Khamis, 20 April 2017

TRIP TO BALI 2017 : SUPRISED UNTUK BIRTHDAY PAPA YANG KE-28

Assalamualaikum

Masih belum boleh move on dengan Bali. Trip bagi tahun ni, kami pilih untuk ke Bali, Indonesia. macam biasa, hanya sekali dibenarkan untuk travel menggunakan flight dalam setahun. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dan dipertemukan dengan insan-insan yang amat baik. Aku kan cuba tulis seringkas yang mungkin untuk itinerary kali ini.

Flight & Tiket

Kami pilih Air Asia untuk trip kali ini.  

Total harga tiket + bagage 70kg (pergi & balik) + food + seat = RM 2032.40

Untuk service seriously kami agak kecewa kerana tiada kemudahan untuk ibu bapa dan baby. Plus kami bayar untuk pilih seat tapi bila check in dan print tiket di airport, nombor seat tidak seperti yang kami pilih. Memandangkan ini adalah tiket tambang murah, kami terpaksa akur dan mungkin agak berkira-kira untuk travel menggunakan Air Asia selepas ini.

Kali ini Seketul Uqail aktifnya lain macam dalam flight, dia tak tidur. Mama dan Papa apa lagi, terpaksalah bersilat dengan dia selama 3 jam tu.

Hotel & Penginapan

Memandangkan kami menggunakan Air Asia Go. Jadi penginapan yang dipilih adalah linked dengan Air Asia. Untuk menikmati keindahan pulau, jauh dari kesibukan bandar Kuta, akhirnya kami memilih Dewani Villa Resort, Umalas, Kerobokan, Bali. Alhamdulillah, kami buat pilihan yang tepat. View hotel ni sangat cantik, lebih kurang macam taman bunga, sesuai sangat untuk honeymoon. Staff di sini juga sangat ringan tulang dan suka membantu. Mereka yang menguruskan suprised birthday untuk Papa Uqail dari A sampai Z. Senang untuk berurusan dengan mereka. 





Makanan 

Susah untuk mendapatkan makanan halal di Bali. Kalau ada, harganya pula adalah agak mahal. Alhamdulillah supir Ytobalitour kami Pak Abi adalah beragama Islam. Jadi beliau sangat menitikberatkan soal makanan. Untuk backpacker sekalian, better korang prepare makanan segera macam maggi, bubur nasi, roti dan snek. 

Untuk hari kedua kami bfast pagi di hotel (RM19 per pax), lunch di Restoren Batur Sari, Kintamani (RM45 per pax) dan dinner di Restoren Ayam Penyet Wong Solo (RM30 per pax). 

Untuk hari ketiga kami cuma bfast roti & maggi, lunch di Kedai Bakso (RM6 per pax), dan dinner di Jimbaran Seafood (RM400 : 4 pax). Kat sini selalunya ada group penyanyi yang akan menghiburkan customer dari meja ke meja. Mereka akan tanya negara asal customer, dan akan menyanyikan lagu dari negara tersebut. Macam kami, mereka nyanyi lagu Firman plus lagu Birthday khas untuk Papa Uqail. Semua customer bertepuk tangan masa tu, nampak tak ramai orang tolong celebrate birthday Papa. 

Untuk hari terakhir macam biasa bfast roti & Maggi dan luch di Restoren Ayam Tulang Lunak (RM 48 per pax)

Kesemua restoren yang dibawa oleh Pak Abi ini, adalah dijamin halal plus makanan sangat sedap. Suggested!

Jimbaran Seafood

Perkhidmatan Supir 

#ytobalitour : Suggested
Whassap : +62817556488 @ +6281236540997

Matlamat utama Pak Yanto memulakan perniagaan ini adalah untuk membantu orang-orang Islam yang ingin bercuti di Bali terutamanya dalam bab pemilihan kedai untuk mendapatkan makanan halal. Niat yang sangat murni, jadi kami doakan business beliau berkembang dan segala urusannya dipermudahkan. Pak Abi, salah seorang supir (dari #ytobalitour) yang entertaint kami dengan sangat baik, peramah dan sangat menepati masa.

Sim Card + Adapter Plug + Power bank

Tiga barang penting yang perlu ada :
Simcard Indonesia : untuk contact supir  + keep in touch dgn family + whassap + FB ( 7Gb RM 30 ) 
Adapter Plug : plug kat sana tak sama dengan Malaysia, untuk kemudahan charge phone. Kat sana pon ada jual tapi lagi better kalau bawak siap-siap
Power bank : Sebab dah banyak sgt selfie, snap pic (maklumlah tempat semuanya sesuai utk bergambar)


Tempat Menarik

Start dengan hari kedua sebab hari pertama tu kami sampai di Bali jam 10 malam. Memang sampai terus Check in hotel dan beradu. 

Hari Kedua :

Batik Art Craft - Melihat cara penghasilan batik handmade, shopping barang kraftangan
YanYan Silver - Melihat cara penghasilan silver, shopping silver & emas
Galeri Lukisan - Pelbagai jenis lukisan dijual di sini
Cantik Luwak Coffee - Perkebunan kopi, pemprosesan kopi, kopi luwak, kopi asli yang ditambah pelbagai perisa seperti ginseng, halia, kunyit, vanila, rozel, manggis blabla
Kintamani- Keindahan pemandangan gunung berapi dan tasik
Tegalalang - Penanaman tadi bukit yang berteres
Tampak Siring Temple - Terdapat air mata air, dipercayai oleh kaum di sana bahawa air ini dapat membersihkan diri dari kekuatan negatif.
Agung Bali - tempat membeli belah, souvenier ( tshirt kat sini sgt berkualiti, plus kat sini korang boleh dapat tshirt muslimah yang bercorakkan bali)

Handmade : Batik

Handmade : Silver
Kopi Luwak



Kopi + flavour 

Padi bukit

Hari Ketiga :

Nusa Duo - pelbagai permainan air seperti banana bot, jet ski, snorkeling, seawalker, flyingboard, parasailing, scuba diving, rolling donut blablabla
Turtle Island -pusat conservation penyu dari baby sehingga yang hampir mencecah umur puluhan tahun.
Water Blow - tebing dengan hentaman ombak, tidak dibenarkan mandi
Dreamland Beach - pantai kelihatan rendah dari laut
Pandawa Beach - pantai di balik tebing batu, pasirnya kasar, terdapat patung pandawa 5 bersaudara
Uluwatu Temple - pemandangan cantik, fokus kpd sunset
Bali Surf Outlet - shopping quicksilver, roxy blablabla

Nusa Dua

Water Blow

Uluwatu Temple
Hari Keempat

Bedugul Tasik Bratan - suhu sejuk, boleh memancing, naik perahu swan, picknik, taman permainan
Pasar Candi Kuning - shopping (telekung + souvenier + kerepek +kain batik blablabla)
Tanah Lot - berada di atas batu karang besar, sunset
Pantai Segara  - pantai ni berdekatan dengan airport, sunset


Bedugul

Tanah Lot

Pantai Segara
*kebanyakan tempat menarik kat atas, dikenakan tiket untuk masuk

Rasanya sampai kat sini je lah entry untuk kali ni. Moga dapat membantu korang yang plan nak ke Bali nanti. Enjoy your trip. 

Love
She's DHHassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...