Khamis, 9 April 2015

A N U G E R A H T E R I N D A H

Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kami anugerah paling terindah ini. Sapa kata tak stress bila dengar orang lain mengandung, tapi kita belum lagi? Tipulah kalau kata tak stress kan. Tapi take positif, itu rezeki dia Alhamdulillah, doakan yang terbaik untuk kandungan dia. Pegang kata-kata DMFK bila kita mendoakan yang baik untuk orang, Allah akan minta malaikat mendoakan yang baik juga untuk kita. In Sha Allah. 

Actually dah ada beberapa tanda-tanda awal yang agak pelik, tapi aku malas nak beria sangat sebab takut frust, so tak payah nak menaruh harapan sangat. Fisrt, jerawat naik berlumba lumba kat muka, selalunya aku memang susah nak ada jerawat walaupun time nak period. Second, Sham ni paling tak suka makan hati ayam. Aku pula tiba tiba teringin nak makan hati ayam goreng. So malam tu aku goreng la seketul je hati ayam, kang banyak-banyak membazir pulak. Tibe tibe dia ambik ati ayam dalam pinggan aku tu, makan dengan muka selamba je. 

"eh, bukan abg tak makan hati ayam dari kecik ke?
"Ala abg nak rasa je,sedap ape"

Start dari situ aku dah makin pelik dah, tapi aku diamkan je, tak bagi tau sesiapa pun. Selang dua tiga hari lepas tu, Sham tanya aku, kat mana boleh dapat daging kancil tapi tak yang owg pelihara nak yang kat hutan. Ah sudah. Pagi esoknya bila sampai opis, aku bagi tau opismate aku (Mek Jah) kat mana nak cari kancil hutan, sebab kebetulan suami dia suka masuk hutan. 

"Ade ape2 ke kamu ni sayang"
"Ade ape acik?"
"Selalunya kalau suami mengidam nak makan pelik pelik tu, isteri dia mengandung"
"Owh ye ke" Sham teringin je kot acik...."

Esoknya opis ade buat farewell picnic kat Taman Rimba Ria, KD. Startt pukul 10 sampai 12 tengahari. Habis picnic tu aku n Sham pergi baiki kereta dia kat Kaki Motor, Sunway. Balik tu singgah kejap rumah kawan aku, dye buat makan-makan. Start petang tu aku dah rasa letih sangat, macam baru lepas rentas desa. Pelik kenapa penat sangat, padahal aku tak drive pon.

Esoknya, period dah lambat 3 hari, mula mula macam nak biar je dulu, sebab selalunya period aku antara 28-33 hari, tak menentu. Tapi bila teringat balik kata-kata Mek Jah tu, aku terus decide nak check UPT. Masa tu aku tak simpan harapan apa-apa pon, memang redha kalau naik satu line je. Sekali bila tengok, wah 2 line, terdiam sekejap, apa lagi terus berlari lah masuk bilik kejutkan Sham. Petang Ahad tu kita owg keluar pergi Farmasi cari UPT yang mahal sikit. Esok pagi sebelum pergi kerja, test lagi sekali, Alhamdulillah double line jugak. 

Malam esoknya, kita orang pergi klinik untuk confirmkan. Pergi Klinik Azlina & Sharifah, panel LGM tapi malam tu doktor lelaki yang duty. So tak jadi lah, kite owg decide nak pergi panel TNB, Klinik Alam Medic. Alhamdulillah doktor perempuan,so macam biasa fullfill borang PM Care , tunggu turn. Lebih kurang setengah jam baru kena panggil, maklumlah owg ramai sangat malam tu. Bila masuk, doktor perempuan Cina, die tanya

"Kenapa?"
"Saya nak confirmkan pregnancy"
"Ada buat test"
"dah, ni dia"
"Okey 2 line, confirm. Lgi 4 bulan awak datang ok."

Okay macam tu je service dia. Memang sakit hati sungguh. Esok pagi kite owg decide nak pergi Klinik Azlina balik. Sejak kahwin aku memang selalu buat check up kat situ, so doktor tu dah tau keadaan kesihatan aku. Bila masuk je, dye dah tau dah yang aku mengandung. Dye scan , tapi tak nampak sebab baru 3 minggu cuma dinding rahim menebal tanda awal2 pregnancy. Macam biasa Doktor akan berceramah panjang lebar kat aku, tambahan pula aku bagi tau yang aku nak travel ke Langkawi 12hb ni. Sebakul adviced dye bagi. Ada lah jugak sejam aku duk dalam bilik dye.

Alhamdulillah dah confirm, terus kol Mama. Sebenarnya dah tergedik gedik nak bagi tau dari hari Ahad tu lagi tapi tak jadi lah, nak confirmkan kat klinik dulu. 

" Mama, tahniah mama dah naik pangkat"
"Naik pangkat? diam sekejap.... "Kakak mengandung ?''
"'Aah 3 minggu"
"Alhamdulillah lega dah hati mama, lepas ni selalu lah mama datang sana, dah ada cucu"
"Amboi datang nak tengok cucu je?"@#$%^&*




Alhamdulillah baby dah 3 bulan sekarang, aku pun baru je ok sikit dari morning sickness. Dah boleh start kerja macam biasa dah. Doakan aku dan baby selamat tau. Thanks


Love,
DHHassan
















5 ulasan:

cik mah berkata...

Alhamdulillah..tahniah..take care ye..

She's DHHassan berkata...

Amin. Tenkiu Cik Mah

Mrs. Syahafizie berkata...

Alhamdulilah..usha tangga kerjayaan..epy 4 u sayang..doakan aku jugak taw..hihihi

amalina berkata...

alhamdulillah. tahniah ct. selamat menempuhi pengalaman manis mse preggy nih. hihi

She's DHHassan berkata...

Mek Nor : Amin... In Sha Allah sayang, Ak doakan cepat2 dapat baby ek...

Mummy Nana : Amin, Tenkiu... Nak tuntut ilmu manyak2 dengan kamu ni sayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...