Selasa, 9 Jun 2015

B A B Y M O O N : L A N G K A W I

Assalamualaikum

Entry dah 3 bulan baru nak post boleh tak. Sebab opis sunyi sepi, semua orang keluar out station hari ni, so aku decide la nak sambung mengarang entry ni. Privacy lah konon. Sebenarnya aku dah beli tiket flight tahun lepas, masa tu Air Asia ada buat promotion. Pergi balik untuk dua orang cuma RM180 je. Sape tak mau kan ( Sebenarnya Sham suruh aku cari tiket pergi Bali, tiba tiba sangkut kat Langkawi pulak, panas hati member....hoho ). So ingatkan, trip kali ni akan jadi honeymoon yang ke-4, rupa-rupanya tak. Alhamdulillah Allah bagi kami rezeki awal, dua minggu sebelum trip tu, aku disahkan pregnant. 

Bila dah tau pregnant, mula lah rasa takut nak naik flight tu datang, sebab kandungan baru 3 minggu masa tu. So aku pon google lah, tapi jawapannya tak banyak yang meyakinkan. Haisyhh macam mana nak buat ni, tiket dah beli dah. Akhirnya aku & Sham buat keputusan untuk pergi berjumpa doktor untuk dapatkan pengesahan. Doktor tu minta itenerary perjalanan kite orang kat Langkawi nanti. So far, semuanya aktiviti yang kami plan  ok, cuma doktor tu x bagi aku pergi Island Hopping. Alhamdulillah, boleh pergi bercuti. Yeayyyy...

Last minute, kawan Sham dengan isteri dia nak join trip kite orang. ( Ok lah, at least meriah sikit). Cuma flight tak sama lah, kite orang sampai awal kat sana, dye orang sampai tengahari. Masa dalam flight tu, debar jugak, sampai la flight tu mendarat, ada rasa sakit kat perut, lama jugak la dalam 10 minit macam tu. Dah merah muka suami aku masa tu, tapi Alhamdulillah tak ada ape ape y jadi. 

Aktiviti so far berjalan seperti yang dirancang, cuma aku je la yang cepat letih masa tu. Jalan sikit je, pastu mula cari tempat nak duduk. dalam pada tak larat tu pon, banyak jugak la tempat kite orang tawaf. (Yang penting dapat jugak tengok sunset dekat Dataran Lang). Malam kedua kat Langkawi tu suami aku excited nak BBQ, tapi malam tu kepala aku sakit sangat macam nak pecah rasanya (tak tahu nak cerita macam mana sakit tu). Ais batu dah berketul-ketul Sham letak tapi tak kurang jugak sakitnya (sampai dia kol Abg De tanya nak buat ape sebab aku asyik menangis je). Last sekali dua-dua tertidur.

Kalau nak cerita pasal tempat-tempat menarik kat Langkawi, rasanya dah banyak blog yang korang boleh refer kot. So tak payah la. Yang penting nak bagi tau budget memang sangat verse la, sebab terlebih shopping. (Sorry Husband, tu shopping masa sakit tu, kalau sihat walafiat tak tau la @#$%^&*)


* Alhamdulillah baby dah 22 minggu, dah gerak-gerak pun.... 


Love
DHHassan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...