Ahad, 19 April 2015

M O R N I N G S I C K N E S S

Assalamualaikum

Selamat pagi. Alhamdulillah aku dah beransur sihat, muntah dan pening tu dah tak terlalu teruk macam sebelum ni. Cuma sekarang baby tak nak makan makanan luar je, dye nak makanan yang mama & papa masak je. Bagus si kecil ni, berjimat cermat. Untung la papa dye boleh save budjet.

Cerita pasal alahan ni, tak sama untuk semua orang. Ada yang tak kena alahan langsung, ada yang sampai 9 bulan pon masih ada alahan. Bergantung pada rezeki masing-masing. Tak pe lah, ni semua jihad seorang ibu. 

Masa mula-mula aku pregnant tu, tak rasa lagi mabuk ke pening ke cuma cepat rasa letih je. Bila masuk minggu keenam baru start alahan. Melepet je, kerja-kerja rumah memang tak ambik tahu langsung da. Masa minggu ke-7 tu aku dehydration, sampai warded  masuk air kat DEMC. Antara alahan-alahan yang aku kena hadap.....

Dapur adalah kawasan larangan..... 
Masa aku mula mula pregnant , Sham hari hari mengidam makan kambing bakar. Bayangkan hari-hari dye duk bakar kambing kat dapur. Ya Allah Tuhan je tahu perasaan aku masa tu, setiap kali dye membakar setiap kali tu la aku akan menangis. Jalan penyelesaiannya dye kurung aku dalam bilik nak elakkan bau tu. kadang-kadang tu sampai tertidur la. Makanan berminyak, tambah tambah ayam goreng memang tak boleh masuk langsung. sampai jiran aku goreng ayam pon aku boleh bau, lepas tu menangis sebab busuk. Nasib lah jiran aku tu dah pangkat mak cik mak cik dan dye memahami. 

Make Up paling pantang....
Ada orang cakap kalau tak suka make up ni baby boy, ada jugak cakap baby girl. Tak kisah lah semua tu yang penting sepanjang pregnant ni, make up memang tak sentuh langsung. Rasa nak muntah bila bau alat-alat make up tu, rasa pening la, macam-macam la. Masa mula mula preggy dulu Kak de ade pesan make up tak baik tuk baby, sebab ade bahan kimia. So, bagus la aku tak suka make up kan.

Jerawat dah macam cendawan tumbuh....
Selalunya jerawat paling susah nak tumbuh kat muka aku. Tapi bila pregnant ni, mak ai berlumba-lumba jerawat tu nak tumbuh, siap beratur lagi. Yang kecik, yang besar semua ada. Siap boleh buat koleksi la.

Tak suka bau suami....
Haha yang ni paling serius, kadang-kadang tu sham baru lepas mandi pon aku bau busuk jugak. Kesian kat dye, terpaksa mandi balik. Kalau dulu suka sangat bau suami, sekarang ni ambik kau, suami pakai perfume pon bau busuk jugak. 

Tak suka keluar rumah....
Aku keluar rumah pon untuk pergi office je, tu pon keluar je pintu cepat-cepat masuk kereta, sebab tak nak jiran tegur. Entah kenapa, jadi tak suka nak bersembang dengan orang. Pergi office pon duduk dalam bilik senyap-senyap, tutup pintu. Kadang-kadang tu sampai kunci pintu tak nak bagi orang masuk. Nasib baik lah masa tu bos kursus 3 minggu, so dye tak ada la kat office. Shopping barang dapur ke ape ke semua Sham yang pergi seorang, aku memang tak mampu nak ikut dah. Tengok wayang apatah lagi, kesian suami aku, selalunya weekend kita orang pergi tengok wayang. Beli CD tengok kat rumah je lah time ni.


Minggu ke-9 adalah yang paling teruk. Masa tu mama datang jaga aku, sebab sham kena pergi kursus kat PD. Mama sampai cakap, Ya Allah kakak.. mai la pindah sini mabuk tu kat mama, tak sampai hati dah mama tengok kakak. Sebab time ni memang dah tak boleh nak makan langsung, masuk makanan je muntah, even makan buah sekali pun muntah jugak. Sakit kepala tak tau nak cakap la, memang teruk.

Kesian sebenarnya tengok suami aku. Balik kerja je, terus keluarakan lauk dari peti, buka buku resepi nak memasak, tak pon dye google je. Lepas siap masak, basuh baju, sidai baju, siapkan bubur untuk aku. Dah siap semua pergi cuci tandas, sebab penuh dengan sisa-sisa muntah aku. Tapi itulah pengorbanan seorang suami, Alhamdulillah allah kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami, bertanggungjawab dan penyayang.

Love
DHHassan














6 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan yer dear?

She's DHHassan berkata...

in sha Allah...thanks fara

Mrs. Syahafizie berkata...

alhamdulilah..pengorbanan seorg ibu..

She's DHHassan berkata...

kan sayang... tak pe In Sha Allah nanti ka pon dapat rasa jugak..

supik telap berkata...

xpe la suami ade sebelah..kalu i mcm ni xtaw la nk hadap sorang2 cmne

She's DHHassan berkata...

huhu cik pah : tunggu adik qaireena t, tgok camane....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...