Rabu, 11 Mei 2016

Perit Jerih Menghadapi Penstrukturan PTPTN

Assalamualaikum

Siapa kat sini yang pinjam PT angkat tangan? Aku lah salah seorang daripada peminjam PT. So far aku tetap bayar walaupun on off. Salah aku jugak dari dulu tak nak settlekan pembayaran. Sekarang ni dah anak sorang baru terhegeh-hegeh nak settlekan. Ok sekarang aku dah insaf dan sedar Hutang itu wajib dibayar. Hidup kat Shah Alam ni gaji lebih 2k pon rasa macam 200 je. Nak bayar kereta, rumah, pengasuh lagi,  blablabla... Hari ni gaji esok dah miskin dah. Jadi sebagai langkah penyelesaiannya aku pon pergi buat penstrukturan semula akaun pinjaman PTPTN aku. Aku pergi kat branch Kota Damansara sebab dekat dengan Office.  

So Far, Alhamdulillah, layanan memang amat memuaskan, staff yang entertain aku tu nama dia Adila. Serius aku cakap kalau korang nak berurusan jumpa lah dia, jangan jumpa orang lain (sebabnya nanti aku cerita kat bawah). Kira punya kira tunggakan aku dah sampai 6k, jadi untuk buat penstrukturan semula aku perlu jelaskan separuh daripada tunggakan tu. Jadi aku perlu bayar 3k. Aku pilih pembayaran secara potongan gaji. Mengikut jadual penstrukturan aku perlu bayar RM70 sebulan. Tapi aku genapkan je RM100,senang sikit nak kira kan, lagipun cepat sikit habis, Dah tak sanggup nak memikirkan hutang PT ni lagi. Cepatlah habis, barulah tenang hidup aku.

Bila dah selesai urususan, aku suggestkan staff opis aku ni buat penstrukturan jugak sebab dia pon tak habis bayar lagi. Jadi aku pon temankan dia pergi kaunter PT kat Kota Damansara tu. Kebetulan hari tu Kak Adila bercuti. Jadi kami dilayan oleh orang lain. Kau pon tak sure nama dia, tapi yang aku nak highlight kat sini, kerani tu dengan Manager dia, muka macam nak telan orang. Serius, macam tu ke cara staff PTPTN entertain customer? Korang nak suruh orang bayar,selesaikan hutang. Baik, kami nak selesaikan dengan cara baik, tapi service korang? Memang teruk giler... kalau 1 sampai 10 aku bagi negative 0 kot.

Cerita dia macam ni.

Masa kita orang sampai tu dah la tak ada nombor giliran then kena tunggu. It's okay lah kan kita orang kena tunggu mana-mana staff PT yang free (mejanya kosong). Tapi bile meja dia free tak de customer, langsung kerani tu tak panggil kite org. Dia buat tak tahu je. Kite org yang datang sendiri buat muka tak malu menghadap dia (Biadap betul).

Officemate aku punye tunggakan 16k, jadi die perlu bayar 8k. Dia tak de duit nak bayar sebanyak tu. Jadi dia mintak kurangkan pembayaran. Staff tu bagi limit 2k. "Dengan nada sombong dia cakap pembayaran bergantung pada staff PT, boleh bagi berapa."  

 Then, dia transfer kite org dekat Manager dia.... 

Bila sampai kat meja Manager dia, Manager dia boleh suruh kite orang pergi kat kerusi menunggu, dia kate dia tak ambik customer.

Officemate aku punya merayu nak kurangkan bayaran tunggakan tu, sebab dye memang nak jelaskan hutang dia. Manager dengan kerani tu memang tak bagi muka langsung? ''Siap sound lagi kenapa sekarang baru nak bayar. " Macam-macam cara officemate aku merayu untuk buat penstrukturan, siap nak bayar 2k dalam masa 3bulan. Tapi still tak dapat pertolongan daripada Manager PTPTN KOTA DAMANSARA yang angkuh sangat tu.

Korang yang kerja kat PT ni ingat kami ni banyak duit sangat ke? Kalau banyak kami tak pinjam PT, tak pon kami bayar cash je hutang PT tu. Nak suruh orang bayar sangat, orang datang nak bayar, tapi korang buat muka macam korang bagus sangat? Aku suggestkan staff PT semua pergi kursus customer service. Belajar sikit cara nak berurusan dengan pelanggan macam mana. Takkan officemate aku tu nak cerita sebab ape dia tak bayar PT selama ni, takkan dia nak cerita masalah kewangan dia, nak-nak dekat Korang yang muka macam nak telan orang tu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...