bilik senyap-senyap, tutup pintu. Kadang-kadang tu sampai kunci pintu tak nak bagi orang masuk. Nasib baik lah masa tu bos kursus 3 minggu, so dye tak ada la kat office. Shopping barang dapur ke ape ke semua Sham yang pergi seorang, aku memang tak mampu nak ikut dah. Tengok wayang apatah lagi, kesian suami aku, selalunya weekend kita orang pergi tengok wayang. Beli CD tengok kat rumah je lah time ni.


Minggu ke-9 adalah yang paling teruk. Masa tu mama datang jaga aku, sebab sham kena pergi kursus kat PD. Mama sampai cakap, Ya Allah kakak.. mai la pindah sini mabuk tu kat mama, tak sampai hati dah mama tengok kakak. Sebab time ni memang dah tak boleh nak makan langsung, masuk makanan je muntah, even makan buah sekali pun muntah jugak. Sakit kepala tak tau nak cakap la, memang teruk.

Kesian sebenarnya tengok suami aku. Balik kerja je, terus keluarakan lauk dari peti, buka buku resepi nak memasak, tak pon dye google je. Lepas siap masak, basuh baju, sidai baju, siapkan bubur untuk aku. Dah siap semua pergi cuci tandas, sebab penuh dengan sisa-sisa muntah aku. Tapi itulah pengorbanan seorang suami, Alhamdulillah allah kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami, bertanggungjawab dan penyayang.

Love
DHHassan














Selasa, 14 April 2015

Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum

Cerita yang dah hampir nak basi dalam draft. Family Trip ke Melaka bulan Oktober tahun lepas. Lokasinya, Pantai Pengkalan Balak. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Sebab aku malas nak menaip, kita bercerita melalui gambar je la okeiii...


tempat beradu 6 family...

mood pengantin baru....

melayan anak anak beristana pasir


test dslr jap. mihmih

gigih tunggu turn naik river cruise, sebab hujan lebat

Dari kiri Abg De, Kak De & Baby Fatina
Aku, Sham
Mama, adik & Sara
Mak & Abah

tak tahu kali keberapa dah naik menara ni... kali ni feeling naik dgn somi...

Love
DHHassan


Khamis, 9 April 2015

A N U G E R A H T E R I N D A H

Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kami anugerah paling terindah ini. Sapa kata tak stress bila dengar orang lain mengandung, tapi kita belum lagi? Tipulah kalau kata tak stress kan. Tapi take positif, itu rezeki dia Alhamdulillah, doakan yang terbaik untuk kandungan dia. Pegang kata-kata DMFK bila kita mendoakan yang baik untuk orang, Allah akan minta malaikat mendoakan yang baik juga untuk kita. In Sha Allah. 

Actually dah ada beberapa tanda-tanda awal yang agak pelik, tapi aku malas nak beria sangat sebab takut frust, so tak payah nak menaruh harapan sangat. Fisrt, jerawat naik berlumba lumba kat muka, selalunya aku memang susah nak ada jerawat walaupun time nak period. Second, Sham ni paling tak suka makan hati ayam. Aku pula tiba tiba teringin nak makan hati ayam goreng. So malam tu aku goreng la seketul je hati ayam, kang banyak-banyak membazir pulak. Tibe tibe dia ambik ati ayam dalam pinggan aku tu, makan dengan muka selamba je. 

"eh, bukan abg tak makan hati ayam dari kecik ke?
"Ala abg nak rasa je,sedap ape"

Start dari situ aku dah makin pelik dah, tapi aku diamkan je, tak bagi tau sesiapa pun. Selang dua tiga hari lepas tu, Sham tanya aku, kat mana boleh dapat daging kancil tapi tak yang owg pelihara nak yang kat hutan. Ah sudah. Pagi esoknya bila sampai opis, aku bagi tau opismate aku (Mek Jah) kat mana nak cari kancil hutan, sebab kebetulan suami dia suka masuk hutan. 

"Ade ape2 ke kamu ni sayang"
"Ade ape acik?"
"Selalunya kalau suami mengidam nak makan pelik pelik tu, isteri dia mengandung"
"Owh ye ke" Sham teringin je kot acik...."

Esoknya opis ade buat farewell picnic kat Taman Rimba Ria, KD. Startt pukul 10 sampai 12 tengahari. Habis picnic tu aku n Sham pergi baiki kereta dia kat Kaki Motor, Sunway. Balik tu singgah kejap rumah kawan aku, dye buat makan-makan. Start petang tu aku dah rasa letih sangat, macam baru lepas rentas desa. Pelik kenapa penat sangat, padahal aku tak drive pon.

Esoknya, period dah lambat 3 hari, mula mula macam nak biar je dulu, sebab selalunya period aku antara 28-33 hari, tak menentu. Tapi bila teringat balik kata-kata Mek Jah tu, aku terus decide nak check UPT. Masa tu aku tak simpan harapan apa-apa pon, memang redha kalau naik satu line je. Sekali bila tengok, wah 2 line, terdiam sekejap, apa lagi terus berlari lah masuk bilik kejutkan Sham. Petang Ahad tu kita owg keluar pergi Farmasi cari UPT yang mahal sikit. Esok pagi sebelum pergi kerja, test lagi sekali, Alhamdulillah double line jugak. 

Malam esoknya, kita orang pergi klinik untuk confirmkan. Pergi Klinik Azlina & Sharifah, panel LGM tapi malam tu doktor lelaki yang duty. So tak jadi lah, kite owg decide nak pergi panel TNB, Klinik Alam Medic. Alhamdulillah doktor perempuan,so macam biasa fullfill borang PM Care , tunggu turn. Lebih kurang setengah jam baru kena panggil, maklumlah owg ramai sangat malam tu. Bila masuk, doktor perempuan Cina, die tanya

"Kenapa?"
"Saya nak confirmkan pregnancy"
"Ada buat test"
"dah, ni dia"
"Okey 2 line, confirm. Lgi 4 bulan awak datang ok."

Okay macam tu je service dia. Memang sakit hati sungguh. Esok pagi kite owg decide nak pergi Klinik Azlina balik. Sejak kahwin aku memang selalu buat check up kat situ, so doktor tu dah tau keadaan kesihatan aku. Bila masuk je, dye dah tau dah yang aku mengandung. Dye scan , tapi tak nampak sebab baru 3 minggu cuma dinding rahim menebal tanda awal2 pregnancy. Macam biasa Doktor akan berceramah panjang lebar kat aku, tambahan pula aku bagi tau yang aku nak travel ke Langkawi 12hb ni. Sebakul adviced dye bagi. Ada lah jugak sejam aku duk dalam bilik dye.

Alhamdulillah dah confirm, terus kol Mama. Sebenarnya dah tergedik gedik nak bagi tau dari hari Ahad tu lagi tapi tak jadi lah, nak confirmkan kat klinik dulu. 

" Mama, tahniah mama dah naik pangkat"
"Naik pangkat? diam sekejap.... "Kakak mengandung ?''
"'Aah 3 minggu"
"Alhamdulillah lega dah hati mama, lepas ni selalu lah mama datang sana, dah ada cucu"
"Amboi datang nak tengok cucu je?"@#$%^&*




Alhamdulillah baby dah 3 bulan sekarang, aku pun baru je ok sikit dari morning sickness. Dah boleh start kerja macam biasa dah. Doakan aku dan baby selamat tau. Thanks


Love,
DHHassan
















Rabu, 11 Februari 2015

Update : Hantaran pihak lelaki

Assalamualaikum

Dah 6 bulan baru ada masa nak update. Hihihihi..

Guest book corner







Love
DHhassan

Rabu, 21 Januari 2015

Welcome 2015 : Pliss be nice to me

Assalamualaikum

Rasa macam dah terlambat nak tulis entry tahun baru, busy sangat gayanya. Al maklumlah awal-awal tahun banyak report nak kena submit, staff baru lagi bla bla bla.. So baru sekarang ada masa nak update blog yang bersawang ni. Sekejap je masa berlalu, dah masuk tahun 2015 pun, umur pun dah bertambah tua. Kalau nak cerita azam tahun baru ni, omai melimpah ruah. Tapi kita refresh dulu la moment 2014.

Sepanjang Jan sampai Ogos aku sibuk pasal kerja kahwin.

30 Julai : Akad Nikah
16 Ogos : Resepsi Perempuan
17 Ogos : Sambut Menantu
20 Ogos : H/moon part 1 ke Krabi
Sept : H/moon part 2 ke USS Singapore
Okt : Family Vacation Pengkalan Balak, Melaka 

Dalam episod 3,4 bulan PJJ, banyak jugak air mata yang boleh ditadah, tapi dengan izin Allah, awal Disember Sham ditukarkan ke Selangor. Syukur sangat. Segala azam dan cita-cita aku sepanjang tahun lepas dah tercapai hampir 90%. Saki baki yang tercapai tu kita carry foward ke tahun 2015 la nampaknya.

In Sha Allah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...