Selasa, 1 November 2016

Happy Birthday : DAIYAN UQAIL TURNS ONE !

Assalamualaikum...

A big thanks untuk semua yang sudi hadir memeriahkan majlis especially  team Uqail Lovers. Guest semua memang sangat sporting habis support team blue & white kami.

p/s : Birthday Uqail ni memang Sham bagi aku organize 100% lah.Alhamdulillah lega sangat, dapat buat seperti yang dihajati. Seminggu sebelum majlis tu memang all out nak siapkan semua ni. Alhamdulillah lega sebab rata-rata tetamu berpuas hati siap puji makanan semua sedap.

INVITATION CARD

Invitation card ni untuk Teacher kat school Uqail (aku buatkan lima untuk seorang satu), jiran-jiran dan officemate & special untuk Team Uqail Lovers. Tak banyak pon adalah dalam 30 pcs camtu. Yang lain semua aku jemput melalui whassap je.

BANNER


Banner ni  design sendiri special untuk Uqail yang suka sangat Didi & Friends + Zirafah. Haha seminggu jugak mak dia dok explore software AI tu nak siapkan banner ni. Dah siap print dekat Realtees Seksyen 15 Shah Alam. Kebetulan ada kawan kerja dekat sini. Banner ni kecik je 3x2 rasanya, harga pon berbaloi lah.

CANDY CORNER + GUEST BOOK






 Guest book tu sebagai kenangan. Untuk Uqail baca masa dia dah besar nanti. Thanks semua untuk ucapan yang tak putus putus buat Uqail.

DESSERT

Cream puff dan chese tart ni officemate yang suggest. Alhamdulillah rasa memang sangat tidak mengecewakan. Sesiapa nak boleh contact nombor ni : 013.639.0785. Cupcake tu salah seorang team Uqail Lovers yang sponsor, rezeki anak. Thanks kak.




HELIUM BALLON + DECORATION

Aku order dengan Caca Merba. Boleh search kat facebook, dia orang siap boleh buat delivery lagi. Owner kedai ni Melayu dan sangat peramah. Mari kita support business beliau.

GIFT


Untuk kawan-kawan seangkatan Uqail. Awal sangat packing, sehari uqail akan ambik satu toys dalam bakul ni haha, jadi inilah je yang tinggal.

CAKE


Ice cream cake yang sangat owesome ala ala baskin robbin. Flavour dia kita boleh pilih nak buat combination ape. Didi & Friends tu of course lah sebab Uqail memang addict dengan kartun tu.  Kek ni aku ambik 1.5 kg tapi berbaloi sebab memang sold out. Masa time orang ramai tengah nyanyi lagu birthday boleh pulak si Uqail pergi pegang kek tu, haha tak sabar betul nak makan.


Happy Birthday Sayang. Mama Papa Love u to the moon and back.

Jumaat, 19 Ogos 2016

10 perkara tentang aku

Dulu aku dah pernah update entry 20 fakta tentang diri sendiri. Now aku nak update lagi 10 perkara yang paling aku benci.

1. Macam biasa aku tak suka orang guna barang aku especially baju, kasut. make up, kereta, even cawan sekalipun aku benci. Sebab tu kalau aku balik kampung, korang akan nampak aku angkat barang mcm nak pindah. Sebabnya aku tak suka share barang dengan orang, jadi aku akan pastikan setiap kelengkapan kami sekeluarga lengkap.

2. Aku kadang-kadang akan consider untuk bagi pinjam barang, tapi aku paling pantang kalau korang x pulang @ barang tu rosak @ korang bg orang lain guna. Senang cakap aku x halal kalau benda seangkatan tu berlaku. 

3. Aku bukan orang yang  jenis suka jaga tepi kain orang. Aku tak kisah pon camana korang nak uruskan life orang tapi once korang masuk campur urusan aku aku akan benci korang tahap paling atas. Bagi aku, tak payah nak sibuk hal orang lain, uruskan hal sendiri. Aku nak pakai beg 20 ringgit ke, aku nak beli barang mainan hari2 kat anak aku ke? Jgn SIBUK.

4. Aku tak suka tengok rumah bersepah. Aku rasa serabut sangat, ini paling parah time aku sakit sebab tak boleh nak mengemas tapi mata terpaksa menghadap benda2 yang bersepah.

5. Aku tak suka orang arah-arah aku tanpa perkataan TOLONG. Tambah pula, tak tanya aku nak ke? Aku setuju ke? Aku ada benda lain nak buat ke? Main sedap mulut nak suruh-suruh aku!

6. Aku bukan orang yang jenis suka pinjam duit orang lain ! Dan oleh itu jugak, aku tak suka orang lain pinjam duit aku.

7. Aku tak suka orang cakap laki aku gila duit sebab asyik kerja je. Ko rasa kalau dapat laki yang pemalas kerja tu heaven ke? Best? Ko tau ke laki aku banyak keperluan nak kena settle sebab tu dye kena kerja keras.

8. Aku tak suka orang tukar susun atur barang-barang dekat rumah aku @ bilik aku dekat opis. Kat mana korang ambik barang aku, simpanlah di tempat yang sama. Kalau tak korang akan dengar bunyi kilat jap lagi.

9. Dapur adalah tempat yang kau pastikan akan bersih. Lepas masak sure aku akan lap dan pastikan tak ada satu pon kesan minyak melekat. 

10. Aku tak suka orang kata office aku buruk. Hahahaha sekarang ni under construction okay. Ko tunggu la dah siap nanti? Aku post gambar hari2 bagi ko sakit mata tengok. Bagi aku keselesaan bekerja tu yang penting. Kalau office cantik pon ko tak happy pergi kerja tak guna jugak kan. Dan paling penting office lawa ke buruk ke, gaji tetap sama. Kenyang ke ko dapat office lawa tu? 

Love
DHHassan





Rabu, 18 Mei 2016

A F T E R 2 Y E A R S N O W I M C O M E BA C K

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah 2 tahun cuti tanpa gaji hihihi, now aku dah ade semangat balik untuk sambung buat guest book ni....

Alhamdulillah tempahan pertama tahun 2016








Berminat boleh emel kat sini

sitizabedahhassan@yahoo.com
zabedah@lgm.gov.my


Love
DHHassan

Isnin, 9 Mei 2016

Cadangan Food Processor Little Bean

Assalamualaikum

Hari Seketul Uqail dah masuk 7 bulan 3 hari. Alhamdulillah sekejap je masa berlalu dah besar anak soleh pintar Papa Mama ni. Masa mula-mula nak introduce Seketul Uqail dengan solid food dulu bercinta jugak lah. Kadang-kadang 2 suap je dye makan. Kadang-kadang tu habis tapi puas lah menunggu dia main dulu pastu makan sesuap. Lepas tu dah tak nak. Pening jugak lah kepala memikirkan. Tapi bila dah start 7 bulan ni aku dah dapat rentak dia, ape yang dia suka. Jadi senanglah sikit nak prepare makanan ke rumah pengasuh. Paling dye suka Puree Pear dengan Bubur Nasi + Ikan Tenggiri + Bayam. 

Seronok sebenarnya prepare sendiri makanan untuk anak. Aku memang tekad tak nak bagi anak aku makan nestum lagi buat masa ni. Cuma biskut baby tu aku bg la sehari satu, sebab Seketul ni dye suka sangat nak menguyah sendiri. Mungkin nak tumbuh gigi dah kot. Oh lupe pulak, kalau korang tengah survey food processor aku suggest beli Little bean. So far memang senang nak guna, harga pon tak de lah mahal sangat. Kalau kat TCE Baby Expo tu boleh dapat sampai RM179 kot. Tapi aku beli kat Lazada je. Siap dapat free cube storage lagi. 




Love 
DHHassan.

Selasa, 22 Mac 2016

Seketul Uqail dah boleh makan

Assalamualaikum
 
Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. 7hb 4 ni Seketul Uqail dah nak masuk 6 bulan. Tak lama dah Seketul Uqail dah boleh makan. Mama dah excited sangat nak bagi Uqail makan. Siap beli food processor lagi tu. Mama pon dah excited duk google ape yang boleh dan tak untuk makanan pertama baby.
 
Lepas ni tertutup la mulut sekeliling yang bising sangat sebab mama still tak bagi Uqail makan lagi. Sabar ok, tunggu lah 6 bulan. Uqail ok je kan orang lain plak yang sibuk suruh makan. Paling sakit hati siap ada yang cakap orang dulu-dulu boleh je kecik-kecik bagi makan. Jawapan mama senang je, Orang dulu tak pergi sekolah pon, kenapa orang sekarang sibuk nak hantar anak pergi sekolah. Zaman dah berubah ok, mungkin orang dulu tak didedahkan pasal ilmu pemakanan, jadi mereka tak tau ape yang patut dan ape yang tak.
 
Prevent is better than cure right? Jadi bile kita ade ilmu kita guna, tak semua benda kena ikut cara orang dulu. Nampak tak betapa susahnya mama nak fahamkan orang-orang yang suke nak suruh Uqail makan???.
 
Alhamdulillah misi nak bagi Uqail makan pada waktu yang sepatutnya berhasil. Misi seterusnya untuk berkata tidak pada garam dan gula sehingga umur Uqail 2 tahun. Chaiyouk2x Mama.....
 
 

Selasa, 12 Januari 2016

Sweet Sour Berpantang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tempoh berpantang 100 hari dah nak habis da, tinggal lagi sehari je. Fuhhh, paling tak tahan pantang minum ais, sob3x. Mama pesan silalah pantang ais sampai umur anak 1 tahun.. Cerita pasal berpantang ni, memang satu dugaan yang amat hebat untuk setiap wanita. Bagi yang berjaya berpantang dengan betul tu memang aku tabik spring. Aku discharge hari Khamis, sehari selepas bersalin. Aku tak terus balik kampung sebab nak settlekan urusan cuti bersalin aku, cuti Sham, nak buat register baby dan register tawas (untuk anak Selangor). Hari Sabtu barulah kite org gerak balik kampung. Kat kampung bermulalah ranjau peritnya berpantang, mana tak nya Mak Lang aku memang bidan mengurut orang bersalin. Hai ape lagi, habisla aku dikerjakannya.

Makan & Minum

Sepanjang pantang tu memang aku makan ikan bakar & ikan singgang (singgang tu nak bagi rasa je, kuah jgn harap nak dapat hirup). Sayur pulak sawi, & segalanya jenis pucuk2 yang pahit ya amat. Nasi kena makan yang panas-panas (baru lepas masak). Air pulak jangan harap nak dapat minum banyak-banyak, gelas kecik je.. (tapi aku selalu curik minum air senyap-senyap). Tak tahan lah, haus lagipun breastfeeding kena minum air banyak.

Air Manjakani

Pahit sungguh rasa air ni. Sehari memang kena minum sekali, sampai hari ni aku masih minum lagi. Memang pahit tapi aku tekadkan jugak, sebab nak sihat kan. Kadang-kadang tu aku buat muka kesian jugak, buat-buat tutup hidung macam kopi P Ramlee tu. Tapi Mama tak kesian pon kat aku. Haha

Urut & Mandi Herba

Sesi urut yang pertama tu 3 hari iaitu masa mula-mula lepas bersalin. Sesi yang kedua pulak masa hari terakhir berpantang. Tapi sehari je lah. Selepas urut tu badan akan rasa sangat ringan, lega rasanya. Tapi masa urut kat bahagian perut untuk betulkan semula kedudukan rahim tu yang sakit. Sebab Mak lang duk korek-korek perut aku. Selepas urut dan tungku, Mak Lang akan mandikan aku dengan air daun-daun herba. Sham ada belikan aku set berpantang Tanamera, tapi Mak Lang kata yang asli ni lagi berkesan. so Set Tanamera tu tersimpan rapi dalam beg. Hahaha Orang lain mandi herba 3 hari, tapi aku kena mandi herba sampai habis pantang. 

Tungku

Setiap hari bila bangun pagi, tungku da siap terhidang di depan mata. Macam-macam alasan aku bagi, mengantuk la, nak mandi dulu lah. Tapi tak de orang nak kesian pon. Haha nak tak nak terpaksa lah aku menghadap tunku tu tiap-tiap hari sambil kacau-kacau seketul Uqail yang tengah lena titow tu. Dengan harapan, dye bangun menyusu, tak payah lah aku bertungku. Tapi dye tak bangun pon, mana taknya hari-hari dalam pantang dye titow pukul 4 pagi. Pagi-pagi camni memang syok lah dye titow. Hye lah anak.


Minyak Panas & Bedah Sejuk

Minyak panas memang wajib disapu dan bedak sejuk wajib dipakai setiap kali selepas mandi. Aku selalu bagi alasan nanti bedak sejuk tu jatuh kat muka seketul Uqail. Siap request nak pakai bedak tabur lagi. Mama kata "Pakai bedak sejuk tu, tak lah muka tu nampak pucat sangat".

Air Rebusan Daun Inai

Daun Inai tu direbus, bila dah mendidih tu, masukkan dalam besen dan wapkan dekat muka. Tutup muka dengan kain tuala, supaya wap tu betul-betul kena dekat muka. Dah macam pergi Spa pulak kan. Mak Lang kata ini wap tu akan glowing kan muka kita. Nak cantik lah katakan.

Wap Daun Semalu

Daun semalu ditumbuk, ditampal pada batu tunku kemudian di wapkan di bahagian sensitif wanita tu. Mak Lang kata ini untuk sembuhkan bahagian sensitif tu, nak feeling-feeling macam anak dara balik lah.

Jamu Mak Lang

Aku start ambik jamu masa 20 hari dalam pantang, sebabnya masa awal-awal tu Seketul Uqail tu ada kena jaundis. Jadi terpaksa lah aku ambik lambat sikit jamu ni. Aku makan sehari sebijik je, sebab takut Seketul Uqail tak tahan dengan panas jamu tu. Jamu ni Mak Lang buat sendiri, menggunakan herba kampung dengan bunga-bungaan. Alhamdulillah aku serasi dengan jamu ni, ringan je badan.

Stokin

Stokin dah macam kembar aku masa berpantang. Tanggalkan masa mandi je lah. Kadang-kadang tu rimas jugak tapi kalau tak pakai kang Mama bising pulak.

Bengkung

Bengkung ni 24 hours kena pakai, sampai tidur pon kena pakai tau. Bayangkan nak pergi tandas macamane? Puas nak bukak. Hohoho bengkung ni fungsi dye nak kempiskan perut dan tak nak bagi punggung jatuh.

Alhamdulillah tamat sudah tempoh berpantang aku. Aku bersyukur ada Mama yang tegas, sekurang-kurangnya kesihatan dan tubuh badan aku terjaga. untuk diri kita jugak kan, "Kalau hang sakit sape nak jaga anak Hang", tu je lah kata-kata penguat semangat aku nak habiskan pantang.


Love
DHHassan

Isnin, 11 Januari 2016

Kronologi Melahirkan Seketul Uqail

Assalamualaikum

Finally sudah habis tempoh bercuti selama 3 bulan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Lahirnya si jantung hati Papa dan Mama ke dunia pada tanggal 7 Oktober 2015 (Rabu). Seketul Uqail lahir dengan berat 3.1kg di Salam Shah Alam Specialist Hospital (Next entry aku story pasal Hospital ni, service memang tip top). 

2hb Oktober 2015 (Jumaat)

Check up 38 minggu dengan Dr. Siti Mariam. So far alhamdulillah, semuanya okeii. Berat baby dah 2.9 kg. Dr minta izin husband untuk check jalan sebab aku dah mengadu rasa sakit macam ada benda korek. Dr kata kemungkinan baby tengah cari jalan keluar tu. Bile check automatik jalan da buka 1cm kan. Perasan kena check jalan tu, sakit mak oiiii... tp sakit tu 2% je dari sakit bersalin tu. Dr Siti Mariam tu sangat la caring, die mintak maaf dulu baru dia check. Dia cakap, "Sakit sikit ye Yang, tak pe sabar ye, sakit tu penghapus dosa, banyak pahala awak". Si Sham pulak macam-macam di tanya kat Dr tu, kalah aku yang mengandung ni. 

Kaki aku macam biasa lah, tetap membelon seperti biasa. Sham risau sangat pasal kaki tu, Dr cakap itu normal cuma tinggikan kaki semasa tidur. Ha tau pon dia nak tanya kat Dr., selalu dia duk bantai gelak tengok kaki aku, siap panggil anak gajah lagi. :-). Selesai check up tu kite org mintak mc sebab aku dah tak larat sangat nak pergi kerja, nak duduk 8 jam atas kerusi kat office tu. Dr Siti estimate aku akan bersalin hari selasa 6hb. 

3hb Oktober 2015 (Sabtu)

Pagi-pagi lagi si pari-pari Ada ngan Akinah dah sampai. Ni lah kawan sejati, nak teman aku di saat-saat aku sarat mengandung. Hai lah kawan dari merisik, tunang, nikah, sanding, bertandang ni sampai saat nak melahirkan pon korang lah di sisi. Thanks sayang-sayang, touching sangat tau. Kebetulan pulak pagi tu dah ada turun tanda darah. Apa lagi haru biru semuanya, duk mesej orang tu orang ni, duk tanya kena pergi hospital ke? Ada yang cakap kena pergi ada yang cakap tunggu sakit. Akhir sekali kite orang buat keputusan untuk tunggu mama sampai dari Jengka then baru pergi hospital. Sebelum pergi hospital tu sempat bermake up bagai, feeling nak bersalin dalam keadaan cun melecun. Hahaha sampai kat Salam terus direct ke Emergency, then bila Dr check jalan dah buka 3cm. Tapi tak warded lagi, so boleh balik dulu sebab tak sakit lagi.

4hb Oktober (Ahad)

Disebabkan tak de rasa sakit lagi, gigih jugak la kami buat Maternity Photoshoot kat Taman Layang-layang. Hasilnya dengan Mama sekali terjebak, haha. Tak sedar kaki membelon tu, mampu lagi berpose bagai.


5hb Oktober (Isnin)

Disebabkan terlalu banyak berjalan semalam, kaki makin membelon. Bersenang lenang di rumah sambil request nak makan macam-macam kat Mama. Contraction still tak ada lagi.

6hb Oktober (Selasa)

Mulanya Sham tak nak pergi kerja sebab takut tiba-tiba aku nak bersalin. Tapi Mama suruh jugak dia pergi, sebabnya tak ada lagi tanda-tanda aku nak bersalin. Aku masih MC lagi hari tu, sebab kaki masih membelon. Petang tu, Sham balik kerja awal, tengah santai-santai tengok tv tiba-tiba rasa ada air keluar, aku pon cepat-cepat lari masuk bilik. Mama pon cepat-cepat ikut aku, sekali tengok air ketuban dah pecah. Tengok jam? Ah sudah pukul 5.30, Shah Alam tengah jammm giler time ni. Nak tak nak redah je lah nak buat camane lagi. Sampai kat Salam dalam pukul 6.45 terus warded. Dr check jalan still 3cm.

Start dari pada tu nurse pon pasang la mesin contraction tu kat perut aku , sejam sekali nurse datang pantau keadaan aku. Balik-balik soalan sama sampai aku pon dah letih nak jawab. Last aku cakap, "Saya tak sakit nurse nanti kalau saya rasa sakit saya tekan bell tu ok?" Nurse tu pelik je tengok aku, bukan nurse je Mama dan Sham pon asyik duk tanya sakit ke tak.. Tapi aku nak buat camana dah memang tak de rasa sakit, tak kan aku nak tipu cakap sakit kot.


Malam tu aku tak habis-habis duk baca zikir-zikir dan doa-doa tuk permudahkan urusan melahirkan. Mama dan Sham duk baca Yasin.

7hb Oktober (Rabu)

Tepat pukul 6pagi nurse datang, "Puan boleh siap-siap ye, mandi. Husband sekali ye, sekejap lagi kita nak masuk labour room dah." Ok, ini mesti kes nak paksa aku bersalin lah tu. Tepat pukul 7 nurse datang siap bawak kerusi roda nak bawak masuk lr. "Eh tak pe cik, saya boleh jalan saya tak sakit". Nurse tu pelik, "betul ni Puan"? Tapi kite tetap kena bawak Puan masuk lr sebab air ketuban dah lama liking, takut baby lemas nanti".

Masuk lr, nurse suruh aku bfast dulu, dye bancuhkan milo panas & roti. Serius tak selera, aku nak makan nasi goreng ^&%$#@. Hehe memang tak mendapatla nak makan nasi goreng time tu. Selesai bfast, nurse sambung balik pasang mesin contraction tu. Still jalan bukak 3cm jugak. Sham tak habis2 suruh aku minum air zam-zam. Nak bagi sebagai penawar katanya. Lama jugak la kami duduk dalam tu, sampai pukul 9 lebih tu nurse datang check, still 3cm. Dr suggest untuk induce sebab jalan lambat sangat bukak. Dr mintak kebenaran suami then induce. Lepas induce aku rasa mengantuk sangat. Sham keluar pergi belikan bfast tuk Mama. Dia masuk balik tu aku dah tertidur.

Sedar je dari tidur tu,  dalam pukul 10 lebih dah start contraction yang sebenar. Sakitnya yang amat sangat. Macam-macam cara dah aku atas katil tu, Sham panggil nurse, nurse check jalan baru 7cm. "Anak pertama kena tunggu 10cm encik", Ok lagi 3cm je, Aku dah tak tahan sangat da, dekat mulut memang duk baca "lailahailla anta subha nakainnikuntu minazzalimin" sambil menahan sakit. Habis baju sham aku tarik, siap pakej gigit jari dye lagi sebab duk menahan sakit. Dia dah tengok aku teruk sangat tu dia panggil nurse, nurse check jalan dah bukak 10cm. Terus Dr masuk, Dr suruh Sham bukak tudung ak, bukak ikatan rambut, pegang tangan aku.

Masa tu aku dah tak fikir ape dah, nak selamatkan baby ye. Aku dah mengantuk sangat time nak bersalin tu, rasa nak tidur je. Sham sampai tepuk-tepuk pipi tak bagi aku tidur. 3 kali push baby still tak keluar, sebab aku tak de tenaga sangat dah, aku dah letih menahan sakit contraction tadi. Dr suruh aku try push lagi sekali sebab kepala baby dah nampak da. Tapi still tak boleh jugak. Finally, Dr vakum. Then aku dengar suara anak aku menangis. Dalam hati Alhamdulillah anak aku selamat. Dr letak baby atas perut then dia tanye gender baby. Sambil tersenyum aku jawab "baby Boy" sambil pandang Sham yang da bercucuran air mata macam air paip.. (First time aku tengok suami aku menangis),"Terima kasih Sayang, itu je yang aku dengar keluar dari mulut dia.

Lepas pada tu Sham Azankan baby dan nurse bawak utk mandi. Bermulalah proses menjahit. Dr Siti bius 2 kali, sebelum jahit tu nurse duk tekan-tekan perut aku tuk keluarkan sisa darah2 yang masih ada dalam rahim.Masa dr jahit tu aku dah tak sedar ape, cuma rasa macam semut gigit je, Then aku tertidur. Sedar-sedar je nurse kejutkan aku tuk dibawa masuk ke ward.


Alhamdulillah Allah permudahkan segalan urusan aku dalam melahirkan khalifah Allah Seketul Uqail. Aku bersyukur sangat rasa sakit yang aku kena hadapi tu tak lama, Terima kasih Allah. Apapun doa yang penting, doa diri sendiri, mohon pada Allah supaya dipermudahkan melahirkan, Setiap kali solat aku tak pernah berhenti berdoa. Tambah lagi restu suami dan doa seorang ibu.

Masa dah 7 bulan tu selalu lah dengar ayat-ayat Al-Quran, even dalam kereta pon. Stop lah sekejap radio tu, pasang CD mengaji. Kat office, waktu nak tidur. In Sha Allah, itu lah salah satu penawarnya.


Love,
DHHassan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...