Selasa, 12 Januari 2016

Sweet Sour Berpantang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tempoh berpantang 100 hari dah nak habis da, tinggal lagi sehari je. Fuhhh, paling tak tahan pantang minum ais, sob3x. Mama pesan silalah pantang ais sampai umur anak 1 tahun.. Cerita pasal berpantang ni, memang satu dugaan yang amat hebat untuk setiap wanita. Bagi yang berjaya berpantang dengan betul tu memang aku tabik spring. Aku discharge hari Khamis, sehari selepas bersalin. Aku tak terus balik kampung sebab nak settlekan urusan cuti bersalin aku, cuti Sham, nak buat register baby dan register tawas (untuk anak Selangor). Hari Sabtu barulah kite org gerak balik kampung. Kat kampung bermulalah ranjau peritnya berpantang, mana tak nya Mak Lang aku memang bidan mengurut orang bersalin. Hai ape lagi, habisla aku dikerjakannya.

Makan & Minum

Sepanjang pantang tu memang aku makan ikan bakar & ikan singgang (singgang tu nak bagi rasa je, kuah jgn harap nak dapat hirup). Sayur pulak sawi, & segalanya jenis pucuk2 yang pahit ya amat. Nasi kena makan yang panas-panas (baru lepas masak). Air pulak jangan harap nak dapat minum banyak-banyak, gelas kecik je.. (tapi aku selalu curik minum air senyap-senyap). Tak tahan lah, haus lagipun breastfeeding kena minum air banyak.

Air Manjakani

Pahit sungguh rasa air ni. Sehari memang kena minum sekali, sampai hari ni aku masih minum lagi. Memang pahit tapi aku tekadkan jugak, sebab nak sihat kan. Kadang-kadang tu aku buat muka kesian jugak, buat-buat tutup hidung macam kopi P Ramlee tu. Tapi Mama tak kesian pon kat aku. Haha

Urut & Mandi Herba

Sesi urut yang pertama tu 3 hari iaitu masa mula-mula lepas bersalin. Sesi yang kedua pulak masa hari terakhir berpantang. Tapi sehari je lah. Selepas urut tu badan akan rasa sangat ringan, lega rasanya. Tapi masa urut kat bahagian perut untuk betulkan semula kedudukan rahim tu yang sakit. Sebab Mak lang duk korek-korek perut aku. Selepas urut dan tungku, Mak Lang akan mandikan aku dengan air daun-daun herba. Sham ada belikan aku set berpantang Tanamera, tapi Mak Lang kata yang asli ni lagi berkesan. so Set Tanamera tu tersimpan rapi dalam beg. Hahaha Orang lain mandi herba 3 hari, tapi aku kena mandi herba sampai habis pantang. 

Tungku

Setiap hari bila bangun pagi, tungku da siap terhidang di depan mata. Macam-macam alasan aku bagi, mengantuk la, nak mandi dulu lah. Tapi tak de orang nak kesian pon. Haha nak tak nak terpaksa lah aku menghadap tunku tu tiap-tiap hari sambil kacau-kacau seketul Uqail yang tengah lena titow tu. Dengan harapan, dye bangun menyusu, tak payah lah aku bertungku. Tapi dye tak bangun pon, mana taknya hari-hari dalam pantang dye titow pukul 4 pagi. Pagi-pagi camni memang syok lah dye titow. Hye lah anak.


Minyak Panas & Bedah Sejuk

Minyak panas memang wajib disapu dan bedak sejuk wajib dipakai setiap kali selepas mandi. Aku selalu bagi alasan nanti bedak sejuk tu jatuh kat muka seketul Uqail. Siap request nak pakai bedak tabur lagi. Mama kata "Pakai bedak sejuk tu, tak lah muka tu nampak pucat sangat".

Air Rebusan Daun Inai

Daun Inai tu direbus, bila dah mendidih tu, masukkan dalam besen dan wapkan dekat muka. Tutup muka dengan kain tuala, supaya wap tu betul-betul kena dekat muka. Dah macam pergi Spa pulak kan. Mak Lang kata ini wap tu akan glowing kan muka kita. Nak cantik lah katakan.

Wap Daun Semalu

Daun semalu ditumbuk, ditampal pada batu tunku kemudian di wapkan di bahagian sensitif wanita tu. Mak Lang kata ini untuk sembuhkan bahagian sensitif tu, nak feeling-feeling macam anak dara balik lah.

Jamu Mak Lang

Aku start ambik jamu masa 20 hari dalam pantang, sebabnya masa awal-awal tu Seketul Uqail tu ada kena jaundis. Jadi terpaksa lah aku ambik lambat sikit jamu ni. Aku makan sehari sebijik je, sebab takut Seketul Uqail tak tahan dengan panas jamu tu. Jamu ni Mak Lang buat sendiri, menggunakan herba kampung dengan bunga-bungaan. Alhamdulillah aku serasi dengan jamu ni, ringan je badan.

Stokin

Stokin dah macam kembar aku masa berpantang. Tanggalkan masa mandi je lah. Kadang-kadang tu rimas jugak tapi kalau tak pakai kang Mama bising pulak.

Bengkung

Bengkung ni 24 hours kena pakai, sampai tidur pon kena pakai tau. Bayangkan nak pergi tandas macamane? Puas nak bukak. Hohoho bengkung ni fungsi dye nak kempiskan perut dan tak nak bagi punggung jatuh.

Alhamdulillah tamat sudah tempoh berpantang aku. Aku bersyukur ada Mama yang tegas, sekurang-kurangnya kesihatan dan tubuh badan aku terjaga. untuk diri kita jugak kan, "Kalau hang sakit sape nak jaga anak Hang", tu je lah kata-kata penguat semangat aku nak habiskan pantang.


Love
DHHassan

3 ulasan:

Rina Ellisa berkata...

bagus awak pantang betul2.. sy suka cara org2 dulu berpantang :)

cik mah berkata...

Cik mah mmg mandi herba sampai hbis pantang..hr2...bestnyerlah rasa..bab minum tu...mama xde akwal2 pun..minum je..

She's DHHassan berkata...

heheheh bestkan pantang,,,dilayan mcm raja je,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...