Isnin, 2 Januari 2017

TRIP TO SABAH WITH SEKETUL UQAIL

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru semua.

Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini. Syukur ke Hadrat Ilahi. Tahun baru Azam baru kan. Wish u all best of luck okeii. Semoga Allah mempermudahkan urusan untuk mencapai azam tersebut. 

Macam biasa, setahun sekali sahaja dibenarkan travel menggunakan flight. Haha langkah penjimatan kononnya. Entri kali ni aku buat khas untuk share itinerary ke Sabah hujung tahun lepas. Dah lama sangat tertangguh. 

Flight & Tiket 

Selalunya kami travel guna Air Asia tapi kali ni disebabkan nak bawak Mama dan Seketul Uqail, kami decided untuk pilih Malindo Air. Tiket untuk 4 Adult & 1 Infant adalah RM13++ (harga termasuk bagage 30kg untuk adult & 10kg untuk Infant plus meals). So far, Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan service yang diberikan. Cerita sebenarnya pilih Malindo sebab ade screen, so kalau Uqail bosan boleh lah bagi dia tengok cerita kartun. Tapi anak bertuah tu, naik flight je terus tidur, sampai Sabah baru dia bangun. Apa lagi Mama & Papa la yang seronok layan cerita.

Ps : kami pun termasuk dalam mangsa-mangsa tiket Rayani Air, tapi plan mula2 tu ke Kuching. Disebabkan tiket burn jadi kami decided untuk ke KK.

Hotel

Tang Dynasty Park Hotel di Kota Kinabalu. ( goverment rate - Family room :  RM260 untuk 3 hari 2 malam, include 3pax bfast). So kami cuma tambah 1 pax bfast untuk dewasa. Untuk 2 hari, RM20. Total adalah RM280. Hotel ni senang sangat nak cari, tak jauh dengan Air Port. 

Mile 36 Lodge di Kundasang, (Family room : RM200 untuk 2 hari 1 malam, include bfast 4pax). View kat sini memang sangat cantik, Bfast sambil menikmati keindahan alam. Jangan terkejut bilik kat sini memang tak ada kipas tau, water heater tu pon boleh rasa mcm tak berfungsi sebab suhu yang terlampau sejuk. Lodge ni berdekatan dengan Strawbery Farm. Tapi bilik kami tu tak ada tv, so dengan keadaan cuaca yang cepat gelap tu, mungkin agak membosankan jugak lah. Tapi kami semua tidur awal sebab penat seharian berjalan. So tak ada lah rasa bosan tu.

Opss, lupa nak bagi tau, hotel-hotel ni aku dah booking awal melalui booking.com. Hotel kena pandai cari sebab takut jauh dari Pekan Kundasang tu. 

Makanan

Anjung Selera Likas Kota Kinabalu.  Terdapat banyak kedai makan kat sini, pilih lah mengikut citarasa masing-masing. Harga pon berpatutan sangat, 5 orang makan cuma RM109. Itu pon sampai dah mengah-mengah nak habiskan makanan. Ketam, lokan, kerang blablabla semua kami balun. Kalau kat Semenanjung menangis lah nak membayar. 

Restoran Nelayan Kota Kinabalu. Restoren ni memang sangat cantik, feeling makan atas Cruise gitu. Harga pon standard Cruise jugak lah ye. Kat sini kami berhabis dalam RM200 untuk 5 orang. Yang ni memang sengaja nak feeling2 orang ada-ada. Haha so far, dia punya tips kalau pelayan tu tanya, nak wet tissue tak? nak keropok tak? Jangan rasa itu free okeii, itu semua kena charge. 

Tempat Menarik

Kota Kinabalu..

Untuk pengetahuan, kat sana kebanyakan tempat akan tutup seawal jam 4.30 petang. Jam 6 petang tu dah macam senja kat sini. Jadi sila pastikan anda susun perjalanan anda sebaik mungkin. 

Menara Jam Atkinson + Signal Hill. ( tempat ni dekat-dekat je, tapi kalau dah nak gelap tu memang cantik la, untung boleh tengok sunset)

Pantai Tanjung Aru (macam biasa, tempat orang melepak, berselfie bagai. kebiasaannya orang tak mandi manda kat sini, setakat celup-celup kaki je)

Pasar Filipina + Dataran Todak ( kat pasar tu korang boleh borong mutiara, kena pandai cari kedai baru dapat murah. Dataran todak tu untuk snap gambar buat kenangan. Kat sini banyak gerai-gerai jual makanan, try la rasa rumpai laut kat situ, mana tau kena dengan selera kan )

Pulau Manukan dan Pulau Sapi ( Beli tiket dekat Jesselton Point, kalau boleh beli awal, tidak digalakkan walk in. Mohon bawa bekal sebab harga makanan dekat pulau ni, al maklum sahaja la )

Kundasang...

Sama macam KK, tapi di Kundasang kabus tebal, plus dengan kedaan jalan di lereng-lereng bukit, membuatkan perjalanan menjadi sukar. Mohon kembali ke tempat penginapan sebelum jam 6 petang. Bungkus makanan siap-siap sebab kebanyakan kedai akan tutup paling lewat jam 8 malam. Jangan lupe try chicken wing kat sana. Sedap tau. Kedai makan mcm tak byk choice sangat la, sebab pekan dia kecil. So far fast food yang ada cuma KFC. Lagi satu, aku nasihatkan untuk print peta Kundasang & Ranau untuk memudahkan perjalanan. Sebab ada sesetengah kawasan yang tak de signal. Power bank tu paling penting.

Poring Hot Sping ( Agak jauh dari Kundasang, tutup jam 5.00 petang )

Sabah Tea ( Bersebelahan dengan Tagal Luanti )

Tagal Luanti Sg Moroli ( Ini tempat yang orang duk sebut pasal ikan kelah tu, diingatkan lokasi tempat ni kat tepi jalan je. Jangan tersesat mcm kami, sampai meredah ladang teh bagai. Hihi)

Kundasang, War Memorial ( Berdekatan bulatan kundasang, view cantik, boleh lihat seluruh pekan Kundasang )

Desa Dairy Farm ( Fefeling kat New Zealand, boleh try bagi susu minum susu, rasa susu fresh dari ladang )

Strawbery Farm ( Ladang strawberi, kecik je tempat dia )

Pekan Nabalu ( Tempat shopping nak beli souvenir )

Kereta Sewa

Boleh try whassap or call nombor ni  : 01121256743. Kami sekeluarga sewa Saga, selesalah untuk berlima.

So far rasanya itu je lah yang penting kot. Untuk yang travel dengan baby mcm Seketul Uqail tu, baju memang kena bawak banyak plus susun lah perjalanan mengikut kesesuaian, jangan terlalu pack, kesian pada baby. Prepare makanan, biskut, roti, air dan yang paling penting ubat dalam beg baby. Sebelum naik flight, prepare susu siap-siap. Bila flight tengah start nak landing or fly bagi baby minum susu or air untuk mengelakkan baby sakit telinga.

Ini  sajalah kot yang dapat share. Kalau ada papa nak tanya boleh pm okei. Harap membantu.

So selamat bercuti.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...